Teleportasi mungkin terlalu sains fiksyen untuk korang. Tetapi, ribuan tahun dahulu ada seorang lelaki alim yang mampu memindahkan singgahsana dari Yaman ke Baitulmuqaddis dengan sekelip mata.

Apa cara dia buat?

Kisah ini disebut dalam kitab suci al-Quran, Surah Al-Naml ayat 38-40. Ia juga dihuraikan dalam kitab Qasasul Anbiya karangan Imam Ibnu Katsir.

Menurut riwayat, setelah burung belatuk menghantar surat Nabi Sulaiman kepada Ratu Balqis, rombongan kerajaan Saba’mahu datang ke Baitulmuqaddis untuk menyerah kalah.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bertitah: “Hai para pembesar, siapakah di antara engkau yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku dengan menyerah diri?”

Jin Ifrif menjawab: “Hamba akan membawakannya kepada tuanku sebelum tuanku sempat bangun dari tempat dudukmu. Hamba memang kuat dan boleh dipercayai.”

Tiba-tiba, seorang lelaki alim mencelah.

“Hamba akan membawakannya kepada tuanku dengan sekelip mata,” katanya. Lelaki ini bernama Asif bin Barkhiya. Dia merupakan sepupu Nabi Sulaiman iaitu anak kepada ibu saudara baginda. Asif mengetahui ilmu asma’ al-a’zam yang mempunyai banyak khasiat dan rahsia. Dia juga mengetahui ilmu hikmah dari kitab Taurat dan Zabur.

“Ubahsuailah singgahsana ini untuk mengujinya. Lihat, apakah dia akan mengenal singgahsana ini ataupun tidak,” titah Nabi Sulaiman lagi.

Selang beberapa hari, rombongan diraja Ratu Balqis dan kerajaannya pun tiba. Alangkah terkejutnya rombongan ini apabila sampai ke Baitulmuqaddis dan memasuki sebuah istana yang sungguh megah dan indah.

Lantai dan atapnya diperbuat daripada kaca licin. Di bawah lantai kaca itu pula terdapat kolam air yang memperlihatkan ikan-ikan laut yang asyik berenang.

Ratu Balqis menyangkakan bahagian dalam istana tersebut bergenang dengan air, maka dia pun menyelakkan kedua betisnya. Nabi Sulaiman pun menegur: “Sebenarnya, ini adalah istana yang dibuat dari kaca yang jernih.”

Ratu Balqis pun menyedari kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman: “Ya Tuhanku, sungguh aku telah berbuat zalim kepada diriku sendiri. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply