Susah juga bila jadi Melayu. Buat benda betul dianggap remeh. Tetapi asal silap saja, terus dibahan sampai kiamat. Dalam perkembangan politik semasa, macam-macam tohmahan dikeluarkan.

Biasalah – usaha gigih sebelum pilihanraya dengan janji-janji manis telah membuahkan hasil yang busuk begitu sahaja. Siapa tidak bengang.

Kemenangan Pakatan Harapan disusuli dengan suatu jangka masa berbulan madu apabila keghairahan masih tinggi. Tetapi kemudiannya satu demi satu kekecewaan melanda dengan halatuju tidak masuk akal.

Kelompongan tersebut dieksploitasi pembangkang negara dengan baik, apabila UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama dibawah nama Muafakat Nasional (MN). Jujurnya MN tidak relevan pun andainya prestasi kerajaan serba-serbi sempurna.

Sehingga hari ini UMNO sahaja yang layak digelar berideologikan Ketuanan Melayu. Tetapi UMNO sudah tidak lagi berkuasa. Jangankan negara, MN pun tidak begitu berkuasa di peringkat negeri.

Jadi kenapa Siti Kasim bengang sangat dengan Ketuanan Melayu?

Ketuanan Melayu ditaji angkara pengunduran PPBM daripada Pakatan Harapan. Tidak cukup dengan itu cebisan PKR yang pro-Azmin Ali pun meranapkan sebarang peluang (buat masa sekarang) untuk Anwar Ibrahim ambil alih.

Skrip pun macam biasalah. Yang buruk mesti Melayu. Kalau dikutuk, kena tokok-tambah. Andai Melayu tidak berpuas hati, sama ada dibahan atau disuruh tenang supaya boleh bermuhasabah.

Jijiknya Siti Kasim memperkudakan kegagalan MARA Digital Mall sebagai helah untuk merendahkan Ketuanan Melayu. Seolah-olah Ketuanan Melayu tiada kejayaan lain yang wajar didabikkan.

Memandangkan Siti Kasim tidak arif perihal ekonomi melainkan apa yang disajikan saja, wajarlah topik dibuka untuk menjelaskan perkara sebenar.

Kejayaan Ketuanan Melayu Ditakuti Siti Kasim

Kepimpinan Najib Razak merupakan suatu pendekatan yang berbeza dengan pentadbiran-pentadbiran diwarisinya. Najib Razak mewarisi sebuah persekitaran dunia yang agak sukar juga.

Kemelesetan 2008 sedang diuruskan Barat yang krisis ekonomi tersebut mengurangkan potensi pelaburan. China pula berada dalam kebangkitan. Harga makanan global telah meningkat sejak beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri lagi.

Tetapi macam mana pun beliau berjaya membawa pelaburan demi pelaburan untuk merancakkan ekonomi domestik. Buktinya jelas dalam pasaran KLCI yang pada 2 Disember 2013 telah menyentuh paras 1800 mata buat julung kalinya.

Namun dugaan besar menimpa negara apabila harga bahan api global jatuh. Penyusutan keuntungan dari segi eksport telah merendahkan nilai Ringgit. Dan pasaran KLCI pun merudum ke paras 1500 mata angkaranya (Nadya, 2015). Ketidaktentuan di China pun memainkan peranan sebagai faktor sampingan juga (Cecilia, 2015).

Tetapi kalau tengok graf dibentangkan, Najib Razak berjaya menaikkan ekonomi negara. Pasaran KLCI rancak pada 1,857 mata pada 7 Mei 2018 (dua hari sebelum PRU Ke-14). Perlu ditegaskan beberapa perkara:

  1. Harga bahan api global tidak kembali ke paras tertinggi semasa Iraq dan Libya bergolak teruk.
  2. Pertumbuhan China semakin perlahan.
  3. Ketidaktentuan ekonomi Barat pun begitu juga.

Semasa ekonomi global tidak menentu, pentadbiran Ketuanan Melayu berjaya mengharunginya. Kesenangan dihamburkan. Memanglah kos sara hidup pun penting juga, antara kekurangan pentadbiran beliau.

Tetapi fakta tetap fakta: Najib Razak menguruskan ekonomi pada ekosistem global dalam penguncupan.

Namun apabila Lim Guan Eng daripada DAP yang sememangnya bukan Ketuanan Melayu ambil alih Kementerian Kewangan, apa yang berlaku?

Pasaran KLCI sudah tidak lagi mendekati 1,848 mata lagi. Selamanya trend pasaran KLCI menurun, menurun dan lagi menurun. Ketiadaan GST merupakan faktor utama.

Tetapi KLCI merupakan indeks paling teruk rantau kerana dasar penjimatan diambil kerajaan (Intan, 2018). Ini merupakan pendekatan Lim Guan Eng sendiri.

Boleh dimaafkan kerana pada masa itu pasaran sedang menyesuaikan diri dengan kerajaan baharu.

Tetapi indeks kian menjunam dengan pengendalian Lim Guan Eng lagi. Sebelum disingkirkan dariapda jawatan, pasaran KLCI selepas hampir dua tahun berada dalam ambang bawah 1,500 mata.

Jika penurunan 41 mata menghilangkan RM44 bilion dariapda ekonomi, pengendalian cermat Lim Guan Eng yang melenyapkan sekitar 300+ mata itu menghilangkan berapa sebenarnya? Dianggarkan pengendalian Lim Guan Eng telah menyebabkan kehilangan RM400 bilion dalam bentuk nilai saham.

Sedangkan apabila kerajaan Pakatan Harapan sudah tidak lagi berfungsi, pasaran KLCI meningkat sedikit sebanyak +10.82 mata (Wong, 2020).

RUJUKAN:

Cecilia, K. (2015, July 9). China equity turmoil hits Malaysia too, KLCI below key 1,700-point. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/07/09/China-equity-turmoil/

Intan, F.Z. (2018, May 31). KLCI in heavy fall in line with regional markets. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/05/31/klci-in-heavy-fall

Nadya, N. (2015, August 18). Ringgit, KLCI continue to fall. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/08/18/rm-klci-continue-to-fall/

Wong, E.L. (2020, February 25). KLCI up 10.82 points as bear market prompts bargain hunting. The Edge Markets. Retrieved from https://www.theedgemarkets.com/article/klci-1082-points-bear-market-prompts-bargain-hunting


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.