Sesungguhnya kitab Al-Quran itu adalah kitab yang mengandungi petunjuk dan peringatan bagi mereka yang berfikir. Sesungguhnya juga, kitab ini merupakan kitab untuk mereka berfikir.

Banyak hujah-hujah yang kukuh yang membahaskan beberapa nama dalam sejarah, boleh dipegang oleh kita semua. Namun, Islam adalah agama yang menggalakkan kita berfikir dan meneliti setiap hujah-hujah dan teori yang berbangkit.

Maka atas alasan itu juga, kami di The Patriots mahu memaparkan pula perbincangan yang mengangkat Ramses II sebagai firaun yang diperkatakan oleh kitab yang paling agung, iaitu Al-Quran, dalam masa yang sama turut dibicarakan dalam Exodus. Semoga kita semua mampu membuat perbandingan, firaun yang manakah sebenarnya diucapkan oleh Al-Quran?

Siapakah Ramses II?

Sebelum kita membuka perbincangan mengenai Ramses II, adalah firaun yang dibicarakan dalam Al-Quran, moleknya kita kenal dulu sedikit ringkasan mengenai Ramses II adalah firaun yang paling agung dalam sejarah.

Garis masa pemerintahan setiap firaun dalam sejarah.

Untuk pengetahuan semua, Ramses II menaiki takhta pada 1279 Sebelum Masihi. Ramses II ialah firaun paling lama memerintah dalam sejarah Dinasti Ke-19 Mesir, lebih daripada 66 tahun. Sepanjang pemerintahan Ramses II, kita menyaksikan bagaimana Mesir Purba berada di zaman kemuncak kegemilangannya, sehinggakan firaun yang menaiki takhta selepasnya menamakan Ramses II sebagai nenek moyang yang hebat atau “The Great Ancestor.”

Antara kejayaan Ramses II dalam sepanjang pemerintahannya ialah mengembalikan Mesir yang gemilang. Segala ancaman seperti lanun yang berleluasa di perairan Mesir berjaya dihapuskan, menundukkan musuh seperti Empayar Hiiti yang berada di utara Mesir, dalam wilayah Turki dan Greece pada hari ini, dan meluaskan empayar Mesir sehingga memasuki Tanah Kanaan, iaitu Palestine hari ini. Sumbangan Ramses II dalam bidang ketentaraan Mesir juga adalah berjaya menumpaskan Libya dalam peperangan, yang berjiran dengan Mesir Purba.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Itu baru sumbangan dalam bidang ketenteraan dengan meluaskan empayar Mesir ketika itu. Pada waktu itu, empayar yang dibina oleh Ramses II sudah cukup hebat. Kekayaan Mesir melimpah ruah tanpa gangguan dari musuh iaitu Hitti dan Assyiria yang gerun dengan kehebatan pimpinan Ramses II.

Puncak kekuasaan Mesir bawah Ramses II

Selain dari kempen ketenteraan yang hebat, Ramses II mempunyai obsesi membina monumen-monumen hebat yang menggambarkan kehebatan kerajaan pimpinannya. Buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir, dari delta Sungai Nil sehinggalah ke Nubia hari ini, terdapat banyak binaan-binaan hebat yang dipahat atas nama Ramsess II. Antara binaan hebat yang dibina oleh Ramses II ini ialah sepanjang pemerintahannya ialah speerti berikut:

Kuil Rammeseum

1. Kuil Rammeseum – Sebuah Kuil yang dibina untuk mengingati Ramses II. Ianya dibina dalam skala yang amat besar. Diceritakan terdapat sebuah pintu gerbang yang dipanggil Pylon menyambut para pengunjung kuil ini yang dibina sebagai memori untuk Ramses II. Berat pylon itu dikatakan seberat 1000 Tan! Terdapat sebuah patung yang membentuk Ramses II yang dibina setinggi 50 Kaki di Rammeseum.

Kuil Abu Simbel

2. Kuil Abu Simbel – Sebuah kuil yang dibina di Selatan Mesir, berdekatan dengan Nubia yang dibina oleh Ramses II sebagai lambang keagungannya sebagai memorial untuk salah seorang dari isterinya, Nefertarii selain memperingati kejayaan dalam Pertempuran Kadesh. Kuil ini sebenarnya dipahat dari tebing batu pasir pada sekitar tahun 1250 SM.

Di bahagian depan kuil ini terdapat 4 patung duduk Firaun Ramses II, dengan tinggi masing-masing lebih dari 20 m (sekitar 65 kaki). Terdapat juga patung-patung lebih kecil dari Firaun Ramses II, Nefertari, dan anak mereka menghiasi bahagian depan kuil kuil kecil. Terdapat sejumlah prasasti dan relief di kuil besar yang emcneritakan peristiwa-peristiwa penting pada zaman Ramses II.

3. Makam Permaisuri Nefertari – Sebuah makan dibina khas untuk isterinya Ramses II. Di dalam makam tersebut, Ramses II tidak habis-habis memuji isterinya sebagai bukan sahaja lambang cinta, tetapi lambang jalinan politik yang angung.

Lokasi Pi-Ramesess

4. Pi-Ramesses – Sebuah bandar baru yang dibangunkan oleh Ramses II yang bermaksud “Rumah Ramesses, Besar dalam Kemenangan.” Ia adalah sebuah bandar baru yang dijadikan pusat pemerintahan Ramses II. Bandar ini akan menjadi bukti utama mengapakah Ramses II ialah firaun dari zaman nabi Musa A.S

5. Patung Ramses Berusia 3200 Tahun – Ramses juga didapati membina sebuah patung yang sangat besar, dalam setinggi 11 Meter di Memphis .

Hujah Ramses II Ialah Firaun Dalam Al-Quran Dan Exodus

1. Firaun Mengaku Dirinya Sebagai Tuhan

Al-Quran tidak menceritakan kepada kita secara terperinci siapakah Firaun dalam Al-Quran, kerana AL-Quran bukanlah sifatnya seperti sebuah kitab sejarah. Maka, kita harus cari sebuah sumber lagi yang memang sifatnya seperti sebuah kitab sejarah, iaitu Taurat yang membincangkan mengenai kisah Nabi Musa A.S dengan lebih terperinci. Jadi, dalam kita membincangkan identiti Firaun ketika zaman Nabi Musa A.S, maka kita harus mencari dalam pelbagai sumber sejarah.

Seperti mana yang kita tahu, Firaun adalah manusia yang mengaku tuhan. Angkuhnya firaun sehinggakan dia mengaku tuhan, dan Iblis yang mendengar pengakuan Firaun bahawa dialah tuhan terus jatuh pengsan kerana takutkan kemurkaan ALLAH selepas mengakunya Firaun sebagai tuhan. Iblis sendiri naik hairan dengan Firaun, sedangkan dirinya sendiri tidak berani mengaku tuhan. Bahkan betapa angkuhnya firaun ini dapat dilihat dalam ayat Al-Quran di bawah:

Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ‘ (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, – Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”. (Surah An-Naziat: Ayat 19-24)

Maka, di sini ialah tugas kita dalam mencari apakah Ramses II pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan. Mari, kita telusuri sejarah.

Batu Bersurat no. 410

Batu bersurat Nombor 410 di Muzium Hildesheim menunjukkan ukiran dua orang, manusia. Seeorang itu berdiri memakai mahkota yang setinggi dua tingkat yang terdapau uraeus (hiasan berbentuk ular), bersama skirt pendek, kalung dan memegang sapu tangan cop mohor Lelaki di dalam ukiran dipanggil, “Raja Mesir Atas Dan Bawah, Tuhan Dua Tanah, Tuhan ‘Ramesses-meryamun.”

Tidak cukup dengan itu, bukti yang lain turut membuktikan bahawa Ramses II mendakwa dirinya sebagai tuhan. Terdapat banyak lagi batu bersurat yang di mana Ramses II mendakwa dirinya sebagai tuhan.

Batu Bersurat 1079

Antaranya ialah batu Bersurat no. 1079 di Hildesheim Museum serta ukiran di Kuil Abu Salem memperkatakannya. Itu belum lagi membicarakan tentang Ramses II mendirikan obelisk atau pasak melebihi 30 batang di setiap pelosok Mesir dihiasi tulisan memujanya sebagai tuhan. Firaun tidak mahu rakyat lupa kepada kehebatannya, lantas menghantar obelisk ke setiap wilayahnya yang luas.

Dia mahu rakyat setiap masa dan di mana saja memujanya walaupun pusat pemerintahannya terletak jauh di Luxor. Dia berpendapat, kuasanya tidak padam selagi monumen ciptaannya tegak di seluruh Mesir.

2. Al-Quran Hanya Menyebut Satu Firaun Sahaja

Berdasarkan surah Al-Qasas, ayat 7-9 dan juga Surah As-Shuara, didapati bahawa Firaun dalam Al-Quran hanyalah satu figura sahaja, sepanjang kisah Nabi Musa A.S dan Firaun. Daripada sumber-sumber dan kiraan dan data dan tafsir Al-Quran yang diteliti oleh pengkaji, saya dapati bahawa dikatakan bahawa sepanjang dari Nabi Musa A.S diambil dari Sungai Nil dan dibesarkan, dan sehingga peristiwa Laut Merah terbelah dua, di dapati bahawa tempoh masa yang berlalu itu adalah dalam 48 – 50 tahun.

Korang kalau berminat nak tahu lagi mendalam pasal Yahudi, jemput baca KITAB TAMADUN YAHUDI. Link: bit.ly/kitabtamadunyahudi

Calon-calon lain yang didebatkan sebagai firaun seperti Thutmose III yang dibicarakan oleh memerintah dalam tempoh 54 tahun, Psusennes I yang memerintah pada 1051-1006 SM mencapai tempoh pemerintahan sepanjang 45 tahun dan calon yang sedang kita perkatakan sebagai firaun dalam Al-Quran, iaitu Ramses II telah memerintah selama 66 tahun. Jadi, berdasarkan ciri-ciri di atas, maka Ramses II telah menepati dua ciri yang digariskan dalam Al-Quran. Jadi, mari kita mengembara lebih jauh.

3. Firaun Yang Memperhambakan Bani Israel Membina Kota Pi-Rameseses

Macam yang saya katakan, selain daripada sumber Al-Quran, perlunya untuk kita memetik sumber dari Taurat iaitu Exodus yang menceritakan mengenai sejarah Firaun dan Nabi Musa Berdasarkan Old Testament versi Indonesia, tercatat ayat seperti di bawah:

Sebab itu pengawas-pengawas rodi ditempatkan atas mereka untuk menindas mereka dengan kerja paksa: mereka harus mendirikan bagi Firaun kota-kota perbekalan, yakni Pitom dan Raamses. (1.:11)

Perhatikan ayat yang menyebut kota Pitom dan Raamses di mana yang terpaksa di bina oleh Bani Israel. Dalam sejarah, didapati bahawa Ramses II pernah mengubah pusat pemerintahannya ke Pi-Ramesses, sebuah bandar yang dibina oleh Ramses II sendiri.

Para pengkaji seperti Sir Alan Gardiner yang merupakan pakar sejarah Mesir Purba telah memutuskan bahawa tiada sebab bandar lain yang dimaksudkan dalam Exodus melainkan Pi-Ramesses yang dibina oleh Ramses II.

4. Firaun Digambarkan Sebagai Pemerintah Mesir Purba Yang Paling Banyak Membina Binaan

Dalam surah Al-Sad pada ayat 10-13 dan juga Surah Al-Fajr, dapat diteliti terdapat bebebrapa perkataan ‘dhul-awtād’ yang dirujuk kepada Firaun. Ia biasanya dirujuk kepada Raja Binaan Yang Kukuh, Kerajaan dan juga “stakes” yang merujuk kepada kayu panjang yang runcing pada hujungnya. Banyak pandangan berbeza daripada para ulamak yang menafsirkan perkataan dhul-awtād ini.

Namun, antara pandangan yang popular ialah pandangan dalam Tafsir al-Qurṭubī yang mengatakan bahawa perkataan itu membawa maksud kepada “pemilik banyak bangunan”. Jadi, kalau kita berpegang pada pandangan ini, dapatlah kita simpulkan bahawa gelaran yang diberikan ALLAH untuk firaun ialah pemilik kepada banyak banggunan. Dalam sejarah Mesir Purba, tiada firaun yang seperti Ramses II yang membina pelbagai jenis banggunan.

Antaranya seperti yang saya katakan di atas, dari bahagian delta Sungai Nil sehingga ke Nubia, semuanya dipenuhi oleh banggunan-bangunan yang dibina oleh Ramses II. Namun yang paling terkenal saya paparkan lima seperti tadi. Kalau kita berpegang pada ayat al-quran ini, tidak syak lagi bahawa Ramses II ialah firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.

5. ALLAH Pelihara Jasad Firaun Yang Tenggelam Di Laut Merah

“Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!”. (Surah Yunus: Ayat 92)

Ayat di atas ialah bukti paling kuat dalam kita memperkatakan bahawa Ramses II kemungkinan besar ialah firaun yang diperkatakan dalam sejarah. Ada sebuah kisah yang saya mahu kongsikan dengan kalian.

Ayat di atas menerangkan bahawa Firaun telah lemas di laut, tetapi Allah SWT menyelamatkan jasadnya daripada berkubur di dasar laut supaya menjadi pengajaran kepada manusia yang terkemudian. Menurut Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Ibnu Abbas menceritakan bahawa terdapat segelintir kaum Bani Israel yang tidak mahu percaya bahawa Firaun telah ditenggelamkan di dasar Laut Merah. Maka, ALLAH pun mengarahkan laut untuk memuntahkan jasad Firaun ke daratan.

Kematian Ramses II dikatakan masih lagi menimbulkan rasa sangsi para saintis barat. Maka, kerajaan Perancis telah menawarkan kepada Mesir bantuan untuk menganalisis mumia Firaun, Ramses II yang sangat terkenal sekitar tahun 70-an. Maka mumia tersebut telah diterbangkan ke Paris dan ditempatkan di Pusat Arkeologi Perancis. Ia akan dianalisis oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Hasil daripada penyelidikan tersebut telah diterbitkan dengan tajuk ; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Menurut laporan tersebut, Dr. Bucaille dan para pembantunya telah menemui sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Kemudian jasadnya segera dikeluarkan dari laut, dirawat segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal.

Dan ini menimbulkan sebuah lagi teori yang mengatakan bahawa… KEMUNGKINAN BESAR RAMSES II MATI LEMAS DI LAUTAN dan Al-Quran telah terbukti benar apabila jasad Firaun dijaga oleh ALLAH untuk memberikan pengajaran kepada semua bahawa janganlah kalian angkuh padanya!

Kesimpulan

Bukti-bukti yang dipaparkan di atas membawa kita kepada keyakinan yang tinggi bahawa Ramses II yang diperkatakan dalam Al-Quran dan juga kitab Exodus. Pengajaran yang kita boleh dapat daripada artikel ini, sesungguhnya Al-Quran itu untuk umatnya yang berfikir. Al-Quran tidak meninggalkan kita nama firaun yang memerintah zaman Mesir itu, tetapi kita umat Islam haruslah mencari siapakah yang diperkatakan dalam Al-Quran.

RUJUKAN:

Islamic Awareness. (2008). The Identification Of Pharaoh During The Time Of Moses. http://www.islamic-awareness.org/Quran/Contrad/External/mosespharaoh.html

Bob Brier (1998). The Encyclopedia of Mummies. Checkmark Books

Kenneth Kitchen (1983). Pharaoh Triumphant: The Life and Times of Ramesses II, King of Egypt.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.