Kemungkinan ramai antara kita akan jawab, “Alexander Graham Bell”.

Secara tepatnya ialah Antonio Meucci yang merupakan seorang pereka cipta dari Florentine, Itali dan tiba di USA pada tahun 1850.

Pada tahun 1860, Meucci pertama kali membuat demostrasi model hasil kerjanya terhadap sejenis alat elektrik yang dipanggil teletrofono.

Pada tahun 1871, Meucci memfailkan kaveat (dengan usaha dalam jangka masa pendek) lima tahun sebelum Alexander Graham Bell menghasilkan paten telefon. ( Kaveat dari sudut mahkamah adalah sekatan atau halangan untuk pelihara paten. Mungkin Meussi buat begini supaya idea reka ciptanya dipelihara)

Pada tahun yang sama, Meucci jatuh sakit selepas dia mengalami lecur yang teruk apabila dandang dalam feri Staten Island meletup. Meucci tidak mampu berbicara banyak dalam bahasa Inggeris, dan hidup dengan wang pampasan yang diberi kerajaan, dia gagal untuk menghantar wang berjumlah 10dollar yang diperlukan untuk memperbaharui kaveatnya pada tahun 1874.

Apabila paten milik Bell didaftarkan pada tahun 1876, Meucci disaman. Meucci menghantar lakaran dan model original ke makmal di Western Union. Kebetulan, Bell kerja di makmal yang sama dan model milik Meucci hilang secara misteri (atau dihilangkan).

Meucci mati pada tahun 1889 semasa kesnya terhadap Bell masih berlangsung. Rentetan itu, Bell mendapat kredit dan pengikhtirafan terhadap reka cipta itu.

Pada tahun 2004, sisa daripada kes Bell diperbaharui oleh US House of Representatives apabila mereka menghantar resolusi bahawa ‘kehidupan dan pencapaian Antonio Meucci perlu dikenali dan hasil kerjanya terhadap rekacipta telefon perlu diperakui’.

Tidaklah Bell itu semenangnya penipu atau memberi maklumat palsu. Sebagai anak muda ketika itu, Bell pernah mengajar anjingnya untuk bercakap ‘How are you,grandmamma?’ sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan anjingnya semasa anjingnya berada di bilik yang lain. Dan Bell membuat telefon sebagai alat yang praktikal untuk digunakan.

Kesimpulannya, Meucci merupakan yang pertama rekacipta telefon secara tidak rasmi. Namun, secara rasminya ia direka oleh Bell. Adakah Bell sebelum ini tidak mengetahui tentang rekacipta Meussi? Kebetulan? Atau adakah niat Bell untuk inovasikan rekacipta Meussi?

Seperti kawannya Thomas Edison, Bell sentiasa ada rasa ingin tahu pada sesuatu yang baru. Dan seperti Edison, Bell tidak selalunya berjaya. Logam pengesan melalui mesin miliknya gagal untuk mengesan peluru di dalam tubuh President James Garfield. Sepertinya mesin Bell telah dikelirukan logam spring pada katil presiden.

Oh ya.. Bell juga pernah terlibat dalam pengkajian genetik haiwan di mana dia terdorong oleh kemahuannya untuk meningkatkan bilangan kelahiran kembar dua dan tiga oleh kambing biri-biri. Bell perasaan kambing biri-biri yang mempunyai lebih dari dua puting susu akan menghasilkan lebih banyak kembar. Tapi akhirnya, apa yang dihasilkan Bell hanya kambing biri-biri yang ada puting susu yang banyak.

Bell juga merujuk dirinya sebagai ‘teacher of the deaf’. Ibu dan isterinya mempunyai masalah pendengaran (tak dengar. Baca: pekak) dan turut mengajar Helen Keller. Keller pernah dedikasikan autobiografinya kepada Bell.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply