Ada pelbagai pendapat tentang pembinaan awal Masjid al-Qibli, Kubah as-Sakhra dan kawasan al-Aqsa, iaitu:

• Pendapat pertama: Masjid al-Qibli dibangunkan atas perintah Khalifah Umar sendiri setelah Jerusalem dimasukkan ke dalam wilayah Palestin yang bernaung dibawah pentadbiran Khulafa ar-Rasyidin.

Pendapat ini dikuatkan dengan sumber sejarah dari seorang pendeta Kristian yang datang ke Palestin dan menziarahi Baitulmaqdis. Di dalam buku ‘Perspective on Early Islamic Art in Jerusalem’ karya Lawrence Nees mengatakan yang Arculf datang ke Jerusalem pada penghujung zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah (680 M) dan beliau melihat sebuah masjid terbina dari kayu berdiri di atas Haram (tapak Bait Suci) yang dibina oleh Omar (Khalifah Umar). Dikatakan juga, masjid pada masa itu mampu menampung sekitar 3,000 orang jemaah dalam satu masa.

• Pendapat kedua: Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian yang bertanggungjawab dalam pembinaan Masjid al-Qibli.

Ulama al-Mutahhar bin Tahir al-Maqdisi yang memegang pendapat ini dengan mengatakan yang Masjid al-Qibli dibangunkan oleh Khalifah Muawiyah.

• Pendapat ketiga: Masjid al-Qibli dibina pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan seiring dengan perluasan tapak kompleks al-Aqsa dan pembinaan Kubah as-Sakhrah.

1. Pendapat ini dipegang oleh tiga orang ulama iaitu Mujiruddin al-Ulaimi, Jalaluddin as-Suyuthi dan Syamsudin al-Maqdisi.

2. Khalifah Abdul Malik ingin menukarkan senibina Byzantine-Kristian ke suasana yang lebih Islamik dan pada ketika ini beliau sedang kehilangan pengaruh sebagai khalifah pelindung agama Islam setelah Abdullah bin Zubair menguasai wilayah Mekah.

3. Tujuan lain Khalifah Abdul Malik untuk memperluaskan dan memperindahkan kawasan Baitulmaqdis adalah untuk mencari penyokong dan menunjukkan kembali yang beliau masih mampu melindung Haramain dan agama Islam.

Nota: Mengikut dari kitab ‘Tarikh al-Khulafa’ karya Imam as-Suyuthi, beliau memegang pendapat yang kekhalifahan Abdul Malik tidak sah pada ketika itu sewaktu Abdullah bin Zubair menjadi ‘khalifah sementara’ di Mekah sebelum beliau dibunuh oleh Hajjaj bin Yusuf. Setelah kewafatan Abdullah bin Zubair, barulah Khalifah Abdul Malik dikatakan sah dan tempoh pemerintahannya dihitung setelah ketiadaan Abdullah bin Zubair.

4. Catatan dari sumber Byzantine: Eutychius, seorang pendeta Kristian dari kota Konstantinopel menyatakan yang Khalifah Abdul Malik telah membesarkan kawasan al-Aqsa dan membina Kubah as-Sakhrah.

• Pendapat keempat: Masjid al-Qibli dibina oleh Khalifah Abdul Malik dan siap pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

1. Archibald Creswell, memegang pendapat ini dengan merujuk kepada catatan ‘Aphrodito Papyri’. Di dalam buku ‘Medieval Jerusalem and Islamic Worship: Holy Places, Ceremonies and Pilgrimage’ karya Profesor Amikam Elad, di bahagian pertama dalam tajuk kecil iaitu ‘al-Walid bin Abdul Malik’ yang dipercayai memperluaskan kompleks al-Aqsa dan segala pembinaan struktur bangunan lain di luar benteng. Dalam Papyri ini dicatatkan yang tenaga pekerja dan pemahat bangunan dari Damaskus bekerja dalam pembinaan Masjid Jerusalem (al-Qibli) dan kediaman khalifah. Para pekerja ini bekerja selama tempoh enam bulan sehingga ke setahun dan pembinaan ini diawasi sendiri oleh Khalifah al-Walid.

2. Pendapat ini dikuatkan juga oleh Menashe Har-El yang menuliskan di dalam bukunya,’Golden Jerusalem’ yang mengatakan istana Umayyah ini dibangunkan pada zaman Khalifah al-Walid dengan berukuran 95 m panjang dan 85 m lebar dikelilingi tembok yang setebal 2 m sehingga 2.5 m.

Ini kerana seiring dengan projek perluasan kompleks, istana Umayyah turut dibina bersama.

3. Di dalam buku ‘Medieval Jerusalem: Forging an Islamic City in Spaces Sacred to Christians’ karya Jacob Lassner, istana Umayyah ini dikenali sebagai ‘Dar al-Imamah’.

4. Dar al-Imamah ini mempunyai jambatan yang bersambung terus ke Masjid al-Qibli dan fungsi istana ini adalah sebagai pusat pentadbiran dan kediaman khalifah ketika menziarahi Baitulmaqdis.

5. Kos pembiayaan untuk pengubahsuaian dan penambahan ke atas kompleks ini disamakan dengan jumlah kutipan ‘kharaj’ di Mesir pada waktu itu selama tempoh 7 tahun penuh. Kenyataan ini diambil dari buku ‘Linament of Islam: Studies in Honor of Fred McGrav’. Dan di dalam buku ini juga menjelaskan yang Yazid bin Sallam dan Raja bin Haiwa serta dua orang anak Khalifah Abdul Malik iaitu salah seorangnya al-Walid diberikan kepercayaan untuk mengawasi projek pembinaan seperti perluasan al-Aqsa, pembinaan Kubah as-Sakhrah dan Masjid al-Qibli.

Nota pendek:

a. Raja bin Haiwa merupakan salah seorang penasihat khalifah yang bakal bertanggungjawab dalam melantik Umar Abdul Aziz memimpin kerajaan Bani Umayyah seperti corak kepimpinan Khulafa ar-Rasyidin.

b. Kharaj: Suatu pajak/cukai tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang dilihat daripada tiga aspek utama iaitu mengikut kadar keluasan tanah, keluasan tanaman dan hasil keluaran tanaman.

6. Catatan Ibnu al-Murajja dikutip oleh Amikam Elad di dalam bukunya yang menyatakan kegemilangan dan keindahan al-Aqsa pada masa ini (zaman Khalifah Abdul Malik) dengan nyalaan cahaya (api) yang beribu banyaknya disekitar kompleks dan kubah Masjid al-Qibli yang ditampal dengan 7,000 kepingan plumbum.

7. Catatan Ibnu al-Murajja (awal abad ke-11) ini merekodkan beberapa fakta dan maklumat yang ada pada kompleks al-Aqsa. Beliau juga menyenaraikan 20 tempat/ struktur binaan yang ada pada masa itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.