Anda mungkin pernah dengar tentang kerajaan Silla Bersatu yang pernah jadi sebahagian daripada kehebatan sejarah Korea, tetapi tahukah anda bahawa banyak asas budaya Korea yang kita kenali hari ini berakar daripada Kerajaan Silla Bersatu?
Kerajaan Silla Bersatu, yang wujud dari tahun 668 hingga 935 Masihi pernah mainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan budaya Korea.
Silla Bersatu lahir daripada penyatuan tiga kerajaan besar di Semenanjung Korea: Goguryeo, Baekje, dan Silla sendiri. Dalam tempoh ini, budaya dan seni berkembang pesat lantas menghasilkan warisan sumbangan yang berkekalan dalam tamadun Korea.
Salah satu sumbangan terbesar adalah pembangunan seni bina. Kuil Bulguksa dan Seokguram Grotto yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, adalah bukti kecemerlangan seni bina dan keagungan Kerajaan Silla. Kuil-kuil ini menunjukkan kehalusan seni ukiran batu dan kehebatan dalam reka bentuk struktur keagamaan.
Selain seni bina, Kerajaan Silla Bersatu juga memperkayakan dunia seni dan kesusasteraan Korea. Patung-patung emas, perhiasan mewah, dan seni tembikar dari era ini menunjukkan kepakaran dan cita rasa tinggi masyarakat Silla.
Seni tembikar celadon, yang terkenal dengan kilauan hijau lembutnya, mula berkembang dan menjadi salah satu ikon budaya Korea yang terkenal hingga kini.
Kerajaan Silla juga beri sumbangan besar dalam bidang agama. Penerimaan agama Buddha sebagai agama rasmi membawa kepada pembangunan pusat-pusat pengajian Buddha. Ini bukan saja memperkukuh ajaran moral dan etika dalam masyarakat, tetapi juga memupuk perkembangan seni dan kesusasteraan berteraskan agama.
Dari segi politik dan pentadbiran, Silla Bersatu perkenalkan sistem pemerintahan yang lebih teratur dan berpusat. Struktur hierarki dan birokrasi yang dibangunkan membantu mengekalkan kestabilan politik dan sosial. Sistem ini menjadi model kepada dinasti-dinasti berikutnya, memastikan kesinambungan dan kestabilan pemerintahan di Semenanjung Korea.
Namun, salah satu sumbangan paling penting adalah dalam bidang pendidikan. Kerajaan Silla menubuhkan institusi pengajian seperti Gukhak, yang merupakan akademi nasional terawal di Korea. Di sini, anak-anak bangsawan dan pegawai kerajaan dilatih dengan ilmu pentadbiran dan ilmu lain. Pendidikan yang sistematik ini melahirkan ramai cendekiawan dan pemimpin yang berwibawa, meletakkan asas kepada tradisi intelektual yang kukuh di Korea.
Demikianlah, Kerajaan Silla Bersatu tidak hanya mencipta sejarah, tetapi membentuk budaya dan identiti yang masih dirasai hingga hari ini. Dari seni bina hingga pendidikan, dari agama hingga kesusasteraan, sumbangan Kerajaan Silla Bersatu telah memberikan impak yang mendalam dan berkekalan dalam tamadun Korea.
Ia adalah era keemasan yang telah menyemai benih-benih kebudayaan yang terus berkembang dan menghiasi sejarah Korea hingga ke zaman moden.
—
Tertarik dengan kekayaan budaya Korea?
Ingin tahu lebih lagi tentang budaya, sejarah, dan politik tamadun Korea?
Jom dapatkan KITAB TAMADUN KOREA, buku yang sempurna untuk para pemula yang ingin menyelami keunikan tamadun Korea.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.