Bagi sesiapa yang meminati sejarah epik dari novel Hikayat Tiga Kerajaan, permainan video Dynasty Warriors atau peminat siri filem dan drama seperti The Three Kingdoms, anda pasti nya mengenali salah satu karakter yang terkenal dan dianggap sebagai ‘hero’ ini iaitu Liu Bei atau dikenali sebagai Liu Xuande.

Semasa penulis baru hendak berjinak-jinak dalam mempelajari kisah sejarah dan fiksyen yang panjang itu, penulis juga sama seperti pembaca lain yang beranggapan bahawa Liu Bei sebenarnya adalah seorang pahlawan.

Sebenarnya penulis berpendapat, dalam Hikayat Tiga Kerajaan tidak ada watak yang baik mahu pun jahat. Yang ada hanyalah watak yang kuat dan lemah. Baik, kali ini kita cuba lari dari kelaziman dengan mengupas sisi negatif seorang pahlawan China Dinasti Han, iaitu Liu Bei.

Harap jangan ada yang berkecil hati, ini hanya ulasan dan pendapat peribadi semata-mata.

Artifak asli Rekod Tiga Kerajaan

Penulis telah menterjemahkan beberapa petikan dari Rekod Tiga Kerajaan yang menjelaskan tentang Liu Bei dalam sejarah, maaf jika terjemahan sedikit berterabur :

1: Ketika Liu Bei masih muda:

“Yang Mulia tidak suka membaca. Sebaliknya, dia menyukai anjing, kuda, muzik, pakaian yang cantik. Ketinggiannya adalah 181 cm, dan tangannya dapat menyentuh lututnya, telinganya agak panjang. Dia jarang bercakap.

Dia melayan pesuruhnya dengan baik. Kegembiraan dan kemarahannya tidak akan dinyatakan jika diperhatikan secara luaran. Dia suka berkawan dengan golongan samseng dan renjer. Para pemuda bertempvr supaya dapat dikaitkan dengan Yang Mulia”

2: Komen Cao Cao pada Liu Bei:

Pernah satu ketika Cao Cao memberitahu Liu Bei: “di antara semua pahlawan di dunia ini, hanya kita berdua saja yang layak dipanggil pahlawan. Orang-orang seperti Ben Chu (nama samaran Yuan Shao) tidak ada layak menandingi kita “.

3: Komen terakhir mengenai kehidupan Liu Bei dari penulis Rekod Tiga Kerajaan, Chen Shou:

“Yang Mulia adalah seorang yang amat memahami masalah, memperlakukan orang dengan baik, sehingga kepribadiannya sangat mirip dengan Liu Bang (pengasas Dinasti Han), dan dia sememangnya berjiwa pahlawan.

Dia mengawal seluruh negara dan dan dia memberikan anaknya kepada Zhu Geliang dengan penuh kepercayaan.

Beliau tidak mempunyai hati kedua tetapi penuh kejujuran terhadap pengikutnya di mana agak luar biasa jika mengikut kedua-dua piawaian hari ini dan masa silam. Beliau seorang yang pintar dan taktikal, kuat, tidak kurang berbanding Maharaja Dinasti Wei.

Selepas kem4tiannya, Cao Pi menggulingkan Dinasti Han dan menubuhkan Dinasti Cao-Wei, kemudian mengangkat mendiang bapanya sebagai Maharaja), walaupun asas dan titik permulaannya lebih buruk berbanding Cao Cao.

Namun dia tidak tunduk kepada masalah dan tidak tunduk sebagai pengikut orang lain. Apabila dia merasakan bahawa orang lain tidak akan bertolak ansur dengannya, apa yang dia akan fikir dahulu adalah bukan untuk bersaing tetapi untuk mengelakkan konflik”.

Baiklah, kita telah membaca sisi positif Liu Bei dari naratif penulis Rekod Tiga Kerajaan sendiri. Sebenarnya rekod ini tidak diperoleh secara penuh kerana faktor zaman manakala versi Hikayat pula tidak mengikut sejarah yang sebenar sepenuhnya.

Jangan keliru, novel Romance Of Three Kingdoms dengan Record Of Three Kingdoms adalah berbeza, Romance Of Three Kingdoms adalah karya epik yang telah dicampur aduk kan antara rekod sejarah dengan cerita-cerita fiksyen.

Ilustrasi Hikayat Tiga Kerajaan

Maka, para pengkaji sejarah kebiasaannya akan mengangkat penulisan dari isi novel karya Luo Ganzhong yang dianggap sebagai menepati kriteria yang selaras untuk menyambung catatan Rekod Tiga Kerajaan hasil tulisan Chen Shou.

Chen Shou adalah penulis rekod sejarah yang hidup semasa era Tiga Kerajaan hingga Dinasti Jin manakala Luo Ganzhong adalah penulis novel fiksyen Hikayat Tiga Kerajaan yang hidup pada zaman Dinasti Ming.

Jadi, kita sudah tahu perbezaan sumber yang ditekankan penulis, kita sudah tahu sisi positif karakter Liu Bei, sekarang kita fahami kenapa penulis menganggap Liu Bei sebagai seorang yang tidak kompeten, lemah, bergantung kepada orang bawahan dan kelicikannya yang tidak jauh beza dengan Cao Cao.

Sikap Liu Bei Terhadap Orang Sekeliling

Liu Bei dilihat sebagai orang yang sangat baik dan berwawasan hingga berupaya menarik minat golongan-golongan yang berbakat walau hakikatnya dia adalah salah seorang panglima per4ng yang paling lemah dalam sepanjang tempoh Tiga Kerajaan.

Ini telah dikaitkan dengan beberapa perkara: akhlaknya yang teguh, kepercayaan dan kesetiaan kepada sahabat dan orang bawahan nya, imej yang sangat baik pada pandangan umum kerana keturunannya dari susur galur kerabat diraja dinasti Han dan mempunyai cita-cita yang mewakili kesetiaannya untuk mengembalikan zaman kegemilangan dinasti Han, dan dia ada kemahiran memujuk yang tinggi.

Liu mempunyai ramai panglima, penasihat dan pegawai yang mampu memberi sumbangan besar kepada dirinya walaupun Liu sendiri tidak berbakat. Jadi penulis telah menyimpulkan bahawa dia adalah orang yang hebat dan mahir dalam menarik dan memanfaatkan bakat orang lain supaya memberikan khidmat kepadanya.

Pada zahirnya begitu, walau bagaimana pun, ia menjelaskan bahawa Liu Bei hanyalah seorang yang naif lagi lembab.

Sebelum pertempvran besar Chibi, Liu terlibat dalam perjuangan kuasa di utara.  Dia pertama kali menguasai Xuzhou apabila Tao Qian m4ti, tetapi akhirnya dia kehilangan wilayah ini kepada Lu Bu, yang pada asalnya Liu Bei menerima Lu Bu sebagai tetamunya (lebih tepat lagi, Liu Bei memberi perlindungan suaka politik kepada Lu Bu).

Chen Jianbin melakonkan watak Cao Cao dalam siri televisyen War Of The Three Kingdoms

Liu Bei akhirnya melarikan diri dan menyertai Cao Cao, warlord terkuat waktu itu yang Liu Bei sendiri telah per4ngi tanpa henti semasa berkuasa di Xuzhou. Selepas Cao Cao berjaya membantu Liu Bei mengalahkan Lu Bu.

Liu mengambil peluang untuk melarikan diri, membawa angkatan tenter4nya kembali ke Xuzhou dan cuba merebut semula wilayah itu dari Cao. Walau bagaimanapun, dia sekali lagi kehilangan Xuzhou di tangan Cao Cao, dan kali ini terpaksa melarikan diri kepada Yuan Shao.

Di situ jelas menunjukkan setiap langkah Liu Bei membawa pada kegagalan, kan?

Pengkhianatan Liu Bei Terhadap Sekutu Dan Saudara Sendiri

Yuan Shao kemudian kalah dalam pertempvran Guandu dan Liu Bei melarikan diri ke selatan untuk menyertai Liu Biao di Jingzhou. Apabila Cao Cao menyer4ng Jingzhou, Liu Biao meninggal dunia kerana sakit dan anaknya yang tidak ada sebarang pengaruh dan kuasa dengan rela nya telah menyerahkan wilayah itu kepada Cao Cao.

Cao Cao juga menghantar surat kepada Sun Quan di Jiangdong dan bertitah atas nama Maharaja supaya Sun Quan menyerah dan tunduk kepadanya, Sun Quan menolak perintah tersebut bulat-bulat.

Sun Quan dan Liu Bei kemudian nya mengadakan pakatan untuk menentang kemaraan Cao Cao di selatan. Pada Pertempvran Chibi, jeneral Sun Quan bernama Huang Gai, telah melaksanakan strategi tipu helah yang berkesan untuk memperdaya Cao Cao supaya melonggarkan kawalan keselamatannya.

Sekaligus membuka peluang kepada pasukan gabungan Sun-Liu untuk memusn4hkan pengkalan tenter4 laut Cao Cao dengan ser4ngan “kapal berapi” yang popular itu.

Liu Bei hanya memainkan peranan kecil dalam pertempvran ini jika menurut sejarah, berbeza dengan apa yang telah diromantis kan melalui filem dan drama, semua itu dilakukan oleh jeneral dan penasihatnya.

Ada sejarawan berpendapat, cerita mengenai Guan Yu melepaskan Cao Cao pergi dan Zhuge Liang merancang pelbagai ser4ngan hendap untuk memusn4hkan pasukan Cao Cao yang besar itu adalah fiksyen. Dan jika semua itu benar sekali pun, Liu Bei tetap bukanlah seorang pemimpin yang sangat berjaya.

Kemudian, Liu Bei menipu Sun Quan supaya “meminjamkan” dia wilayah Jingzhou dan berjanji akan dikembalikan kepada Sun setelah dia berjaya menaklvk Yizhou. Tetapi semua orang tahu dia tidak menunaikan janji.

Liu Bei hanya memberikan Sun Quan 2 daripada 5 wilayah Jingzhou selepas dia mengambil Yizhou, yang akhirnya mendesak Sun Quan hingga terpaksa melancarkan ser4ngan untuk menuntut semula wilayah itu.

Kerana Liu terlalu lemah untuk menentang kempen terbuka di Sichuan Basin yang memiliki pertahanan utuh, bahkan dia juga turut merampas Yizhou melalui penipuan.

Dia menipu gabenor Yizhou dengan berpura-pura mengajak gabenor menyertai penentangan terhadap seorang lagi warlord, Zhang Lu. Selepas dia berjaya memasuki Sichuan, Liu meletakkan tenter4nya dalam formasi ofensif dan mara ke ibu kota, memaksa gabenor menyerah diri.

Gabenor itu bukan orang lain tetapi saudara sekerabat Liu Bei, bukankah Liu sepatutnya memiliki “akhlak yang tinggi” dan “berusaha memulihkan Han”? Tak apa, tipu seorang gabenor Han di wilayah nya sendiri, rampas dan binalah kerajaan baharu. Tak mengapa kot sebab Liu Bei kan hero?

Tugu Sun Quan di Nanjing

Apabila Sun Quan merampas Jingzhou dan membvnuh Guan Yu, Liu Bei dirasuk kemarahan dan membuat kesilapan menyer4ng Sun.

Dia membuat keputusan sendiri tanpa mendengar pendapat penasihat strateginya hingga mengakibatkan angkatan tenter4nya musn4h sepenuhnya di Yiling.

Ya, tanpa penasihat berbakat seperti Zhuge Liang, Pang Tong dan Xu Shu yang setia bekhidmat untuknya, dia tidak mungkin berada di dalam lipatan sejarah hari ini.

Liu telah menjadi seorang panglima per4ng selama 30 tahun, dan dia tidak tahu bagaimana untuk mengawal emosinya, tidak tahu bagaimana untuk mendengar nasihat orang lain, dan dia tidak pernah mengambil sedikit pengetahuan taktikal asas walaupun berper4ng selama 30 tahun, dia hilang arah bila bergerak sendirian tanpa komrad nya yang setia berada di sisi nya.

Jika anda membaca dengan penuh teliti tentang Liu Bei dan mengkaji keperibadiannya, anda akan mendapati bahawa dia adalah seorang “manipulator villain”.

Gambaran “manipulator villain”

  • Orang yang berper4ngai buruk.
  • Suka bergaul dengan penjahat yang lain, orang yang baik merasa bosan dengan mereka kerana orang-orang baik membataskan diri dari kejahatan.
  • Manipulator adalah sifat cinta kepada diri sendiri.
  • Manipulator biasanya akan mempromosikan diri mereka dengan mengatakan perkara yang baik sahaja tentang diri mereka.
  • Mereka suka “menjilat” orang lain, terutamanya mereka yang berada dalam kedudukan tinggi atau yang mereka perlukan.
  • Manipulator adalah orang yang berkarakter licik, mereka suka menggunakan pembohongan di mana ia mereka tidak akan mengesahkan atau menafikannya.
  • Manipulator boleh menyer4ng orang lain sebagai musuh, kemudian meminta bantuan dari orang yang sama sebagai kawan.
  • Manipulator adalah orang yang sangat pendendam.
  • Manipulator adalah personaliti yang cenderung melakukan pengkhianatan.
  • Mereka suka memanipulasi pemikiran masyarakat secara umum.

Persamaan Liu Bei Dan Sahabatnya

Tugu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei

Liu Bei, Zhang Fei dan Guan Yu bersumpah setia untuk hidup dan m4ti seperti adik-beradik. Guan Yu merupakan seorang tokoh lagenda yang masih dipuja sebagai dewa oleh ramai kaum Cina hari ini.

Namun beliau berperwatakan narsistik, iaitu gemar memandang rendah terhadap pahlawan-pahlawan China yang lain pada masa itu, dia juga pernah menghina kerajaan Wu ketika Sun Quan cuba menjalinkan ikatan diplom4tik melalui perkahwinan puteranya dengan puteri Guan Yu, hinaan tersebut berbunyi :

“Bagaimana anak perempuan seekor harimau berkahwin dengan anak lelaki seekor anjing?!”

Anjing yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Sun Quan.

Seorang lagi pahlawan yang bersumpah setia sebagai tiga beradin itu adalah Zhang Fei yang mempunyai tabiat agresif dan pemabuk, dia terkenal kerana kekuatannya, suka mabuk dan suka memukul anggota tenter4 sendiri.

Dia bahkan dikatakan m4ti dibvnuh tenter4 sendiri kerana anggota nya itu terlalu takut dengan hukuman berat yang bakal dikenakan jika dia gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Lagi Kisah Keburukan Liu Bei

– Ketika Lu Bu ditawan, dia meminta Liu Bei memujuk Cao Cao untuk melepaskan nya, namun sebaliknya, Liu Bei hanya mahu “menjilat” Cao Cao dengan bersetuju ke atas keputusan Cao Cao.  (Menjilat seseorang di tahap yang tinggi, dan tidak memberi Lu Bu peluang kedua)

– Liu Bei meminta bantuan pasukan Cao Cao untuk memer4ngi Yuan Shu, selepas selesai dengan Yuan Shu, dia membawa pasukan Cao Cao untuk menaklvk salah satu kota yang dikawal Cao Cao dan mengisytihar kota tersebut sebagai negeri untuk dirinya sendiri.

– Lagenda mengatakan bahawa Liu Bei menawarkan Yuan Shu untuk membvnuh dirinya kerana ia akan terlalu memalukan untuk Shu diseret dalam belenggu. (ini tidak boleh disahkan atau dinafikan).

Tapi sebenarnya, jika Liu Bei menangkap dan membawa Yuan Shu pulang seperti yang diperintahkan oleh Cao Cao, maka Liu Bei tidak mungkin akan dapat melarikan diri dengan pasukan Cao Cao sekaligus mengkhianati Cao Cao.

– Liu Bei mendakwa telah diberikan titah rahsia oleh Maharaja yang ditulis dengan darahnya.  (sekali lagi ini tidak dapat disahkan atau dinafikan) dia menyampaikan perintah kepada tenter4 Cao Cao yang tidak tahu pun gaya tulisan tangan Maharaja.

– Dia mempromosikan dirinya sebagai orang yang setia dan Cao Cao sebagai penjahat apabila dia berkata: “jika Cao Cao berkata ‘Saya lebih rela mengkhianati dunia daripada dunia mengkhianati saya’ maka saya katakan ‘Saya lebih suka dunia mengkhianati saya daripada saya membiarkan dunia dikhianati” dan dia menggantung sepanduk yang mengatakan “Han tidak akan berundur, pengkhianat tidak akan duduk senang”

– Apabila kehilangan sebuah wilayah kepada Wu dan kem4tian Guan Yu, dia mahu balas dendam terhadap Wu.  Dia juga membvnuh utusan Wu yang dilihatnya sebagai perbuatan pengkhianatan tetapi dia sendiri telah melanggar undang-undang per4ng yang tidak membenarkan utusan dibvnuh.

Jika anda menilai setiap tindakan Liu Bei dan terus mencari perkara-perkara seperti ini, ia akan menjadi senarai yang sangat panjang, dan penulis tidak berkesempatan untuk membuka semula bahan bacaan Hikayat Tiga Kerajaan.

Penulis hanya lampirkan apa yang masih boleh diingati dan menjelaskan fakta bahawa, dia mungkin bukan seorang penjahat, baik.

Tetapi dia bukan seorang pahlawan, dia memiliki aspirasi yang sama seperti Cao Cao dan Sun Quan iaitu untuk menjadi Maharaja, dan dia berjaya mencapai impiannya itu dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Zhaolie dari Shu-Han.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.