Bila mana kita menyebut orang yang terkaya di Malaysia pada saat ini, pasti ingatan kita akan terbang pada Tan Sri Robert Kwok, Tan Sri Ananda Krishnan ataupun Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhari. Apabila dipertanyakan kepada siapakah yang paling kaya di dunia, nama seperti Bill Gates pasti dibangkitkan. Namun pernahkah kita bertanya kepada siapakah yang paling kaya dalam sejarah dunia?
Orangnya bernama Mansa Musa. Pernah dengar nama gegerangan manusia ini? Tak? Untuk pengetahuan kalian Mansa Musa ini adalah raja kepada Empayar Mali yang suatu masa dahulu pernah berkuasa di barat Afrika. Kekayaannya kalau dihitung berjumlah 1.2 Trillion ringgit Malaysia. Wow! Banyaknya!!!
Dan untuk pengetahuan kalian, raja Musa ini adalah seorang yang beragama Islam dan kisah bagaimana Mansa Musa membawa rombongan untuk menunaikan haji ke Mekah. Di mana Mansa Musa membawa:
– 80 ekor unta yang membawa setiap satunya 140 Kilogram emas.
– 60, 000 orang hamba sayaha dan setiap satunya membawa 1 paun emas.
– Isteri pertama Mansa Musa pula membawa 500 orang pelayan wanita.
– Batalion tentera, doctor, guru agama, penglipur lara dan penyair.
– Bekalan makanan seperti kambing, ayam dan lembu.
Benar kata ALLAH, kalau kau adalah seorang dermawan dan setiap kali yang kau sumbangkan itu akan dilipatkali gandakan. Diceitakan andai Mansa Musa berjumpa dengan pedagang, maka akan dibeli barang mereka dengan wang emas. Setiap hari jumaat, dia akan mengarahkan rombongannya yang akan mengharungi 5000 kilometer perjalanan ke Mekah membina masjid.
Apabila tiba di Mesir, Mansa Musa telah membayar 50, 000 dinar kepada Sultan Mamluk yang memerintah mesir dan untuk menginap di Cairo selama sebulan. Ianya persamaan dengan 30 juta ringgit pada hari ini. Diceritakan juga di Cairo, selepas solat fardu, beliau akan memberi segenggam. Bayangkanlah saudara betapa banyak solat fardhu dan betapa banyaknya wang yang didermakan. Selama Mansa Musa di Mesir, harga emas jatuh teruk dan harga barangan dan makanan meningkat kerana emas berada di mana-mana sahaja.
Begitu besarnya kekayaan yang dimiliki oleh Mansa Musa ini? Tetapi ingatlah, sekaya mana pun Mansa Musa dengan 1.2 Trillion hartanya, ada yang lagi kaya di atas sana.
*Mungkin selepas ini akan ada yang bertanyakan bagaimana dengan Qarun dan Nabi Sulaiman misalnya. Ya, memang kekayaan mereka berdua harum dalam sejarah, namun ianya tidak mempunyai rekod yang lengkap seperti Mansa Musa sehingga boleh diukur pada nilai moden.
-HE-
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih