Suku Jurchen memang wujud dan mempunyai impak besar terhadap Korea pada zaman Joseon (1392-1897).

Jurchen juga membina dinasti terakhir China bernama Qing (1644-1911).

Jurchen adalah suku dari rumpun “Tungusic” di utara China dan Korea. Berbeza dengan orang Mongol yang nomadik, mereka adalah bangsa pemburu dan penangkap ikan.

Ada banyak persamaan antara Jurchen dan Korea (pemanah, pemburu, pengamal Shaman), cuma Korea bukan Tungusic.

Orang China panggil Jurchen sebagai “Nuzhen” (女眞), bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Korea jadi “Yeojin” (여진). Yeoja punya yeo, jinsim punya jin.

Jurchen pernah mendirikan Jin (金, bermaksud “emas” dalam Bahasa Cina) pada tahun 1115-1234 sebelum ditakluk oleh Mongolia.

Selepas Mongolia dikalahkan China pada 1368, Jurchen bernaung di bawah China (Dinasti Ming).

Di Korea, Yi Seong-gye mendirikan Dinasti Joseon pada 1392.

Pada tahun 1616, seorang bernama Nurhaci telah menyatukan semua suku-suku Jurchen, mendirikan kerajaan Hou Jin atau Jin Akhir.

Anak Nurhaci iaitu Hong Taiji menukar nama bangsa Jurchen kepada “Manchu”, dan menamakan negaranya sebagai Qing dan bercita-cita menakluk China.

Sebelum menakluk China, Manchu menyerang Joseon disebabkan Joseon adalah “negara adik” China.

Dalam serangan tahun 1636-1637, Raja Injo dari Joseon terpaksa surrender, melutut dan menyembah Hong Taiji. Peristiwa itu dianggap satu penghinaan besar (ada dalam “The Fortress”).

Peluang bagi Manchu menakluk China datang pada 1644, apabila Kerajaan Ming di Beijing digulingkan oleh Li Zicheng. Li menamakan dinastinya Shun, tapi dia kemudian merebut awek dengan Jeneral Wu Sangui, menyebakan Wu mengkhianati Li dan membawa masuk tentera Manchu.

Salah satu akibat pemerintahan Manchu di China ialah perubahan penampilan orang Cina (Han). Sebelum itu, lelaki Cina bersanggul, tapi Manchu memaksa Cina ikut diorang membotakkan kepala depan dan menyimpan tocang.

Rambut tocang tu wajib zaman Qing (1644-1911). Wong Fei Hung, Fong Sai Yuk dalam filem tu semua orang Qing, sebab tu bertocang.

Kalau lelaki zaman Justice Pao, Three Kingdoms ikat sanggul, bukan tocang.

Potong tocang pada zaman Qing kira tanda derhaka. Boleh dihukum mati.

Joseon walaupun terpaksa tunduk kepada Manchu, tapi secara dalaman, Joseon benci Manchu yang dianggap sebagai “barbarian” tak bertamadun. Joseon masih kekalkan tradisi budaya Cina era Ming, dan cuba merdeka daripada Manchu.

Joseon berjaya bebas daripada Manchu selepas Jepun mengalahkan China dalam Perang 1894-1895. Joseon isytiharkan kemerdekaan, bernaung bawah Jepun, mendirikan Empayar Korea.

Tapi keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Pada tahun 1910, Jepun menjajah Korea.

Manakala Maharaja Jurchen/Manchu terakhir, Puyi turun takhta pada 1912, pada umur 6 tahun. China menjadi sebuah republik.

Siapakah Jurchen/Manchu hari ini?

Masih ada sekitar 10 juta orang Manchu di China. Kebanyakan Jurchen/Manchu telah berasimilasi jadi Cina, tukar nama Manchu kepada nama berbunyi Cina akibat sentimen anti-Manchu pada zaman Republik. Antaranya Lang Lang, pemain piano terkenal.

Pecahan suku Jurchen bernama “Pajeowi” dan “Seongjeo Yain” dalam cerita Ashin adalah fiksyen. Namun ia selari dengan pembahagian Jurchen pada zaman Ming kepada suku Jianzhou, Haixi dan “Yeren”.

Yeren berketurunan Jurchen tapi tidak tunduk kepada Nurhaci dari Jianzhou. Yeren (野人) kalau diterjemah ke dalam Bahasa Korea akan jadi Ya-in (야인).

Cerita Kingdom bermula 3 tahun selepas Perang Imjin (1598), lebih kurang pada tahun 1601. Nurhaci pula bangkit pada tahun 1616. Jadi berdasarkan timeline ini, kemungkinan Season 3 Kingdom akan ada unsur Jurchen. Dan Ashin of the North adalah preview bagi musim seterusnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.