Senyuman ni kadang-kadang boleh membawa persekitaran yang positif. Malah orang yang suka senyum ni kita anggap sebagai ceria. Tapi tidak dekat Rusia. Sebab rakyat deme sangat susah senyum.

Kenapa orang Rusia susah nak senyum?

Bagi orang Rusia, tersenyum kepada orang lain tanpa apa-apa sebab akan buat deme tak selesa.

Katanya korang sedang cuba ejek rupa ataupun pakaian mereka. Jangan terkejut sebab lepas tu orang Rusia tak kan balas senyuman korang sebab deme terasa.

Seterusnya pernah tak masa korang dalam masalah, ada member suruh senyum. Sebab katanya nak tengok korang ceria. Dengan orang Rusia, jangan sesekali suruh mereka senyum ketika dalam masalah. Sebab kalau korang suruh senyum, maknanya korang tak ada empati dan sangat pelik.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Di samping itu kalau korang pergi dekat kaunter kerajaan di Rusia, jangan terkejut jika pekerja tak senyum. Katanya orang Rusia ni sangat fokus dan komited dalam kerja. Maka tersenyum semasa sedang kerja adalah dilarang. Masa korang belajar pun tak boleh senyum sebab akan dianggap tidak menghormati guru.

Level orang Rusia ni tak suka senyum sampai ketika Mekdi mula-mula masuk sana, deme sangat terkejut. Sebab staf Mekdi tersenyum dan sangat ramah. Sedangkan staf restoran tempatan asyik masam dan bersikap dingin.

Kepada korang yang nak pikat awek Rusia, hati-hati dalam tersenyum. Takut deme anggap benda lain.

Kalau nak tahu lebih banyak tentang orang Rusia yang merupakan sebahagian daripada rumpun Slavik. Sila baca HUJAN EMAS DI TANAH SLAVIK. Boleh beli di sini bit.ly/3OSoDN6

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply