Sangkaan awal yang kerajaan baharu Malaysia tidak akan bertembung dengan Singapura hanya memerlukan tujuh bulan untuk dibuktikan tidak benar. Jauh tersasar, kedua-dua negara berjiran ini sudah mempunyai suatu senarai panjang tentang topik perbalahan. Isu air mentah telah lama dibicarakan. Seringkali juga Singapura dituduh menggunakan ruang udara Malaysia untuk pengurusan ketenteraan. Malah baru-baru ini sebuah helikopter penyerang Singapura sekali lagi mencerobohi Malaysia. Kalau ikut doktrin Perang Dingin, perkara tersebut ialah suatu pertunjukan kuasa yang sebenarnya boleh dimaafkan pun.
Namun baru-baru ini Malaysia dan Singapura semakin bercakaran tentang isu-isu yang lebih besar. Salah satunya melibatkan Lapangan Terbang Seletar. Jika difikirkan, apalah masalah sangat jika pendaratan di Singapura menggunakan sedikit sebanyak ruang udara Malaysia. Namun kesan buruknya sudah jelas bagi Firefly yang dijangka mungkin kerugian besar. Sistem penerbangan tersebut telah dipindahkan daripada Changi ke Seletar bermula 1 Disember.
Namun Firefly masih belum mendapatkan pengesahan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dibawah Kementerian Pengangkutan. Setiap hari Firefly menguruskan 10 penerbangan antara Subang dan Changi. Firefly sangat mengharapkan persetujuan daripada Anthony Loke Siew Fook. Namun situasi sekarang sebenarnya lebih besar daripada penerbangan semata-mata. Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah pun dengan Seeltar melainkan dengan cara pendaratan sahaja.
Singapura telah mewajibkan penggunaan Sistem Pendaratan Alatan (ILS). Asasnya penggunaan ILS membantu juruterbang untuk menjayakan pendaratan ketika cuaca buruk. Namun kedudukan Seletar sebenarnya hanya dua kilometer sahaja daripada Pasir Gudang.
Sistem ILS pula memerlukan setiap pendaratan dilakukan daripada ketinggian berbeza dengan fasa-fasa tertentu: 54 meter apabila tiga kilometer daripada landasan; 145 meter apabila enam kilometer.
Jarak enam kilometer ibaratkan selangkah bagi penerbangan. Namun enam kilometer itulah mempunyai nadi besar bagi ekonomi Johor. Itulah jarak daripada landasan Seletar ke Perumahan TNB di Pasir Gudang. Kawasan perindustrian pesat telah lama didirikan sepanjang perjalanan tersebut, seperti Kejuruteraan Berat Marin Malaysia, Stesen Janakuasa Sultan Iskandar (TNB) dan Pelabuhan Johor Pasir Gudang. Jika CAAM bersetuju dengan Singapura, zon penting ini perlu menepati piawaian Seletar.
Atas prinsip muhibah sesama jiran, tiada masalah pun untuk Malaysia membenarkan jika kawasan tersebut tidak penting. Namun Malaysia tiada keperluan untuk berkorban demi Singapura. Jika CAAM bersetuju, Pasir Gudang tidak boleh meletakkan apa-apa pun di kawasan tersebut. Kerajaan Johor juga dihalang untuk memajukan lagi Pasir Gudang dengan pembangunan tinggi. Malah kren-kren industri turut tidak dibenarkan berada di situ untuk memberi laluan kepada pendaratan di Seletar.
Dengan erti kata lain, Pasir Gudang perlu patuh kepada piawaian republik asing seolah-olah kawasan ini telah dijajah. Pelabuhan Pasir Gudang diwajibkan had-had tertentu yang bakal mendatangkan risiko besar. Misalnya, jika sebuah peralatan besar diharamkan, dikhuatiri akan berlaku kemalangan berikutan penggunaan kren kecil. Kementerian Pengangkutan pun menjangkakan sebuah zon terkesan daripada Pasir Gudang, Ayer Tawar dan Kota Tinggi. Seluruh “Segi Tiga Bermuda” ini dihalang hanya atas dasar di luar negara.
Tidak cukup dengan itu, Malaysia mungkin perlu memindahkan dua loji klorin yang telah bertapak sejak 1990-an lagi. Selama ini, perusahaan petrokimia ini didapati selamat digunakan kerana tiada penerbangan melepasinya. Andai kata terdapat kemalangan udara seperti bird strike, terdapat risiko yang tangki klorin ini boleh bocor. Bencananya boleh membunuh pun, kerana paru-paru manusia tidak boleh memproses udara klorin. Meskipun diberikan bantuan pernafasan, risiko kematian tetap tinggi.
Mesej Antholy Loke memang jelas: tiada masalah dengan Seletar, asalkan tidak menggunakan ILS di ruang udara Pasir Gudang. Singapura perlu memandang lebih serius tentang perkara ini. Maka seharusnya rakyat menyokong berdiri di belakang Anthony Loke pada ketika Singapura semakin ghairah dengan pengurusan.
Takkan Pasir Gudang perlu mengambil kira kepentingan Singapura sampai bangunan setinggi Komtar, Menara Berjaya Times Square dan Kompleks Daya Bumi tidak boleh dibina?
Sila Follow penulis: https://www.facebook.com/ahmadfaezal93/}
Sumber:
‘Useful for negotiations’ over Seletar Airport issue to be kept confidential: MOT. (2018, December 10). Retrieved from https://www.channelnewsasia.com/news/asia/singapore-responds-malaysia-seletar-airport-ils-documents-11017638
Bedi, R. S. (2018, December 10). Transport Ministry: Singapore being ‘selective’ when disclosing information about ILS. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/10/transport-ministry-singapore-being-selective-when-disclosing-information-about-ils/
Online, T. S. (2018, December 10). Singapore rebuts Malaysia’s statement over Seletar Airport flight procedures. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/10/singapore-rebuts-malaysia-claims-over-seletar-airport/
Singh, R. (2018, December 11). Seletar Airport flight path poses threat to chlorine plants in Pasir Gudang. Retrieved from https://www.thesundaily.my/local/seletar-airport-flight-path-poses-threat-to-chlorine-plants-in-pasir-gudang-MY247284
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih