Sebelum sistem Metrik dan Imperial yang kita semua guna pakai pada hari ini, Alam Melayu sebagai sebuah pusat perdagangan termahsyur pada zaman itu telah mengenali sebuah sistem satuan yang cukup sistematik merangkumi berat, isipadu, panjang, angka dan waktu. Seringkali kita dimomokkan dengan mentaliti “Melayu tidak mempunyai peradaban sendiri”, atau dalam istilah modennya, BANGSA PLAGIAT (copycat’s race). Dan sikap tidak peduli masyarakat Melayu akan perkara ini sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan. Didalam posting ini akan diterangkan serba sedikit tentang sistem tersebut dengan harapan generasi hari ini Cakna akan sistem pusaka tinggalan nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.

Untuk isipadu dan berat, ia boleh digambarkan dalam bentuk Mayam, , Pikul, Amas, Busak, Cupak, Gantang, Bungkal, Sukat dan Kunca. Untuk menimbang barang berkaitan barang berasakan bijian, biasanya mereka menggunakan Cupak. 1 cupak berasamaan 650g atau 750ml. 4 cupak bersamaan 1 gantang. Manakala 4 gantang bersamaan 1 Sukat. 1 kunca bersamaan 160 gantang. Bagi menimbang sesuatu berat logam berharga, mereka sering menggunakan Busak, Amas, Mayam dan Bungkal. 1 Busak bersamaan 0. 337g, 1 Amas bersamaan 2. 51g, 1 Mayam bersamaan 3. 37g dan 1 Bungkal bersamaan 60. 48 kg. Pada zaman dahulu, Amas acapkali digunakan untuk mengetahui nilai hasil tuaian, nilai sawah, nilai hantaran serta untuk perbelanjaan mengerjakan haji. Di wilayah sumatera khususnya wilayah Aceh dan Minangkabau mereka masih lagi menggunakan sistem ini bagi menilai sebuah hasil tuaian dan nilai hantaran.

Bagi sistem perangkaan pula, sebelum ‘Ribu’ diguna pakai secara meluas, ’Laksa’ dan ‘Keti’ merupakan unit untuk menggambarkan bilangan yang melebihi ratus. Dan terima kasih kepada pengaruh benua kecil India yang menyebarkan sistem angka ini, ia amat memudahkan sesuatu pengiraan dalam jumlah yang amat besar. Laksa digunakan untuk menggambarkan Puluh Ribu, manakala Keti pula untuk Ratus Ribu. Apa yang menariknya, di India mereka masih lagi menggunakan sistem namun dengan beberapa perbezaan. Jika kita dengan Laksa dan Keti-nya, mereka pula dengan istilah ‘Lakh’ dan ‘Crore’. Bagi penggemar filem Hindustan, ayat ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka. Lakh digambarkan sebagai ratus ribu (1, 00, 000) dan Crore pula untuk puluh juta (1, 00, 00, 000). 1 Crore bersamaan 100 Lakh. Dan tak lupa juga dengan istilah Likur. Likur adalah nama lain bagi Dua Puluh (20).

Kita beralih pula kepada system Takwim. walaupun ianya tidak sejelas takwim yang digunakan oleh tamadun utama dunia, namun ia membuktikan bahawa masyarakat dahulu kala sudah mengenali sistem bagi menggambarkan dekad dan abad. Cuma mereka mengenalinya bukan dalam bentuk 10 mahupun 100 tahun. Mereka menggunakan sebuah sistem yang bernama ‘Daur’. Daur terbahagi kepada dua ; Daur kecil untuk Dekad, mengandungi 8 tahun bagi setiap pusingan dekad. Dan Daur Besar mengandungi 120 tahun atau 15 Daur kecil.  Dan Daur Kecil menggunakan abjad Jawi bagi menggambarkan sebuah kitaran sesebuah tempoh tersebut  ; Alif, Ha, Jim, Zai, Dal, Ba, Wau dan Dzal. Untuk menggambarkan sesuatu dekad sebagai contoh ; 14 Jamadil-Awal 1439ذ . Di Jawa mereka memanggilnya sebagai sistem Windu. Dan mereka juga mempunyai sistem yang serupa, namun cara penggunaannya amat sukar difahami oleh generasi kini. Dan masyarakat dulu kala juga menjadikan sebuah perkataan sebagai penanda kepada waktu. Subuh Gajah bersamaan 7 a. m, Terangkat Kening untuk 7. 30 a. m, Terampai Jemur untuk 8 a. m, Hulu Dinihari untuk 4 pagi, Parak Siang untuk 3 a. m, Senja Raya bagi 8 p. m. Tiga Tapak Bayang-bayang untuk 2 p. m.

Seterusnya, mari kita menyingkap pula tentang ukuran dan luas. Ada banyak nama, Cuma beberapa sahaja contoh yang boleh diberi. antaranya ialah Relung, Jempa dan Saujana. 1 Relung bersamaan 2, 877. 72 m2 atau 30, 976. 6 kaki persegi. 1 Jempa pula bersamaan 5. 946 m2 atau 64 kaki persegi. 1 Saujana pula bersamaan 9 km. Saujana berasal dari sebuah ayat Sanskrit iaitu Yojana.

Secara kesimpulannya, kita mempunyai banyak unit satuan yang boleh kita guna pakai. Namun kerana tiada badan berkenaan yang membuat satu stardarnisasi dan kesungguhan pihak berkenaan merencatkan usaha tersebut. Dan Stigma masyarakat masih sangsi akan ketepatan unit satuan ini sedikit sebanyak menyukarkan ia diguna pakai secara meluas. Jikalau Bangsa Thai berbangga menggunakan istilah Rai dalam ukurannya, Bangsa Korea (secara amnya) menjadikan Pyeong sebagai salah satu unit ukuran arus perdana, Orang Jawa yang masih lagi menjadikan Kalendar Primbon sebagai rujukan sebelum sebarang istiadat berlangsung dan man masyarakat Batak tidak segan silu mengekalkan Porhalaan mereka yang mengandungi nama bulan, hari dan jam sebagai medium untuk melihat waktu, mengapa pula kita tidak melakukan perkara yang sama?Andaikata kita terus berasa sangsi akan sistem tersebut, tidak mustahil nama satuan tersebut akan lenyap ditelan zaman. Dan janganlah kalian tangisi akan kehilangan sebuah khazanah yang sangat bernilai itu kerana kesalahan sendiri.

Artikel dikirimkan oleh Mahkota Sakti untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.