“Kesedihan dalam kegelapan, dalam hatiku, dalam jiwaku, untuk dilihat. Pandanglah diriku, dalam ketakutanku, aku menanti sebuah kematian.”

Adakah manusia yang dirasuk oleh syaitan atau manusia itu sendiri yang bertopengkan syaitan? Apa yang paling menakutkan? Nafsu manusiakah yang tak pernah puas atau syaitan yang tak henti-henti untuk menggoda ke jalan yang salah? Ini adalah antara persoalan yang cuba dirungkaikan dalam drama Korea yang bertajuk Sohn atau The Guest, yang telah ditayangkan di saluran OCN pada sekitar September 2018.

Drama ini membawa tema seram (supernatural), penyiasatan, pengusiran syaitan, psikologi dan sedikit melo. Segalanya bergabung dalam satu drama, dan paling utama mesej yang cuba diangkat dalam drama ini yang berkisarkan persahabatan, kesetiaan, kejujuran dan kasih sayang.

Ia mungkin mesej biasa yang ada dalam mana-mana drama Korea yang lain, namun melalui drama ini, paparan mesejnya begitu halus, dan dalam sebahagian babak, meskipun tanpa sebarang dialog, kita masih mampu memahami apa yang ingin disampaikan.

Reviu

Drama ini dimulakan dengan kisah lagenda tentang suatu makhluk, Sohn yang dikatakan berasal daripada laut, dan boleh merasuk manusia serta menimbulkan kacau bilau. Seorang budak lelaki, Yun Hwa Pyung dikurniakan kebolehan luar biasa kerana mampu melihat entiti lain di sekelilingnya, malah neneknya merupakan seorang bomoh di kampung mereka. Pendek kata, mereka adalah keluarga yang berbeza daripada keluarga yang lain.

Kisah bermula apabila salah seorang penduduk di kampungnya telah dirasuk oleh makhluk berkenaan (diberi nama Park Il Do), mencucuk sendiri mata kanannya dan akhirnya meninggal dunia. Dan kisah Park Il Do inilah yang telah diceritakan oleh lelaki tersebut kepada Hwa Pyung sebelum dia dirasuk.

Yun Hwa Pyung mula didatangi oleh gambaran-gambaran aneh dan dia dapat melihat makhluk tersebut yang tidak mampu dilihat oleh orang lain. Keluarganya hampir musnah, ibu serta neneknya meninggal dunia dalam keadaan ngeri dan keadaan Hwa Pyung semakin teruk.

Dua orang paderi datang bertemu keluarga Hwa Pyung dan menyatakan bahawa tiada sebarang rasukan yang berlaku pada dirinya. Namun, selepas itu berlaku satu insiden yang mana bapanya sendiri cuba untuk mencekik Hwa Pyung bagi memb4n4hnya kerana menganggap anaknya telah dirasuk.

Hwa Pyung melarikan diri dan segala-galanya berubah. Kejadian ngeri yang berlaku pada malam dia melarikan diri rupa-rupanya bukan sahaja mengubah dirinya, malah turut mengubah nasib dua lagi kanak-kanak lain, Kang Gil Young dan Choi Yoon. Dan tanpa disedari, mereka bertiga terheret dalam sebuah perjalanan panjang mencari penyebab kepada kejadian malang yang menimpa mereka.

20 tahun berlalu, Yun Hwa Pyung meneruskan kehidupannya  sebagai seorang pemandu teksi. Dia masih gigih merantau dari satu daerah ke daerah yang lain, mencari entiti yang tidak diketahui dan mana-mana orang yang dirasuk. Tetapi Hwa Pyung tidak lagi mampu untuk melihatnya, dan hanya boleh merasa setiap kejadian yang bakal dicetuskan oleh entiti tersebut. Hwa Pyung mempunyai kelebihan psikik.

Kang Gil Young kini bertugas sebagai seorang pegawai polis, juga masih gigih mencari pemb4n4h ibunya. Dan Choi Yoon, atau Father Matthew, seorang paderi yang turut meneruskan pencarian terhadap abangnya yang hilang selepas kejadian pada malam tersebut.

Ketiga-tiganya bertemu semula dalam satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Awalnya, Gil Young langsung tidak percaya dengan segala perkara yang dikatakan oleh Hwa Pyung. Bagi dirinya, dalam setiap kejadian jenayah yang berlaku harus ada pelakunya, yang wujud dan boleh dilihat dengan mata kasar. Kata-kata Hwa Pyung begitu tidak masuk akal padanya.

Seorang paderi dijemput oleh Hwa Pyung dan sahabatnya, Yook Gwang (seorang bomoh) bagi ritual pengusiran syaitan (exorcist) untuk memulihkan seorang suspek bagi kes yang disiasat oleh Gil Young. Dan Choi Yoon adalah pembantu kepada paderi berkenaan. Hwa Pyung begitu yakin suspek itu melakukan jenayah bukan atas kehendaknya, tapi akibat kerasukan.

Insiden seterusnya yang berlaku adalah kem4tian mengejut paderi yang menjalankan ritual tersebut. Choi Yoon terkejut dan tidak mampu untuk menerima kenyataan kem4tian mentornya. Dia tidak ingin percaya bahawa kejadian kem4tian itu mungkin disebabkan oleh makhluk yang sama. Bermula dari saat itu, kejadian jenayah serta kes pemb4n4han mula berlaku di bandar tersebut.

Pelbagai insiden berlaku, dan tanpa diduga mereka bertiga terlibat dalam setiap kejadian yang berlaku. Sehinggalah, masing-masing mengetahui bahawa mereka bertiga adalah mangsa pada malam kejadian 20 tahun yang lalu. Rasa bersalah Hwa Pyung terhadap apa yang menimpa keluarga Gil Young dan Choi Yoon menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari makhluk bernama Park Il Do itu.

Kejadian demi kejadian berlaku, sehinggalah mereka akhirnya berjaya menemui kaitan antara Park Il Do dengan semua kejadian yang terjadi di bandar tersebut. Paling utama, Hwa Pyung menjadi sasaran terakhir makhluk tersebut. Kenapa dan bagaimana ia berlaku? Apakah kesudahan nasib ketiga-tiga sahabat ini dalam mencari punca bagi setiap kejadian yang berlaku? Dan, siapakah Park Il Do yang sebenarnya?

Tema, jalan cerita dan pelakon

Apa yang menarik tentang drama ini? Bagi sesiapa yang menggemari drama OCN pastinya tahu apakah tema utama yang sering dibawakan oleh saluran ini. Kali ini tema penyiasatan sekali lagi diangkat menjadi jalan cerita utama yang digabungkan dengan elemen seram serta ritual pengusiran syaitan.

Jalan cerita dan plot bergerak pantas, dengan kisah di sebalik setiap watak yang dirungkaikan dengan berkesan. Apa yang boleh saya katakan mengenai ketiga-tiga watak utama dalam drama ini adalah, mereka seolah-olah ditemukan dan mengikat satu hubungan spiritual antara ketiga-tiganya. Masing-masing punyai kisah silam yang pedih dengan kehilangan ahli keluarga dan lompong kekurangan itulah yang melengkapi persahabatan mereka.

Antara babak yang terkesan adalah tentang kerakusan ahli politik, Park Hong Joo yang sanggup membuat perjanjian dengan syaitan demi memenuhi kehendak nafsunya yang ingin terus berkuasa. Satu lagi babak yang paling diingati adalah dalam episod akhir, tentang bagaimana Choi Yoon dan Hwa Pyung sama-sama ingin menghapuskan Park Il Do dengan cuba meng0rb4nkan diri masing-masing.

Kim Dongwook yang memegang watak Yun Hwa Pyung dan Kim Jaewook sebagai Choi Yoon begitu mengagumkan dalam mengekspresikan watak masing-masing. Ini adalah kali kedua mereka digandingkan sekali lagi, selepas drama Coffee Prince pada tahun 2007.

Mesej

Drama ini mengetengahkan ritual pengusiran syaitan atau exorcism yang menjadi ‘alat’ utama bagi melawan gangguan syaitan. Sedikit maklumat berkaitan exorcism, iaitu ritual ini dibenarkan oleh pihak gereja Katolik dalam membantu mereka yang dipercayai menjadi mangsa rasukan syaitan.

Berdasarkan sejarah, garis panduan rasmi pertama untuk ritual pengusiran syaitan ini telah ditetapkan pada tahun 1614. Garis panduan tersebut kemudian ditambahbaik oleh pihak Vatikan pada tahun 1999 kerana permintaan untuk ritual ini semakin meningkat. Syarat pertama yang dijadikan dasar dalam garis panduan ini adalah seseorang itu hanya boleh menjalani exorcism setelah pihak doktor sendiri telah mengenalpasti bahawa keadaannya itu tiada sebarang kaitan dengan masalah psikologi atau penyakit mental.

Dalam drama ini, terdapat beberapa babak yang memperlihatkan bagaimana Choi Yoon menyatakan tentang exorcism tidak boleh dilakukan jika individu itu mempunyai masalah psikologi. Malah, jika dilakukan sekalipun, ia tidak akan memberi apa-apa kesan. Hal ini dilihat agak menarik kerana hanya satu garis yang halus sahaja memisahkan antara individu yang benar-benar mempunyai masalah psikologi dengan mereka yang dirasuk anasir j4h4t.

Secara peribadinya, saya terkesan kerana drama yang membawa tema seram ini secara tidak langsung sebenarnya memberi pengharapan dan keamanan melalui jalan cerita yang dipaparkan. Hwa Pyung, Choi Yoon dan Gil Young adalah tiga watak utama yang tidak mudah berputus asa dalam mencari kebenaran dan membantu orang yang teraniaya.

Kepercayaan dan kesediaan untuk berk0rb4n demi persahabatan mungkin tidak sepenuhnya mampu untuk mengalahkan kuasa j4h4t, namun sedikit sebanyak ia membawa sinar harapan bahawa dalam dunia ini masih ada orang yang baik dan sanggup untuk membantu dalam kesusahan. Seperti mana yang dipaparkan, tidak semua perkara jahat itu berlaku kerana kehendak manusia.

Godaan syaitan memburukkan keadaan manusia yang terdesak, dan sekaligus meruntuhkan moral. Namun, tanpa angkara syaitan, ada juga manusia yang sanggup meruntuhkan moral, tunduk menurut nafsu dan berbuat j4h4t tanpa dihurung rasa bersalah. Inilah yang cuba dizahirkan oleh Yun Hwa Pyung pada pengakhiran drama ini, iaitu:  “Jika makhluk itu masih wujud di dalam laut, saya pasti ia akan kembali. Apabila dunia semakin kacau bilau, dan manusia menjadi korup, Sohn akan kembali lagi.”

RUJUKAN:

Giordan, G., & Possamai, A. (2016). The over-policing of the devil: A sociology of exorcism. Social Compass, 63(4), 444–460.

Giordan, G., & Possamai, A. (2018). Mastering the devil: A sociological analysis of the practice of a Catholic exorcist. Current Sociology, 66(1), 74–91.

The Guest. http://asianwiki.com/The_Guest_(Korean_Drama).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.