Pada tahun 2014, sekumpulan penyelam dari ahli arkeologi yang sedang memeriksa bangkai kapal milik armada laut Vasco da Gama di dasar perairan Teluk Oman menemui sebuah kepingan cekera dan sebuah loceng kapal yang diiktiraf oleh Guiness Book of Record sebagai loceng kapal yang paling tua di dunia.
Tenggelamnya Kapal Penjelajahan Sepanyol Esmeralda
Sekitar pada tahun 1503 M, setelah melengkapkan pelayaran kali keduanya di India, Vasco da Gama memimpin sebahagian armada laut keduanya pulang semula ke Sepanyol. Sebelum berangkat pulang, Vasco da Gama telah memberikan perintah kepada dua orang bapa saudaranya untuk menjaga perairan Malabar, India yang mana di situ terletaknya dua buah kota yang bersekutu dengan kerajaan Sepanyol iaitu kota Cochin dan Cannanore daripada serangan Raja Zamorin dari Callicut. Kapal-kapal yang ditinggalkan tersebut dikenali sebagai armada Pengawas Lautan Hindia yang disertai lima hingga enam buah kapal perang.
Tetapi arahan ini dilanggar oleh dua orang bapa saudaranya itu, Vicente Sodre dan Bras Sodre. Mereka meninggalkan perairan Malabar dan belayar ke Laut Merah dan Teluk Aden untuk menjarah lalu merampas harta kapal-kapal yang melintas dua buah perairan tersebut. Ketika mana armada pengawas yang ditinggalkan oleh Vasco da Gama untuk menjaga perairan Malabar sedang sibuk menjarah kapal-kapal di Laut Merah dan Teluk Aden, pasukan Raja Zamorin datang bersama 50,000 orang tenteranya merampas lalu menakluk kota Cochin pada bulan Mac 1503 M.
Akibat kejatuhan kota Cochin, armada laut pimpinan Vicente dan Bras berundur ke pulau Kuria Muria yang terletak di perairan Teluk Oman pada tanggal 20 April 1503 M. Setelah itu, penduduk di pulau tersebut mengingatkan kepada Vicente dan Bras supaya berlabuh sebentar dan memindahkan kapal-kapal mereka di selatan pulau tersebut kerana pada waktu sedang terjadi musim angin ribut yang sangat kuat. Vicente dan Bras berkeras tidak mahu memindahkan kapal mereka, tetapi sebaliknya empat orang kapten dari empat buah kapal lainnya yang mendengar nasihat para penduduk pulau Kuria Muria terus memindahkan kapal mereka tanpa banyak persoalan.
Hanya kapal Esmeralda dan San Pedro sahaja yang masih kekal di kawasan perairan yang dijangka akan dilanggar ribut petir.
Seperti yang dirisaukan oleh para penduduk, pada tanggal 30 April 1503 M, terjadinya sebuah ribut petir yang dahsyat di perairan pulau Kuria Muria. Dua buah kapal pimpinan Vicente dan Bras tenggelam dilanggar ribut. Vicente meninggal dunia tenggelam bersama kapalnya, tetapi Bras terselamat dan ditemui di tepian pantai pulau tersebut.
Empat buah kapal yang terselamat tersebut akhirnya dipimpin oleh kapten Pero de Ataide (atas dasar undian tiga orang kapten kapal lainnya) dan mereka pun bersepakat untuk menuju ke India semula.
Kapal Esmeralda dan kapal Sao Pedro yang isinya dipercayai penuh dengan harta rampasan perang di lautan, tenggelam bersama-sama keangkuhan dua orang bersaudara Sodre.
(Gambar lukisan yang menjadi gambar hiasan kapal diatas merupakan sebuah lukisan Livro das Armadas da Índia pada tahun 1568 M dan dinyatakan bangkai kapal tersebut adalah Esmeralda)
Sodre Astrolobe: Penemuan Paling Bersejarah Dunia Pelayaran
Untuk pembaca yang tidak tahu mengenai astrolobe, ia merupakan salah satu alatan navigasi penting panduan untuk pelayar atau nakhoda belayar di lautan. Astrolobe juga memberikan panduan kepada si penggunanya untuk menentukan kedudukan matahari dan bintang di langit.
Penciptaannya yang terawal yang direkodkan oleh catatan sejarah adalah pada tahun 200 SM dahulu dan tokoh yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan alatan ini adalah Hipparchus, ahli astronomi Yunani. Tetapi kegunaanya mula dilahirkan kembali oleh para ilmuwan Islam dan ianya terus digunakan setelah itu sehinggalah akhir kurun ke-17.
Abu Ishaq Ibrahim al-Zarqali, ilmuwan Islam dari Toledo, Andalusia (jauh sebelum terjadinya tragedi Reconquista), diyakini menciptakan astrolobe ‘universal’ pertama kali di dalam sejarah dunia. Setelah peristiwa Reconquista, kegunaan astrolobe digunakan dan diperluaskan oleh Raja Manuel I dalam merancakkan perluasan empayar Sepanyol Kristian ke tanah-tanah jajahan yang baru iaitu pada era ‘The Age of Discover’ (Zaman Penjelajahan).
Zaman pun berlalu.
Tahun 2014: Al-Hallaniyah, Oman.
Sekumpulan penyelam dari ahli arkeologi menemui astrolobe dari bangkai kapal Esmerland milik Vicente yang karam pada tahun 1503 M yang lalu. Kepingan yang menyerupai disk ini diangkat ke daratan lalu dikaji.
Selain dua buah penemuan iaitu astrolobe dan loceng, ahli arkeologi juga menemui 2810 buah artifak bernilai yang lain seperti kepingan wang syiling emas dan perak, barangan seramik dan bahan-bahan organik seperti biji-biji lada hitam.
Astrolobe Sodre dinamakan sempena nama daripada nakhoda kapal Esmeralda merangkap bapa saudara Vasco da Gama sendiri, Vincente Sodre. Kepingan disk yang seberat 344 gram dan berketebalan 17.5 cm dianggarkan dibuat pada sekitar tahun 1496-1501 M. (Gambar di atas diambil ketika astrolobe Sodre ditemui di dasar laut perairan al-Hal
Pada tahun 2016, sebuah pasukan penyelidik Warwick Manufacturing Group dari Universiti Warwick dijemput datang ke Oman untuk menkaji lebih lanjut mengenai astrolobe tersebut.
Dengan menggunakan teknologi pengimbas laser, sebuah model 3D daripada astrolobe ini diciptakan. Kepingan disk tersebut mempunyai dua sisi wajah yang dimana pada sisi muka pertama, para penyelidik mengenalpasti secara jelas 18 garisan di atas kepingan disk tersebut. 18 garisan ini berjarak 5 degree setiap satunya (seperti gambar biru sebelah kanan di atas).
Di sisi lain kepingan disk tersebut, ditemui jata Portuguese Royal Coat of Arms dan jata diraja Sepanyol pada waktu astrolobe itu diciptakan, Raja Manuel I (seperti gambar sebelah kiri di atas).
Daripada analisis isi kandungan yang terdapat di dalam astrolobe tersebut adalah: Tembaga (66.43%), Zink (7.82%) dan Tin (5.34%).
Melalui penemuan ini, para penyelidik meyakini bahawasanya kepingan disk tersebut merupakan sebuah astrolobe yang digunakan oleh para pelayar dan pengembara melintasi laut pada akhir kurun ke-17 M. Menjelang kurun ke-18 M, sextant menggantikan astrolobe oleh pelayar ketikamana mereka belayar di lautan.
Penemuan ini secara tidak langsung memantapkan lagi koleksi astrolobe dari zaman pertengahan dan merupakan satu-satunya astrolobe yang datang dari kurun ke-17 M.
RUJUKAN:
1. An Early Portuguese Mariner’s Astrolabe from the Sodré Wreck‐site, Al Hallaniyah, Oman oleh David L. Mearns, Jason M. Warnett dan Mark A. Williams (16 Mac 2019).
2. Record Breaking Finds From Portuguese Shipwreck Confirmed by Guinness Book of Records [World’s Oldest Finds], Ancient Origins oleh Ed Whelan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih