MasyaAllah, hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan, dan salah satu ujian terbesar bagi kita adalah bagaimana kita menguruskan rezeki yang Allah kurniakan dengan amanah. Dalam dunia moden ini, di mana segala-galanya serba pantas dan tekanan sosial semakin meningkat, keinginan untuk cepat kaya sering menjadi perangkap yang membawa kepada kerugian besar. Golongan muda yang baru menamatkan pengajian dan pesara yang mencari kestabilan kewangan sering menjadi mangsa utama sindiket penipuan skim cepat kaya.
Bagi golongan muda, tekanan untuk menunjukkan kejayaan dan gaya hidup mewah sering kali datang daripada media sosial yang penuh dengan gambaran kemewahan yang memukau. Mereka melihat rakan-rakan sebaya yang memandu kereta mewah, melancong ke luar negara, atau memakai barangan berjenama, lalu merasa perlu untuk mencapai perkara yang sama dalam masa singkat.
Kesempatan ini dimanipulasi oleh scammer yang menggunakan ayat-ayat seperti, “Bila lagi nak bawa mak ayah pergi umrah?” atau “Jangan lepaskan peluang eksklusif ini, hanya untuk mereka yang berani melabur!” – antara ayat yang sering digunakan untuk meraih kepercayaan. Contoh lain, ada seorang pelajar universiti di Malaysia kehilangan RM5,000 selepas terpedaya dengan pelaburan yang diiklankan di TikTok. Ia menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat tetapi akhirnya menjadi mimpi ngeri.
Sementara itu, golongan pesara pula tidak terkecuali daripada menjadi sasaran. Setelah bertahun-tahun bekerja keras dan mengumpul simpanan, kebimbangan terhadap cukup ke tak dana untuk kehidupan selepas bersara sering membuatkan mereka mencari peluang pelaburan. Sindiket penipuan menyasarkan golongan ini dengan janji-janji manis seperti, “Laburkan duit pencen anda di sini, kami jamin keuntungan dua kali ganda dalam masa sebulan.” Sayangnya, keinginan untuk memastikan keluarga agar hidup lebih senang membawa kepada kerugian yang lebih besar. Sebagai contoh, seorang pesara kerajaan kerugian RM2.9 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan besar tetapi tidak pernah wujud.
Statistik penipuan kewangan di Malaysia amat membimbangkan. Dari tahun 2019 hingga 2023, sebanyak 82,020 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.6 bilion. Media sosial seperti Telegram, Facebook, dan WhatsApp menjadi platform utama sindiket untuk memperdaya mangsa. Teknologi juga memainkan peranan besar dalam penipuan ini. Scammer menggunakan teknik deepfake, mencipta video atau suara palsu tokoh terkenal, untuk menyakinkan mangsa. Di Eropah, satu kes melibatkan seorang penipu menggunakan suara deepfake seorang CEO untuk memperdaya pengurus kewangan syarikat, memindahkan €220,000 ke akaun palsu. Ini menunjukkan betapa liciknya taktik yang digunakan sindiket dalam era digital ini.
Namun, kesan penipuan ini lebih daripada sekadar kerugian kewangan. Ia membawa beban emosi yang berat, terutama bagi golongan yang kehilangan semua simpanan mereka. Seorang pesara di Filipina, yang kehilangan $50,000 dalam skim pelaburan palsu, mengambil nyawanya sendiri akibat tekanan yang tidak mampu ditanggung lagi. Di India, seorang pelabur muda yang kerugian besar kini terpaksa bekerja sebagai buruh selepas kehilangan semua simpanannya. Kisah-kisah tragik ini menjadi peringatan bahawa penipuan kewangan bukan hanya soal angka, tetapi soal kehidupan dan masa depan.
Pendidikan kewangan adalah kunci untuk mencegah penipuan ini. Kita perlu memahami bahawa tidak ada pelaburan yang mampu memberikan pulangan besar dalam masa singkat tanpa risiko. Prinsip ‘delayed gratification’—iaitu menangguhkan keinginan jangka pendek demi matlamat jangka panjang—adalah penting dalam pengurusan kewangan. Seorang pemuda di Sabah hampir menjadi mangsa skim pelaburan Bitcoin palsu tetapi terselamat selepas membuat semakan terperinci tentang pelaburan tersebut di Reddit. Tindakannya menyelamatkan RM15,000, hasil kerja keras selama tiga tahun. Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya sikap berhati-hati dan membuat kajian sebelum melabur.
Sudah menjadi lumrah manusia untuk mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan selesa, namun dalam mengejar impian tersebut, kita sering kali lupa bahawa rezeki yang diberkati datang dengan usaha yang halal dan beretika. Penipuan seperti skim cepat kaya tidak hanya merosakkan kestabilan kewangan tetapi juga memusnahkan kepercayaan sesama manusia. Ia menjadi peringatan kepada kita semua bahawa kejayaan yang hakiki tidak boleh dicapai melalui jalan pintas, tetapi memerlukan kesabaran, disiplin, dan usaha yang berterusan. Rezeki yang diperoleh dengan cara yang salah, walaupun kelihatan menguntungkan pada awalnya, tidak akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar.
MasyaAllah, Allah mengingatkan kita dalam Al-Quran, “Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil.” (Al-Baqarah: 188). Sebagai Muslim, kita dituntut untuk memastikan rezeki yang diperoleh adalah halal dan diberkati. Hidup ini adalah perjalanan yang panjang, dan rezeki yang datang dengan cara yang tidak berkat pasti tidak akan membawa kebahagiaan sebenar.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.