Berbicara tentang lαηµη, mesti ramai fikir pasal lelaki bermisai pintal dengan bau nafas semerbak air kencing babi yang makan petai. Tanggapan ini tidak semestinya betul.

Tengok saja dalam sejarah Inggeris, ramai lαηµη yang boleh tahan hebat. Salah seorang adalah Sir Francis Drake yang amat dibenci Empayar Sepanyol. Beliau hidup pada abad ke-16, ketika aktiviti kapal layar masih relevan.

Para sejarawan memperhalusi asal-usulnya dengan penuh teliti. Mereka mendapati yang Drake sudah berlayar ketika usia muda.

Pengalaman awal memberi pendedahan cukup untuk Drake. Tidak lama kemudian, beliau menjadi nakhoda sebuah kapal dagang yang berulang-alik antara Sungai Medway dan pesisiran pantai Belanda (David, 2007). Drake banyak menemani sepupunya bernama John Hawkins yang mempunyai satu impian.

John Hawkins

Pada zaman itu, perdagangan hαmbα dimonopoli Empayar Portugis. Hawkins berjaya jumpa jalan untuk menembusi pasaran ini. Dua kali Hawkins buat hal dalam mengganggu imbangan monopoli ini, sampai Portugis (dan Sepanyol) bengang.

Ketika itu pula, England hanyalah sebuah kuasa kecil. Jadi apabila kedua-dua empayar datang bising, Ratu Elizabeth I mengeluarkan titah rasmi. Hawkins tidak dibenarkan keluar berjual beli hαmbα pada tahun itu.

Hawkins bersetuju… tetapi menggunakan seorang sahabat bernama John Lovell untuk melaksanakan aktiviti perhαmbαan di sebalik tabir (Whitfield, 2004). Drake dipercayai menyertai usaha ini bersama Lovell, pada ketika Hawkins duduk di England tanpa sebarang penglibatan rasmi (kerana beliau sedang diperhati).

Kebangkitan Drake

Francis Drake mula mengatur langkah solo pada tahun 1572. Beliau melancarkan sebuah serαηgαη besar di Isthmus of Panama, yang dipercayai mempunyai khazanah emas dan perak sangat banyak.

Ekspedisi ini bukanlah mudah, hampir ke hujung nyαwα dibuatnya… tetapi Drake berjaya, siap pulang ke England disambut sebagai wira. Kejayaan ini membuatkan Elizabeth lebih berani. Pada tahun 1577, baginda siap menghantar Drake dalam sebuah ekspedisi rasmi di Benua Amerika di sebelah Lautan Pasifik pula.

Macam-macam terjadi dalam ekspedisi ini. Tetapi Drake sekali lagi menjadi dµri pada kaki Sepanyol. Ketika berlayar di Lima, pihak Drake ternampak sebuah kapal Sepanyol. Apa lagi… mereka terus membuat serαηgαη dan berjaya merαmpαs kapal tersebut.

Operasi ini membuahkan hasil, kerana kapal itu sarat dengan harta emas dijangka sebanyak £7 juta (nilai hari ini). Beberapa hari kemudian, Drake berjaya merαmpαs satu lagi kapal Sepanyol yang dalam perjalanan ke Manila.

Nasib benar-benar menyebelahi Drake kali ini, kerana kapal Sepanyol itu mengandungi harta bernilai £16 juta (nilai hari ini). Memang rαmpαsan kedua membuahkan hasil sangat lumayan.

Ekpedisi ini tamat pada 26 September 1580. Beliau pulang ke England, disambut Elizabeth yang menganugerahkan darjat kesatria padanya.

Catatan Drake kekal sebagai rahsia kerajaan, kerana Elizabeth tidak mahu Sepanyol tahu sedikit pun. Bagi orang Inggeris, memang Drake adalah wira. Namun dalam mata warga Sepanyol, celaka ini adalah lαηµη yang betul-betul membawa sial.

Sir Francis Drake – wajah dibenci Sepanyol.

Philip II dikatakan terlalu murka sampai menjanjikan £6 juta (nilai sekarang) kepada sesiapa saja yang berjaya menangkap atau membµnµh Drake (Hanna, 2015).

Tiada siapa memenuhi hasrat baginda. Kerana Drake meninggal dunia pada umur 56 tahun kerana terkena penyakit cirit-birit. Semasa dalam keadaan semakin µzµr, Drake meninggalkan wasiat – bµαηg beliau dalam laut dalam sebuah keranda plumbum.

Hasratnya dipenuhi. Dan sehingga hari ini, banyak misi pencarian dibuat untuk mengeluarkan kerandanya daripada dasar laut. Mereka masih belum menemui lokasinya (BBC, 2011).

RUJUKAN:

BBC. (2011, Oktober 25). Sir Francis Drake’s body ‘close to being found off Panama’.

David, L. (2007). Drake, Francis (1540-1595): English seaman and circumnavigator. The Oxford Encyclopedia of Maritime History.

Hanna, M. (2015, Oktober 22). (ditapiskan) Nests and the Rise of the British Empire, 1570-1740. UNC Press Books. Halaman 46.

Whitfield, P. (2004). Sir Francis Drake. NYU Press. Halaman 8.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.