Ini mungkin kisah biasa bagi produk-produk kosmetik yang ada dalam pasaran. Namun, apabila ia melibatkan sebuah jenama besar antarabangsa, kisah ini menjadi sebegitu besar, apatah lagi ia melibatkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di negara itu.

Skandal kosmetik SK-II ini adalah salah satu kes kontroversi dalam dunia kecantikan yang masih diingati sehingga ke hari ini yang melibatkan kepercayaan pengguna terhadap produk antarabangsa ini. Jika dilihat daripada latar belakang jenama ini, SK-II adalah produk rawatan kulit berasal dari Jepun, dan diambil oleh P&G pada tahun 1991.

Produk jadi sangat terkenal di China, dengan imej sebagai jenama mewah. Iklan-iklan meletakkan bahawa produk SK-II mampu menjadikan kulit licin serta kelihatan muda dan menarik perhatian ramai pengguna muda.

Pasaran kosmetik SK-II di China ini berjaya mencecah AS$7 bilion pada tahun 2006, dan sekaligus menjadi pasaran kedua terbesar di Asia selepas Jepun. Malah, jualan produk itu di China sahaja mewakili lebih kurang 7% daripada keseluruhan jualan globalnya. Maknanya, memang ketika itu ramai golongan muda berusia 25 hingga 40 tahun menggunakan produk ini.

Jadi, bila sebenarnya masalah ini berlaku?

Masalah pada produk SK-II di China ini mula-mula dikesan pada 2004. Ada seorang pengguna bernama Lu Ping dari Jiangxi mendakwa yang SK-II ni gagal dalam menegangkan kulit serta menjadi krim anti kedutan  yang menjadikan kulitnya 12 tahun lebih muda dalam 28 hari seperti yang disebarkan dalam iklan produk.

Lu Ping ini siap failkan kes itu pada April 2004, tapi siasatan dan ujian pihak berkuasa terhadap krim itu mendapati ia memenuhi piawaian yang ditetapkan. Kes itu ditolak kerana kekurangan bukti, namun mahkamah memutuskan iklannya mengelirukan pengguna. Pihak SK-II ini perlu membayar denda $24,000 dan kesemua iklannya perlu ditarik balik daripada disiarkan.

Tapi si Lu Ping ini, masih tak puas hati, dan failkan sekali lagi kes, dan letakkan nama kedai tempat dia membeli produk SK-II itu. Kes ini memang buat syarikat P&G sakit kepala dan jualan produk mereka turut terjejas.

Kemuncak kepada kontroversi kosmetik SK-II ini adalah pada September 2006, apabila pihak pemeriksa kualiti di Guangdong  mengumumkan bahawa mereka telah mengesan kromium dan neodymium, iaitu bahan yang diharamkan dalam kosmetik di China, dalam sembilan produk SK-II yang diuji. Tapi, jurucakap P&G dakwa produk mereka selamat.

Jadi, untuk selamatkan keadaan, pihak P&G tawarkan bayaran balik kepada pengguna atas produk SK-II yang mereka dah beli. Tapi selepas itu, pihak pemeriksa kualiti ini umumkan yang mereka akan haramkan produk SK-II jika ujian seterusnya masih mengesan ada bahan bermasalah dalam produk itu.

Selepas itu, memang terbukti ada tiga lagi produk SK-II yang bermasalah, dan P&G diminta untuk hentikan terus penjualannya. Para pengguna yang berang pun berpusu-pusu keluar untuk mendapatkan pampasan dan bayaran balik bagi produk yang mereka beli. Paling teruk, polis telah dipanggil untuk menyuraikan kemarahan kumpulan 300 orang di Hotel Park, yang kecewa apabila mereka mengetahui pusat bayaran balik telah ditukar ke tempat lain.

Di bandar lain pun, para pengguna ini bertindak ganas sehingga banyak pusat jualan SK-II terpaksa ditutup. Selepas itu, kempen pengiklanan SK-II telah dibatalkan, dan kesemua 400 kakitangan jualan di China telah diberi cuti bergaji sehingga notis lanjut.

Apabila P&G menarik balik semua produk SK-II dan menutup 97 buah kaunter jualannya, pelanggan di seluruh negara menyuarakan kemarahan dan kekeliruan tentang keselamatan keseluruhan produk kosmetik, terutamanya selepas semua operasi pembayaran balik digantung. Kontroversi ini telah membawa kepada krisis terbesar untuk jenama kosmetik antarabangsa itu sejak mereka memasuki pasaran China.

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply