Hürrem Sultan banyak dikenali daripada sisi negatif seperti sikapnya yang mempengaruhi beberapa keputusan Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566) dalam urusan negara dan konpirasinya dengan anak perempuannya serta menantunya untuk membunuh Sehzade Mustafa supaya anaknya Selim II yang tidak memiliki kelayakan di angkat menjadi pemerintah seterusnya (telah dibahas dalam artikel sebelum ini).
Beliau asalnya merupakan wanita Eropah daripada wilayah Ukraine iaitu Ruthenian di bawah kerajaan Poland. Beliau telah ditangkap oleh tentera Krimea Tatar ketika serangan pasukan itu ke atas wilayah pada 1520-an itu dan dijual untuk dijadikan Hamba di Kaffa. Beliau kemudiannya diambil oleh Valide Sultan Hasfa Sultan telah mengambilnya dan menghadiahkan kepada anaknya Sultan Sulaiman Al-Qanuni sebagai gundik wanitanya.
Pada tahun 1521, Sultan Sulaiman telah memiliki anak daripada gundiknya yang bernama Mahidevran iaitu Sehzade Mustafa dan pada tahun yang sama hurrem telah melahirkan anaknya yang bernama Mehmed. Sultan Sulaiman telah melanggar tradisi Uthmaniyah iaitu Harem atau gundik wanita dibenarkan melahirkan seorang anak sahaja apabila, Hürrem melahirkan lagi enam orang anak termasuk penerusnya Selim II dari tahun 1522 hingga 1531.
Kerana cinta yang mendalam Sultan Sulaiman telah melanggar satu lagi tradisi apabila membebaskannya dan mengahwininya pada tahun 1533M serta Hürrem telah diberi didikan mengenai agama Islam. Bentuk kecintaan Sultam Sulaiman terhadap Hurrem (meninggal 1558) dimakamkan di halaman Masjid Sulaimaniye disamping sultan dan Sultan Sulaiman juga tidak mengahwini sesiapa selepas kematiannya. Makamnya kini terletak disampin makam sultan sebagai tanda kasih sayangnya.
Kedudukan Hurrem dengan ibu putera Sultan yang lain berbeza apabila beliau tidak menemani putera yang bertugas sebagai gabenor dan tetap tinggal di Istanbul dan menjadi penasihat Sultan di sana serta terlibat dalam persahabatan negara luar seperti pengutusan surat kepada Raja Poland yang baru ditabal iaitu Sigsimund II agustus pada 1548 M . Beliau adalah simbol wanita yang berkuasa pada akhir abad 16 dan abad 17.
Begitulah sedikit biodata ringkas mengenai Hürrem Sultan ataupun di Eropah dikenali Sebagai Roxalena. Namun ramai tidak mengetahui jasa-jasanya yang telah membina beberapa banggunan untuk kebajikan melalui badan kebajikannya. Antaranya ialah pada tahun 1552 M, beliau mengarahkan pembinaan Haseki Sultan Imaret di Baitul Maqdis iaitu tempat menyediakan sup percuma kepada orang miskin. Sup ini dapat diberi kepada sekurang-kurangnya 500 orang miskin dua kali sehari.
Haseki Sultan Imaret turut dibina di Makkah. Beliau juga mengarahkan pembinaan Haseki Hürrem Sultan Hamami sebagai tempat mandi awam untuk komunita agama di Haghia Sophia. Pembinaan kompleks masjid di Adrianopel dan Ankara turut diarahkan olehnya. Kompleks masjid yang diberi nama Haseki Hürrem Sultan turut dibina ibu kota yang merupakan projek Mimar Sinan. Kompleks ini dilengkapi dapur sup percuma untuk orang miskin, madrasah dan hospital untuk wanita dan banyak lagi. Kompleks ini merupakan kompleks 3 terbesar di Istanbul setelah kompleks Mehmed II dan kompleks Sulaimaniye.
Kecintaan Sultan Sulaiman kepadanya telah digambarkan dalam bentuk puisi yang sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris iaitu
Throne of my lonely niche, my wealth, my love, my moonlight.
My most sincere friend, my confidant, my very existence, my Sultan, my one and only love.
The most beautiful among the beautiful …
My springtime, my merry faced love, my daytime, my sweetheart, laughing leaf …
My plants, my sweet, my rose, the one only who does not distress me in this room …
My Istanbul, my karaman, the earth of my Anatolia
My Badakhshan, my Baghdad and Khorasan
My woman of the beautiful hair, my love of the slanted brow, my love of eyes full of misery…
I’ll sing your praises always
I, lover of the tormented heart, Muhibbi of the eyes full of tears, I am hap..
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih