Walaupun secara keseluruhannya Per.ang Dunia Pertama dimenangi oleh pakatan Sekutu yang diketuai British, namun sebenarnya tentera Inggeris telah beberapa kali mengalami kekalahan yang amat memalukan terutamanya dalam pertem.puran menentang tentera Uthmaniyah. Selain dari kekalahan di wilayah yang dikuasai oleh Inggeris sendiri di Kut, Baghdad, mereka juga menghadapi kekalahan dalam pencerobohan mereka terhadap Canakkale, atau lebih dikenali di barat sebagai Galipolli.
Pada tahun 1914 Inggeris mengisytiharkan mereka dan sisa kekuatan Empayar British berper.ang dengan Empayar Jerman. Australia bertindak balas dengan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi. Mereka mula mengumpulkan tentera sukarelawan, yang disebut Angkatan Imperial Australia (AIF) dan gabungan ANZAC dengan New Zealand.
Setelah Empayar Uthmaniyah menyertai pe.ran.g dengan memihak kepada Jerman, Australia mengambil bahagian dalam pencerobohan Inggeris terhadap semenanjung Gallipoli pada 25 April 1915. Pendaratan dan kempen lapan bulan yang menyusul membuktikan, dibandingkan dengan Inggeris, sebenarnya reputasi rakyat Australia jauh lebih tinggi dalam konteks keberanian, ketahanan mental dan fizikal serta inisiatif sukarelawan mereka walaupun berakhir dengan kekalahan.
Kempen Gallipoli (Canakkale) pada Pe.ran.g Dunia Pertama adalah bertujuan untuk memaksa rakan sekutu Empayar Jerman iaitu Empayar Uthmaniyah agar mengambil tindakan berkecuali dari pe.ran.g. Ia dimulakan dengan kempen angkatan tentera laut, dengan kapal pe.ran.g Inggeris dikirim untuk menye.ran.g Konstantinopel.
Walau bagaimanapun operasi ini gagal apabila kapal pe.ran.g Inggeris gagal mencapai jalan keluar melalui selat yang dikenali sebagai Dardanelles. Sepertiga armada kapal pe.ran.g maritim Inggeris ditenggelamkan, manakala yang selebihnya dibe.dil hingga tidak boleh bergerak.
Hanya operasi kapal selam Inggeris dan Perancis di Laut Marmara sahaja yang menjadi satu-satunya operasi yang memberikan sedikit kejayaan untuk tentera Sekutu dalam kempen Gallipoli, itu pun mereka hanya berjaya memaksa Uthmaniyah mengabaikan laut sebagai jalan pengangkutan mereka dan langsung tidak membantu Sekutu dalam melepaskan diri dari be.dilan bertalu-talu oleh barisan pertahanan Uthmaniyah di daratan semenanjung.
Semua ini dilakukan oleh barisan pertahanan Uthmaniyah yang ketika itu berada di bawah perintah para komander yang Turki dan Jerman yang terbaik, antaranya ialah Otto van Sanders, Enver Pasha dan Mustafa Kemal Pasha, hanya dalam masa satu hari pada 18 Mac 1915.
Langkah baru mula dirancang, tentera di bawah Sir Ian Hamilton akan menduduki semenanjung Gallipoli. Jika berjaya, mereka akan menghilangkan pertahanan darat dan pantai Uthmaniyah, dan membuka laluan keluar selat Dardanelles untuk melancarkan perjalanan tentera laut mereka.
Rancangan ini akan memerlukan tentera Inggeris terlebih dahulu mena.wan titik penghujung semenanjung pada 25 April, kemudian mara ke arah utara. Sementara itu, pasukan tentera ANZAC akan mendarat di pantai barat bahagian utara Gaba Tepe, pada titik yang paling sempit di semenanjung tersebut.
Pasukan British dan ANZAC hanya berjaya menguasai kawasan tumpuan semenanjung. Selama lapan bulan berikutnya tidak banyak kemajuan yang mereka capai sebelum pasukan tentera ANZAC akhirnya dipindahkan pada bulan Disember. Menjelang Januari 1916, pasukan penceroboh Inggeris yang terakhir diundurkan, kempen itu ditinggalkan begitu saja.
Kempen pasukan Sekutu digagalkan oleh matlamat mereka sendiri yang tidak menentu, perancangan strategi yang teruk, artileri yang tidak mencukupi, pasukan tentera yang tidak berpengalaman, peta yang tidak tepat, perisikan yang gagal, rasa yakin yang berlebihan, kelengkapan yang tidak mencukupi, dan kekurangan dari segj logistik dan taktikal pada seluruh peringkat.
Contoh yang paling teruk ialah peta yang disediakan untuk para komander semasa pendaratan pada 25 April 1915 adalah tidak tepat. Peta di atas ini adalah peta yang dibawa oleh Kolonel Henry MacLaurin, yang diberi amanah untuk mengetuai Briged Australia Pertama. Peta ini menjadi saksi kepada kesilapan langkah pihak Sekutu. MacLaurin adalah antara kor.ban yang terawal, dia dibu.nuh oleh penem.bak tepat dua hari selepas pendaratan.
Sikap angkuh Inggeris yang sering memandang rendah akan potensi ketenteraan Uthmaniyyah berpunca dari mentaliti “paling terunggul” di kalangan Sekutu memandangkan kemerosotan Empayar Uthmaniyyah dan prestasi buruk mereka di Libya semasa Per.ang Itali-Turki pada 1911-1912 dan Pera.ng Balkan pada 1912 dan 1913. Bahkan badan perisikan sekutu gagal bersedia sebaik mungkin untuk kempen ini kerana terlalu bergantung kepada maklumat yang diperoleh dari penunjuk arah dari Mesir.
Sebilangan besar pegawai kanan Tentera ke-5 adalah dari Jerman. Jeneral-jeneral tentera Uthmaniyah dan para pegawai kanan Jerman mempersiapkan pertahanan mereka dengan merangka kaedah terbaik untuk mempertahankan semenanjung. Mereka bersetuju bahawa pertahanan yang terbaik adalah pertahanan yang ditempatkan di tanah tinggi di jurang semenanjung.
Walaupun terdapat perselisihan pendapat di kalangan mereka mengenai jangkaan lokasi tepat pendaratan tentera mu.suh dan di mana mereka harus menumpukan kekuatan pertahanan utama mereka, masalah-masalah ini berjaya diselesaikan oleh Mustafa Kemal Pasha.
Mustafa Kemal sangat mahir akan selok belok geografi di semenanjung Gallipoli hasil dari pengalamannya dalan operasi melawan Bulgaria semasa Pera.ng Balkan dan Mustafa Kemal telah menjangkakan bahawa Cape Helles (penghujung selatan semenanjung) dan Gaba Tepe adalah kawasan yang paling mungkin menjadi kecenderungan tapak pendaratan pilihan tentera Sekutu.
Mustafa Kemal percaya bahawa Inggeris akan menggunakan kuasa tentera laut mereka untuk memerintah pasukan darat dari setiap sisi di hujung semenanjung terutamanya di Gaba Tepe, jarak pendek ke pantai timur bermaksud bahawa Sekutu boleh mencapai laluan sempit dengan mudah. (selekoh bersudut kanan di tengah-tengah Dardanelles).
Sejak awal pendaratan Sekutu dan Anzac di Galipolli lagi sudah ada pelbagai jenis masalah. Bagi tentera Inggeris, ada kesukaran untuk menetapkan kedudukan mereka pada waktu malam, tanpa penanda navigasi di luar pantai mu.suh. Ini menjadikan laluan menuju ke arah pantai menjadi sukar dan berbahaya.
Setibanya di pantai, pasukan pertama mendapati mereka berada hampir dua kilometer terlalu jauh ke utara. Malahan, kapal-kapal mereka telah bercampur aduk. Seperti biasa, arus ombak yang kuat atau perubahan arahan akan dipersalahkan, tetapi hakikatnya operasi itu hanya memerlukan navigasi yang lebih tepat dari kapal induk.
Barisan pertahanan tentera mu.suh juga telah dipandang rendah. Askar-askar yang ditempatkan di garis pertahanan Uthmaniyah hanyalah dalam jumlah yang kecil dan amat kekurangan dari segi kelengkapan persen.jataan, dan walaupun bala bantuan Jerman tiba, mereka masih lemah dari segi angka.
Walaupun begitu, geografi kawasan itu ternyata lebih memihak tentera Uthmaniyah. Tentera ANZAC dan Inggeris terpaksa menghadapi cabaran seperti tebing yang curam, jurang berliku dan bukit yang dipenuhi semak tebal berduri. Sementara Uthmaniyah berada di posisi terbaik, memiliki para panglima dan askar-askar yang terbaik, mengenali kawasan itu dengan baik, dan bertekad untuk mempertahankannya dengan baik.
Inggeris mula menyedari apa yang mereka jangkakan sebelum itu adalah tidak realistik dan dalam masa beberapa jam objektif mereka dinilai mustahil. Lemah dalam menyampaikan arahan dan gerak kerja kakitangan yang ala kadar, dan kekurangan pengalaman di kalangan tentera mula terdedah.
Mujurlah, pasukan yang terlibat secara terus dalam kempen itu berjaya mendarat di daratan untuk mendirikan kubu dan garis pertahanan yang menghadap ke pantai telah didirikan sebagai tempat perlindungan. Jika tidak, mungkin mereka akan ditenggelamkan sekali lagi bersama-sama seluruh armada laut mereka.
Kempen Galipolli atau Pertem.puran Canakkale ini menjadi pengajaran besar dan dikaji sedalamnya oleh para perancang ketenteraan selepas Pera.ng Dunia Pertama dalam mana-mana operasi amfibia seperti Pendaratan Normandy pada tahun 1944 semasa Pera.ng Dunia Kedua dan Pera.ng Falklands pada tahun 1982.
Pada bulan September 1915, Jeneral Sir Alexander J. Godley yang terlibat dalam kempen ini mengadu terlalu sedikit kor.ban cede.ra atau sakit yang telah pulih dari kempen Gallipoli dikembalikan dari Mesir, dan Jeneral Maxwell yang berada di Mesir membalas “selera Dardanelles terhadap orang-orang kita adalah sesuatu yang luar biasa dan jahat”.
Pendaratan yang berlaku pada tarikh 25 April itu akan diperingati pada setiap tahun di New Zealand dan Australia sebagai “Hari Anzac”. Ulangtahun yang pertama disambut secara tidak rasmi pada tahun 1916 oleh gereja-gereja di Melbourne, Brisbane dan London, sebelum secara rasmi diiktiraf sebagai hari cuti umum di seluruh Australia pada tahun 1923 dan Hari Kebangsaan di New Zealand.
Di Australia, gambaran tentang tentera ANZAC yang berani dalam pertem.puran diceritakan melalui kisah-kisah popular dan gambaran yang diromantiskan, mereka sering kali gagal untuk menyampaikan kenyataan pahit dalam pertem.puran mendesak semasa Anzac mendarat, di mana setiap askar bergelut untuk mengekalkan posisi di setiap meter daratan sambil bertahan dalam keadaan yang menyedihkan dan mencatat kor.ban nyawa yang tinggi.
Di sekolah, para pelajar diberikan bahan bacaan yang menceritakan kisah menarik tentang Gallipoli. Di rumah, sokongan terhadap per.ang dibuktikan dalam bentuk cetakan berwarna-warni di atas selimut, surat khabar, poskad, peta hiasan dinding, seramik, dan cenderahati domestik yang bersifat patriotik.
Akhirnya, ketika senarai kerahan tentera dan senarai angka kor.ban semakin meningkat, rasa kesedaran secara peribadi terhadap kegagalan kempen yang diketuai oleh British di Gallipoli mula timbul di kalangan warga Australia. Apabila kempen berakhir dengan suram, tindak balas terhadap per.ang semakin rasional dan dipertimbangkan.
Inggeris yang kita kenali, seringkali bersikap angkuh terhadap bangsa atau negara yang lain, jika kita merasakan Jerman atau Jepun sudah cukup megah dengan sikap keunggulan mereka, sebenarnya Inggeris juga tiada bezanya. Tetapi Inggeris tidak pernah serik, sama ada di tengah medan per.ang mahu pun di tengah padang bola sepak, sikap angkuh mereka ini sering menjadi pem.bakar semangat mu.suh-mu.suh untuk menumpaskan mereka walaupun hanya dalam satu pertandingan kecil.
Tahniah Itali kerana menundukkan keegoan Inggeris.
“Adakah Dewa-Dewa yang Tertinggi membuatkan Iliad baru kami berduka? Pada pintu siapakah sejarah akan menyalahkan penebusan yang tiada harapan dan tidak berupaya ini?” — Jeneral Sir Ian Hamilton
RUJUKAN:
Baldwin, Hanson (1962). World W.ar I: An Outline History. London: Hutchinson.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih