Gandum ialah komoditi yang menjadi sebahagian daripada tamadun manusia sejak 10 000 tahun lalu di benua kecil Anatolia, Turki sebelum dikembangkan oleh peradaban-peradaban awal dunia seperti Mesopotamia, Indus, Mesir Purba dan banyak lagi. Hari ini, gandum turut menjadi sebahagian daripada konsumi utama rakyat Malaysia.

Pengimportan gandum pada tahun 2017 adalah pada tahap 1.7 juta tan metrik (MT) berbanding beras iaitu pada 1.15 juta tan metrik. Peningkatan penggunaan komoditi ini adalah sebanyak 60 peratus dari tahun 2008 ke 2017. Baru-baru ini, harga gandum sebenarnya sudahpun menurun di pasaran, namun ia tetap kekal dengan harga yang mencanak di pasaran kita, lantas menimbilkan beberapa persoalan apa yang sedang terjadi pada pasaran gandum kita.

Sebelum kita mengulas lanjut, perlunya saya ingatkan bahawa sesungguhnya Malaysia tidak menghasilkan bijirin. Kita sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada pengimportan bijirin dari Australia, Amerika Syarikat, Ukraine, Kanada, Rusia, India dan negara lain untuk memenuhi permintaan pengguna Malaysia.

Situasi kebergantungan 100 peratus kepada import komoditi bijirin-bijirin ini harus dipantau untuk memastikan negara tidak mengalami masalah kekurangan bekalan pada masa hadapan. Realiti Malaysia bergantung pada import bijirin seperti gandum juga menjentik sebuah lagi persoalan. Apakah syarikat luar yang sedang mengawal harga kemasukan gandum ke negara kita?

Untuk memahami lebih mendalam tentang pengimportan bijirin gandum ke dalam negara kita, ekosistem rantaian bekalan bijirin-bijirin ini perlu diperhalusi. Pengimportan bijirin gandum ini dimiliki oleh ketiga-tiga bijirin ini dipegang oleh pengilang-pengilang di Malaysia, yang menguasai rantaian bekalan bijirin. Namun, perlu diketahui bahawa sebahagian besar rantaian bekalan ini dipegang oleh beberapa pengilang yang dimiliki oleh beberapa syarikat-syarikat gergasi.

Dari situ, didapati bahawa walaupun syarikat-syarikat ini berpengkalan di Malaysia, pesanan untuk mendapatkan bekalan bijirin ini dibuat daripada negara Singapura sebelum melalui Malaysia. Ia seolah-olah memberikan gambaran bahawa yang membuat eksport itu adalah negara seperti Singapura, bukannya negara.

Mungkin kita boleh memberi alasan mengapa hal seperti ini berlaku. Singapura dikenali sebagai sebuah hab perkapalan dan perdagangan komoditi yang mempunyai rejim cukai rendah. Untuk rekod, kadar cukai korporat di Singapura mencecah sehingga 10 peratus, namun di Malaysia pula cukai korporat ialah setinggi 25 %. Mungkin syarikat-syarikat Malaysia menggunakan kesempatan ini untuk memperoleh kadar cukai rendah tersebut.

Namun, ada sesuatu yang menghantui apabila pilihan sebegini dipilih oleh syarikat-syarikat korporat Malaysia. Ia seolah-olah mencadangkan bahawa harga gandum di negara kita tetap tinggi, tidak mengikuti pasaran dunia adalah kerana kemungkinan harga komoditi yang diinvois oleh negara pengeksport ke Singapura adalah pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang diinvois oleh Singapura kepada pengilang Malaysia.

Faktor-faktornya adalah kerana kos logistik, pengurusan, pemasaran serta membentuk jalinan rangkaian perniagaan dengan negara pengeluar bijirin ini dimasukkan ke dalam senarai invois harga komoditi yang dibawa masuk ke Malaysia dari Singapura. Ini akan membuatkan kerugian kepada ekonomi negara kerana terpaksa membayar lebih apabila Singapura menjadi “orang tengah.” Dah tentu kita rakyat marhaen akan terasa kerana produk-produk makanan negara kita akan bertambah harga sedangkan kita berpeluang untuk membayar pada harga yang lebih murah.

Tentunya pada setiap kritikan kami, perlu juga kami menyelitkan resolusi yang perlu diamati. Kita mungkin boleh menjadikan negara seperti Mesir, Indonesia, Qatar dan Arab Saudi dalam menjaga “food security” pada setiap komiditi terjamin dengan memperkenalkan konsep “Pengimport Berpusat” atau Central Importer. Konsep ini juga bakal memastikan harga komoditi berkenaan dapat dikawal dan dikurangkan, berbanding situasi pengimportan bijirin di Malaysia.

Apabila ia berlaku, kita rakyat Malaysia akan mendapat manfaat yang besar pada zaman di mana kehendak mengatasi keperluan, atau pada zaman kenaikan kos sara hidup melanda dunia. Semoga cadangan ini diambil serius oleh kerajaan. Mungkin boleh dimulakan dengan perancangan pihak swasta dan kerajaan bekerjasama dengan memperkenalkan peraturan tertentu untuk memantau ekosistem dan rantaian bekalan komoditi bijirin di Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.