Siri kartun ini diberi tajuk Qianqiu Shisong, siri ini merangkumi 26 episod tujuh minit dan menampilkan penceritaan semula animasi puisi dan pantun tradisional Cina. Siri kartun ini telah dihasilkan menggunakan CMG Media GPT Media China, iaitu model pembelajaran mesin yang dibangunkan bersama oleh rangkaian dan Makmal Kecerdasan Buatan Shanghai (SAIL).
Sebenarnya, siri kartun ini adalah bertepatan dengan acara pelancaran studio AI baharu CMG dan SAIL, yang dirancang untuk digunakan bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan untuk program siri-siri lain yang menggunakan kecerdasan buatan masa depan.
Bagaimana siri kartun janaan AI ini dihasilkan?
Model CMG Media GPT telah dilatih menggunakan puisi tradisional Cina dan sejumlah besar bahan video serta audio daripada katalog China Media. Menurut SAIL, model itu boleh mencipta imej dan pemandangan dalam gaya lukisan dakwat Cina tradisional yang menampilkan reka bentuk seni bina yang tepat dari segi sejarah dan butiran pakaian.
Berdasarkan kenyataan oleh SAIL, model CMG Media GPT telah menyediakan aturan animasi dengan alat reka bentuk konsep kos rendah dan cekap untuk reka bentuk watak dan adegan.
Dalam pembikinan siri kartun ini, model AI berkenaan digunakan dalam setiap peringkat proses pembangunan dan pengeluaran, daripada reka bentuk kepada penjanaan video dan pasca pengeluaran. SAIL berkata modelnya boleh mengurangkan masa pengeluaran dan kos pengeluaran animasi secara drastik.
Malah, timbalan ketua Kumpulan Media China turut menyatakan hasrat mereka untuk menerima sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan ini dalam siri-siri akan datang. Bagi mereka, AI telah membina ‘enjin berkuasa’ dan ‘daya penggerak’ untuk jenis media arus perdana antarabangsa baharu.
Masa depan Gen AI dalam industri kartun dilihat sangat cerah pada hari ini. Meskipun terdapat sedikit kebimbangan, namun apabila teknologi AI terus berkembang, kegunaannya dalam animasi akan menjadi lebih canggih dan meluas.




No comments yet