Rasa ketinggalan train pulak tengok orang tiba-tiba sembang pasal Lisa Blackpink (yang nyanyi lagu ddu-du-ddu tu). Aku ingat apa kes, lah rupanya pasal komen rasis netizen Korea (K-netz) terhadap Lisa yang berasal dari Thailand (nama asal: Lalisa Manoban).

Blink (fandom Blackpink) Indonesia yang memulakan kempen #RespectLisaselepas terdapat K-netz (rasanya anti-fan) menabur komen “balik Thailand” dan lain-lain komen yang memperlekehkan orang Asia Tenggara.

Ya, rasisme ni ada di mana-mana. Tapi orang Korea punya rasisme lain macam punya. Orang yang pernah hidup kat Korea (melancong tu tak kira) mesti tahu perangai mereka ni.

Permukaannya, rasisme orang Korea ni fokus pada warna kulit. Sebagai sebahagian daripada sfera budaya Asia Timur (Sinosphere), definisi kecantikan orang Korea merangkumi kulit berwarna putih. Standard orang Korea, kena putih macam porselen (도자기피부). Macam warna kulit model-model Etude House dan Laneige.

Itu sebabnya orang Korea pandang rendah sikit terhadap umat Asia Tenggara yang berkulit sawo matang. Korang cuba baca tulisan Ashly Perez bertajuk “I Wasn’t Beautiful Enough to Live in South Korea”. Sebak, walaupun dia tu ada darah Korea tapi disebabkan dia berkulit sawo matang, habis kena reject dalam masyarakat Korea.

Jadi, si Lisa yang asalnya orang Siam kenalah memutihkan kulit demi menceburi bidang K-Pop yang turut “internalize” norma kecantikan “putih = cantik” ini.

Tapi kalau nak korek lebih dalam, psikologi xenophobia (anti orang luar) orang Korea ni sebenarnya ada kaitan dengan sejarah mereka sebagai bangsa “homogeneous” (satu etnik). Kalau pakai James Fearon punya Ethnic Diversity Index, Korea Utara, Korea Selatan dan Jepun ialah tiga negara yang paling homogeneous dalam dunia, diikuti oleh Tunisia.

Sejak tahun 918 (pendirian Dinasti Koryo) lagi orang Korea dah mempunyai identiti bangsa yang sama. Tambahan pula mereka ialah masyarakat pertanian, jadi sifat masyarakat Korea ini ialah masyarakat yang tertutup, tak macam masyarakat pedagang/pelaut di sebelah Asia Tenggara yang terbuka kepada imigran.

Tiada konsep “peranakan”, selagi kau tak ada “bonguan” (본관 – nama keluarga yang menunjukkan asal usul Korea), kau tak dilihat sebagai sebahagian daripada masyarakat Korea. Orang Cina yang hidup kat Korea Selatan sejak sebelum penjajahan Jepun (1910-1945) sehingga hari ini pun masih belum diberi taraf kerakyatan.

Bab ini pulak, kalau kulit kau se-putih IU pun tak dapat membantu. Itu sebabnya idol-idol dalam kumpulan K-Pop yang berbangsa asing ni selalu jadi mangsa buli oleh K-netz malah oleh colleague sendiri.

Dulu selalu dengar yang kena buli ni ahli kumpulan berbangsa China seperti Han Kyung (Super Junior) dan Luhan dan Kris (Exo). Sekarang apabila industri K-Pop rekrut idol dari Asia Tenggara, giliran orang Asia Tenggara pula. Tapi so far tak pernah dengar Nichkhun (2PM) dan BamBam (Got7) kena buli walaupun asal Thailand juga, mungkin lelaki kot. Twice punya Momo, Sana, Mina, Tzuyu lain cerita lah. Mereka tu master race.

Jangan ingat globalisasi dan dunia tanpa sempadan akan mengubah semua ini, malah hanya jadi lebih buruk. Disebabkan peluang ekonomi di Korea Selatan agak terhad, mereka lagilah melihat orang asing sebagai ancaman kepada keselamatan ekonomi mereka, nak merebut periuk nasi mereka. Tak kira betapa putih kau, betapa muka kau mirip Irene, kau setakat “waegugin” (왜국인) bagi mereka.

So, kalau minat K-Pop tu setakat minat cukup lah. Tak perlu beranggan nak kahwin oppa jadi sebahagian daripada masyarakat Korea. Tak kira betapa kau mengubah diri jadi orang Korea, mereka (majoriti) simply tak akan terima kau.

Nak hidup dengan bermaruah di depan orang luar, kita tak boleh mengambil hati mereka dengan memimik mereka. Lebih baik kau menghidupkan jati diri sendiri. Itu akan lebih dihormati.

Respect Lisa, but nevertheless, SinB is bae.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.