Power betul sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan kita ni yang diterajui oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Tak keterlaluan kalau aku katakan yang sistem sebegini seakan “fail-proof” dan “tahan lasak”.
Dalam tiga cabang, dua cabang telah membuktikan kemampuan mereka menerima ujian iaitu cabang Eksekutif dan Perundangan.
Bila sejak empat hari lalu bila PM dan kabinet tak ada, tugas Eksekutif terus digerakkan oleh SPBYDPA, memastikan semua urus tadbir dan operasi awam kerajaan berjalan lancar seperti biasa. Kesinambungan mekanisme ini diterajui pula oleh KSN bersama semua penjawat awam yang sedang berkhidmat.
Baru kejap tadi pula, drama semakin memuncak bila Yang di-Pertua Dewan Rakyat pula menggerakkan jenteranya memastikan kesucian Dewan Rakyat terpelihara dengan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hanya akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada SPBYDPA. Beliau memutuskan bahawa tiada mesyuarat seumpamanya pada Isnin, 2 Mac depan ni.
So ini endgame ke?
Bukan dan jauh lagi pengakhirannya.
Cabang Kehakiman yang diterajui oleh Ketua Hakim Negara atau “Chief Justice” yang disandang oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat belum turun gelanggang.
Tadi macam ada dengar dekat Awani yang ada beberapa aspek berkaitan isu politik tanah air ini memerlukan pencerahan dari aspek Kehakiman kerana berkait rapat dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Jadi cabang Kehakiman ini hanya menunggu masa dan sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan.
Sementara itu, kita semua boleh rileks dan chill kerana kita ada tiga cabang yang diterajui SPBYDPA sendiri bersama Majlis Raja-Raja sebagai benteng sebuah kerajaan berdaulat dan akan terus memastikan apa yang terbaik untuk negara.
Lagipun kan, dalam konteks bernegara, Malaysia kita ni masih muda, dan semua yang berlaku membina dan membuktikan kematangan kita semua, insyaAllah.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih