Baru-baru ini telah tular di laman media sosial yang memaparkan bahawa menunaikan solat di awal waktu dapat memberikan kebaikan kepada tubuh kerana interaksi tubuh dengan frekuensi warna-warna cahaya seperti yang tertera pada gambar rajah di bawah.
Sebenarnya, apa yang tertera pada gambar adalah sama sekali tidak benar. Gelombang/frekuensi warna cahaya sama sekali tidak memberikan pengaruh seperti yang ditunjukkan. Untuk memahami konsep gelombang/frekuensi cahaya, kita perlu memahami spectrum elektromagnetik (EM) seperti yang tertera pada gambar rajah di bawah;
Dalam spektrum EM, gelombang yang paling panjang dan mempunyai frekuensi yang kecil adalah gelombang radio yang aplikasinya banyak digunakan dalam peralatan telekomunikasi seperti telefon bimbit, siaran televisyen, internet dan siaran radio. Kita sentiasa terdedah dengan gelombang radio ini. Tahap gelombang radio yang terdedah pada kita setiap hari tidak memberikan apa-apa kesan pada tubuh kita.
Cahaya nampak (visible light) dalam spektrum EM sama seperti gelombang warna yang ditunjukkan dalam gambar rajah pertama tadi. Gelombang cahaya ini adalah gelombang yang membantu kita untuk melihat, tanpa gelombang ini, objek di sekeliling kita tidak akan kelihatan. Sebab itu pada waktu malam tanpa cahaya, kita tidak akan nampak objek di sekeliling kita sebab tiada kehadiran gelombang ini seperti waktu siang yang bersumberkan matahari. Lampu biasa turut membekalkan sinaran gelombang ini.
Maka, sama ada anda solat ataupun tidak, gelombang cahaya nampak ini tetap berada di sekeliling anda untuk membantu anda melihat dan gelombang ini tidak memberikan sebarang bentuk kepandaian, kreativiti, keyakinan dan apa saja ‘hikmah’ yang disebutkan dalam gambar rajah pertama. Sudah tentunya, gelombang cahaya nampak ini tidak memberikan apa-apa kesan pun pada tubuh badan anda.
Gelombang yang memberikan kesan pada tubuh adalah gelombang sinaran-x, gelombang ultra-lembayung (UV) dan gelombang gamma. Tetapi gelombang ini tidak memberikan kesan yang baik kepada tubuh seperti keceriaan, penawar rezeki dan sebagainya. Tetapi memberikan kanser, ketumbuhan, penyakit dan kematian sel pada tubuh.
Secara kesimpulannya, hentikan kepercayaan tahyul yang mengaitkan solat di awal waktu mempunyai hubungan dengan frekuensi tubuh warna dan sebagainya. Tuhan perintahkan solat di awal waktu, maka ikutilah tanpa perlu penjelasan mengarut seperti ini. Agama yang disandarkan pada pseudosains akan membawa fitnah kepada agama itu sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih