Setiap kali menonton sitkom baik sitkom tempatan atau luar negara, tidak sah jika trop si bodoh dimainkan. Selalunya antara ciri si bodoh yang dinyatakan dalam trop ini ialah si bodoh ialah seorang pelupa, kadang-kadang ke tahap ekstrem.
Namun begitu, satu kajian yang dibuat Universiti Toronto mendedahkan menjadi pelupa sebenarnya baik untuk kebijaksanaan individu.
Salah seorang penulis kajian, Profesor Blake Richards berkata, “Amat penting bagi otak melupakan perkara-perkara yang tidak relevan dan sebaliknya fokus kepada perkara yang membantu kita membuat keputusan dalam dunia sebenar.
“Kita tahu senaman boleh meningkatkan bilangan neuron dalam hipokampus tetapi sesetengah maklumat dari kehidupan kita kadang-kadang tidak perlu dan menghalang anda daripada membuat keputusan dengan baik.”
Justeru, Prof Richards dan rakannya Profesor Paul Frankland mencadangkan memori seharusnya digunakan dengan menambahbaik kebolehan membuat keputusan. Perkara ini boleh dicapai mengekalkan maklumat berharga dan melepaskan semua maklumat tidak penting sekaligus memberi lebih banyak ruang untuk maklumat-maklumat penting dalam kepala.
Misalnya, jika kita tidak ingat maklumat spesifik tentang sesuatu peristiwa tetapi masih mampu mengingati gambaran yang lebih besar, para penyelidik percaya ia membantu kita menilai semula pengalaman lepas dengan lebih baik.
Namun begitu, jika seseorang itu tidak dapat mengingati maklumat penting pada kadar drastik, maka itu sesuatu yang harus dibimbangkan. Ini kerana lupa sekali-sekala menunjukkan keadaan sistem memori manusia berada dalam keadaan sihat.
Tetapi apa maklumat yang dibuang bergantung kepada situasi. Richards menambah, “Satu perkara yang membezakan sesebuah persekitaran yang anda mahu ingat dengan persekitaran yang anda mahu lupakan ialah ketekalan sesebuah persekitaran dan bagaimana ia kembali dalam kehidupan anda.”
Richards melihat cara terbaik mengekalkan memori ialah tidak mengingat semua perkara. Tambahnya, jika seseorang itu cuba membuat keputusan penting, sudah pasti sukar baginya membuat keputusan kerana diganggu oleh maklumat-maklumat yang bukan saja tidak penting tetapi bersifat remeh-temeh.
RUJUKAN:
Webb, Jack. (2020). Being forgetful is a sign of high intelligence, according to scientists. The Independent. https://www.indy100.com/article/forgetful-helps-smarter-decisions-study-memory-learning-brain-8559396
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih