Peminat kartun Disney tentu pernah mengenali watak Mulan, sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada mereka, apakah benar watak ini wujud dalam sejarah? Dan tentu anda dah tonton trailer Disney terbaru tentang live-action filem ini kan?
Untuk rekod setakat ini, tidak ada sumber sejarah yang sahih yang memberikan kepastian bahawa watak Mulan memang wujud dalam sejarah, dimana kisahnya dikenali dalam sebuah puisi purba Cina yang bertajuk Balada Seorang Mulan (Ballad of Mulan). Mulan dipercayai tinggal di Dinasti Utara Wei di mana dinasti ini berdiri antara 386-534 Masihi, pada zaman Dinasti Utara dan Selatan China.
Versi yang asal kisah Mulan yang menjadi legenda inilah kononnya ketika itu, China menjadi mangsa serangan puak gasar dari utara China, memaksa Maharaja mengerahkan setiap keluarga di China menyerahkan seorang anggota lelaki dalam keluarga mereka untuk beprperang mempertahankan China. Ayahnya Mulan pula sakit manakala adik lelakinya masih lagi kanak-kanak.
Mulan yang ketika itu digambarkan sebagai seseorang yang sangat hebat bermain senjata dan mempunyai ilmu bela diri yang tinggi menawarkan dirinya untuk berperang, menggantikan tempat ayah dan adiknya. Kononnya selepas 12 tahun berperang untuk negara, akhirnya China berjaya dipertahankan dan setiap tentera yang berkhidmat diberi ganjaran. Namun Mulan tidak minta lebih, sekadar sebuah kuda untuknya kembali ke tanah halamannya.
Kepulangan Mulan disambut dengan gembira oleh keluarga Mulan. Mulan juga sempat berjumpa dengan sahabat seperjuangan yang berperang bersamanya, mendedahkan identitinya sebagai seorang perempuan. Betapa sahabatnya yang lain terkejut dengan pendedahan itu, dan mengatakan bahawa selama mereka tidak sedar akan jantina sebenar Mulan.
Versi lainnya pula mengatakan bahawa selepas 10 tahun bertempur, kehebatan Mulan menjadikan dirinya menjadi seorang jeneral perang untuk China. Dalam 10 tahun itu juga, Mulan dikatakan jatuh cinta pada seorang pegawal tentera bernama Jin Yong. Lebih manisnya, Jin Yong akhirnya mengetahui jantina sebenar Mulan lalu dua merpati ini saling jatuh cinta, bahkan merancang untuk berkahwin apabila perang tamat.
Dalam satu pertempuran yang agak sukar untuk pasukan Mulan, dia dikatakan telah mengambil keputusan untuk memakai pakaian wanita ketika berperang, sekaligus mengejutkan seluruh pasukannya. Namun, mereka dikatakan terinspirasi dengan keberanian seorang wanita seperti Mulan, lantas berperang bermati-matian.
Selepas kejayaan itu, sang maharaja mahu memberikan ganjaran kepada Mulan. Namun, Mulan hanya meminta seekor kuda sahaja untuk ditungang sehingga kembali ke kampung halamannya. Terdapat juga kisah ketika kembali ke kampung halaman, Mulan mendapati bahawa ayahnya telah meninggal dunia, membuatkan Mulan mencabut nyawanya sendiri.
Pada tahun 1675, terdapat seorang penulis Cina bernama Chu Renhuo yang mengarang Hikayat Sui-Tang membuat tokok-tambah pada sejarah Mulan. Selain dari kisah maharaja yang mengerahkan setiap keluarga di China menghantar anggota lelaki yang mahu berperang, melawan musuh, dan Mulan menyamar menjadi lelaki dan berperang melawan musuh, ia turut mengandungi nilai tragik yang melanda hidup Mulan.
Mulan dikatakan telah bersumpah sebagai adik-beradik perempuan tidak sedarah dengan anak seorang raja kerajaan musuh apabila pasukannya dicantas. Tidak lama kemudian, kononnya ayah kepada Mulan ditangkap kerana menyebelahi musuh Dinasti Tang, sekaligus ditangkap oleh maharaja. Mulan dan adik beradik perempuan tidak sedarahnya itu bersama-sama menyerah diri kepada maharaja, dengan harapan untuk menggantikan tempat ayah Mulan.
Si maharaja menjadi kagum dengan keberanian Mulan, lantas melepaskan Mulan dengan syarat Mulan berkahwin dengan salah seorang jeneral perangnya. Bahkan perkahwinan Mulan ditaja lagi oleh maharaja. Ketika Mulan dalam perjalanan pulang, khabar buruk menyapanya konon si ayah sudah pergi dan ibunya berkahwin lagi. Dalam masa yang sama, Khan yang merupakan musuh Dinasti Tang telah menyerunya pulang untuk dijadikan gundik. Terkesan dengan apa yang berlaku, lantas Mulan membunuh dirinya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih