Sebut saja samurai, kita sudah membayangkan kelibat p3dang k4tana yang digunakan mereka sama ada di medan pert3mpuran atau pertarungan solo dengan samurai lain. Ramai menganggap ini merupakan s3njata utama mereka. Hakikatnya, terdapat satu lagi p3dang dengan saiz yang besar ada menyangka ia hanya boleh digunakan oleh gergasi!

P3dang yang dimaksudkan ialah Norimitsu Odachi atau Nodachi. Nodachi ialah sejenis p3dang panjang Jepun dengan bilah melengkung. Kebiasaannya, p3dang ini berukuran panjang antara 90 hingga 100 cm tetapi dalam sesetengah kisah, panjang p3dang ini boleh mencecah sehingga dua meter!

Nodachi dikatakan menjadi s3njata pilihan 4skar-4skar daimyo semasa era Nanboku-cho atau sebahagian besar abad ke-14. Semasa era berkenaan, nodachi dihasilkan dengan panjang satu meter. Tetapi lama-kelamaan, s3njata ini tidak popular digunakan di medan p3rang memandangkan saiznya yang besar menyukarkan t3ntera menggunakannya dengan berkesan.

Bagaimanapun, ia masih digunakan oleh samurai Jepun dari semasa ke semasa. Penggunaannya hanya dihentikan selepas kempen pengepungan ke atas Osaka atau Osaka Natsu no Jin pada tahun 1615. Pada tahun itulah, Keshogunan Tokugawa menamatkan terus 4ncaman puak Toyotomi dari meng4ncam kedudukan mereka sebagai shogun.

Terdapat beberapa cara penggunaan nodachi di medan p3rang. Pertama, ia menjadi s3njata pilihan t3ntera infantri di mana ia boleh digunakan untuk mem0t0ng kaki kuda dan meny3rang t3ntera berkuda yang terjatuh. Mengikut gambaran dalam karya sastera seperti Heike Monogatari, nodachi diletakkan di belakang berbanding di sisi berikutan lengkungannya yang panjang.

Rajah 1: Samurai berkuda meny3rang pihak musuh dengan nodachi.

Bagaimanapun, ada mengganggap kedudukan tersebut sebagai mustahil kerana kedudukan sebegitu menyukarkan seseorang mengeluarkannya dengan pantas. Kedua, dibawa dengan tangan. Semasa era Muromachi (abad ke-14 hingga abad ke-16), lumrah bagi seorang p4hlawan yang menggunakan nodachi membawa seorang khadam untuk mengeluarkan s3njata tersebut untuknya. Malah, ada mendakwa ia merupakan antara s3njata t3ntera berkuda.

Dengan saiz sebegitu rupa, sesetengah pakar melihat ia bukan sebagai s3njata pep3rangan tetapi satu cara memperlihatkan kepakaran pandai besi sebagai pembuat p3dang. Dari segi spiritual pula, nodachi banyak digunakan dalam upacara agama Shinto semasa era Edo dan sesetengah daripadanya diletakkan di kuil-kuil agama tersebut sebagai persembahan terhadap dewa-dewi.

Jadi, apa sebenarnya kegunaan nodachi? Tidak mustahil ia memang digunakan sebagai s3njata pep3rangan pada masa lalu. Ini kerana pembuat nodachi mestilah pembuat p3dang yang bukan calang-calang kalibernya dan kos membuatnya amat mahal. Ini turut menunjukkan pemilik nodachi juga merupakan seorang yang kaya dan bertaraf tinggi seperti daimyo atau shogun.

Keupayaan nodachi diperlihatkan menerusi beberapa demonstrasi satu episod Forged in Fire bagi menentukan siapa pemenang episod berkenaan. Lihat video di bawah:

RUJUKAN:

DHWTY. (2019). Norimitsu Odachi: Who Could Have Possibly Wielded This Enormous 15th Century Japanese Sword?. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-technology/norimitsu-odachi-who-could-have-possibly-wielded-enormous-15th-century-021428


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.