Sekiranya difikirkan, kemungkinan besar sistem ekonomi barter telah digunakan seawal zaman batu lagi. Sekiranya aku ni orang zaman batu, mungkin aku akan barter daging kerbau untuk lima ekor ayam, begitu. Semasa zaman neolotik dan logam, sistem ni mula diguna luas disebabkan lebihan makanan dan masa lapang.

Cumanya, sistem duit mula diguna pakai dan akhirnya menggantikan sistem barter selepas penciptaan roda membolehkan perniagaan jarak jauh dan memerlukan sistem transaksi harta yang lebih adil. Itupun, secara teknikal, duit emas dan perak sebenarnya boleh dikira sebagai sistem barter halus.

Walau bagaimanapun, sistem barter ini masih releven hingga ke zaman kini. Sebagai contoh, nelayan Venezuela membarter tangkapan laut mereka dengan makanan dan ubat lain dek masalah ekonomi. Corak sebegini sebenarnya dapat dilihat terhadap mana mana negara yang mempunyai masalah ekonomi. Semasa Iran dikenanakan sekatan ekonomi oleh USA, mereka membarter dengan India demi mendapatkan barang barang tertentu. Namun, bagi aku, sistem ekonomi barter yang terpelik berlaku pada syarikat Pepsi.

Pada penghujung tahun 1980-an, Pepsi secara teknikalnya mempunyai angkatan laut keenam terbesar di dunia kerana sistem barter.

Kisahnya bermula semasa ‘American National Exhibition’, yang seterusnya menjadi Debat Dapur di antara USA dan USSR. Pada asalnya, pameran ini dibuat untuk mengukuhkan jalinan diplomatik yang tengah tegang di antara USA dan USSR, namun akhirnya menjadi tegang kerana kedua duanya sibuk mempromosi kebaikan kapitalisme dan komunisme.

Semasa kedua duanya tengah sibuk berdebat, seorang eksekutif Pepsi, Donald M. Kendall memberikan air Pepsi kepada Nixon, timbalan presiden USA dan Kruschev, premier USSR selaku penaja pameran. Apa yang berlaku adalah gambar bersejarah ini.

Sejak daripada itu, air Pepsi mula mendapat permintaan yang dahsyat di USSR. Memandangkan matawang Ruble tak berharga di dunia luar, maka USSR dan Pepsi terpaksa menggunapakai sistem barter sebagai transaksi. Pada mulanya, USSR membarter dengan arak vodka. Namun, stok vodka mereka cukup untuk menanggung kos pembelian air Pepsi.

Oleh itu, mereka membarter dengan benda paling berharga pada ketika itu – aset perang. Sekitar 17 kapal selam, satu kapal kruiser, satu kapal frigat dan satu kapal pemusnah. Keseluruhan harga aset perang ni mencecah $3 billion dollar. Ini sekaligus menjadikan Pepsi sebagai kuasa maritim keenam terbesar di dunia.

Tapi, itulah. Pepsi nak ada aset perang buat apa? Dia bukan macam Syarikat Hindia Timur. Jadi, semua aset perang itu kemudiannya dijual sebagai besi buruk kepada sebuah syarikat di Sweden.

RUJUKAN:

Kirkpatrick, Tim. (2018, February 5). How Pepsi became the 6th largest military in the world. We Are The Mighty. Dipetik dan diolah daripada https://www.wearethemighty.com/history/how-pepsi-became-the-6th-largest-military-in-the-world.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.