Ketika artikel ini ditulis, nama beliau sering diperkatakan atas sebab kesetiaan beliau kepada Presiden Parti merangkap “gurunya” di dalam bidang politik.

Nama Mohamed Azmin Bin Ali bukanlah nama yang asing lagi di tengah tengah kemelut politik yang melanda negara pada hari ini.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964 di Singapura, Azmin merupakan anak keempat kepada pasangan Haji Ali Omar ,seorang kerani di dalam pasukan Tent3ra British dan Hajjah Che Tom Yahya seorang suri rumah. Antara adik beradiknya yang lain ialah Azwan Ali, seorang personaliti televisyen dan Ummi Hafilda Ali, seorang peguam yang agak terkenal semasa Reformasi 1998.

Azmin Ali mendapat pendidikan awal di Gurney Road School dan Setapak High School. Kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Minnesota, Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah di dalam jurusan Matematik dan Ekonomi.

Semasa di Amerika Syarikat, di sanalah hubungan baik Azmin dan Tun Dr Mahathir bermula. Di sana, Azmin telah dilantik sebagai ketua pelajar manakala Tun sebagai Perdana Menteri. Hubungan mereka amat baik sehinggakan Tun sendiri yang menetapkan tarikh perkahwinan isterinya, iaitu pada 7 Ogos 1988.

Sekembalinya Azmin ke Malaysia pada tahun 1987, Azmin terus dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Oktober 1987. Ini semua atas arahan Tun untuk Azmin mendekatkan diri dengan Datuk Seri Anwar. Di situ jugalah Azmin mula melangkah kaki ke bidang politik dan menjadi anak murid Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun segalanya berubah menjelang lewat 90an. Setelah Datuk Seri Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Azmin berbelah bahagi sama ada untuk mengikut bapa angkatnya, Tun Mahathir atau setia bersama bosnya, Datuk Seri Anwar. Selepas Datuk Seri Anwar dipecat, ramai rakan sekelilingnya melarikan diri.

Misalnya, Ezam Md Noor, Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar awal lagi sudah lari ke Indonesia selama setahun. Azmin memilih untuk bersama Datuk Seri Anwar. Tujuannya hanya satu untuk melawan kezaliman dan korupsi. Seperti pemimpin yang lain, Azmin juga turut ditangkap oleh pihak polis kerana beliau merupakan antara orang kanan Datuk Seri Anwar.

Setelah dibebaskan dari tahanan pihak polis, Azmin bersama pemimpin yang lain menggerakkan agenda Reformasi. Azmin juga telah menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat yang ada pada hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum 1999, Azmin telah memenangi kerusi DUN Hulu Kelang menewaskan Dr Fuad Hassan daripada PAS. Namun pada pilihan raya berikutnya, beliau telah dilarang untuk bertanding kerana dituduh memberikan keterangan palsu semasa kes perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Azmin sekali lagi bertanding di dalam Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa dan memenangi kedua-dua kerusi tersebut.

Pada 2014, berlakunya pergolakan dalaman yang membawa kepada Langkah Kajang. Langkah Kajang merupakan satu gerakan yang ingin menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor. Namun, langkah itu gagal kerana Datuk Seri Anwar telah disabitkan kesalahan meliwat. Lalu, nama Azmin telah dicalonkan sebagai salah seorang calon Menteri Besar yang baru untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tidak lama kemudian, Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Di bawah pentadbirannya; Selangor unggul sebagai salah sebuah negeri yang progresif. Sepanjang beliau mentadbir Selangor, Selangorlah yang merupakan penyumbang terbesar KDNK negara.

Selain itu, tahap kepercayan rakyat terhadap beliau juga meningkat dari 57 ke 62 peratus sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. Atas sebab itu, beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Selangor Yang Amat Mulia pada 2015 yang membawa gelaran Dato’ Seri

Pasca Pilihan Raya Umum 2018, Azmin telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi setelah sahaja Pakatan Harapan memenangi pilihan raya tersebut.

Menjelang 2019, hubungan Azmin dan Datuk Seri Anwar bertambah keruh apabila Azmin mula terpalit dengan isu beliau melakukan hubungan luar tabie bersama Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan.

Pada 13 Jun 2019, Haziq telah membuat kenyataan terbuka bahawa beliau melakukan hubungan sulit bersama seorang menteri kanan kabinet.

Datuk Seri Anwar menuduh bahawa di dalam video tersebut ialah Azmin sendiri dan Azmin membalas supaya beliau cermin muka terlebih dahulu. Seramai 27 MPP dan Ahli Parlimen PKR turut menegur kenyataan Datuk Seri Anwar itu.

Pada 23 Februari 2020, Azmin dilihat bersama sama sejumlah pemimpin Bersatu dan barisan pemimpin pembangkang di sebuah majlis makan malam di Sheraton Hotel Petaling Jaya.

Keesokkan harinya, Azmin Ali dipecat atas alasan melanggar disiplin parti manakala 11 orang yang lainnya mengikutinya dengan meletakkan jawatan dalam parti. Azmin kemudiannya mengumumkan akan membentuk sebuah blok bebas bersama ahli bebas yang lain.

Kini, Azmin hanya perlu menunggu sama ada kariernya tamat begitu sahaja sekiranya Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri nanti ataupun kedudukannya yang tidak pasti di bawah Perdana Menteri yang lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.