Tunjang agama Judaisme sebenarnya agak sama dengan Islam. Walaupun agama Islam diturunkan sepanjang kerasulan Nabi Muhammad (SAW), umat baginda berpegang bahawa Islam sudah ada sejak azali lagi.
Sebelum penciptaan Nabi Adam (as), Islam sudah wujud. Mudah kata, umat Islam dan Yahudi melihat agama masing-masing bukan setakat nama dan sejarah tetapi lebih pada ciri-ciri.
Tiga kitab utama Judaisme iaitu Taurat, Nevi’im dan Ketuvim meninggalkan riwayat tentang hubungan Bani Israil dengan Tuhan. Sejarah paling awal tidak diceritakan. Tetapi hubungan ini tamat secara rasmi apabila Kuil Kedua dibina pada tahun 535 S.M.
Jadi Judaisme tidak mengiktirafkan beberapa kenabian terutamanya Isa (as) dan Muhammad (SAW). Mereka mengiktiraf bahawa semua Ibrani berkongsi bapa yang sama, yakni Avraham (Ibrahim as). Baginda kemudian mendapat seorang anak dinamakan Ishak as. Dalam sejarah Judaisme, anak tersebut bernama Yishaq yang berkahwin dengan Rebekah.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata bernama Yaakov (Ya’akub as). Dan daripada cahaya mata inilah Ibrani bangkit. Kerana nama timangan buat Yaakov ialah Israil.
Menyuburkan Bangsa Dengan Agama
Yaakov dikurniakan 12 orang anak lelaki yang masing-masing mendirikan suku-suku Bani Israil. Kemarau panjang menyebabkan keluarga ini berhijrah ke Mesir. Penghijrahan ini akan memulakan sejarah melibatkan Moshe (Musa as) pula.
Moshe yang merupakan keturunan daripada suku Levi (anak Yaakov) akan memimpi Bani Israil keluar daripada Mesir Purba untuk hidup seperti dijanjikan di Tanah Suci.
Moshe diberikan kitab Taurat dan Talmud, yang melengkapkan agama Judaisme. Sejarah Bani Israil pula banyak diceritakan dalam Kitab Nevi’im. Dan kitab terakhir Yahudi ialah Ketuvim. Taurat, Nevi’im dan Ketuvim digabungkan menjadi Kitab Tanakh.
Hari Pengakhiran
Tanakh menceritakan tentang hari terakhir dunia ini. Tetapi sebelum hari tersebut terjadi, ada banyak petanda akan berlaku terlebih dahulu. Sama seperti Islam dan Kristian, agama Judaisme turut berpegang bahawa seorang al-Masih (Maschiach) akan turun menyelamatkan semua di dunia ini.
Tetapi al-Masih ini wajib seorang keturunan Dawid (Daud as), yang akan membawa perdamaian sejagat di seluruh dunia. Definisi al-Masih ini walau bagaimanapun tidak bersifat universal. Kerana agama Judaisme percaya bahawa al-Masih bin Daud ini ialah raja agung terakhir.
Sebelum baginda, akan ada seorang al-Masih ben Yosef (Nabi Yusuf as) yang akan menewaskan Yakjuj Makjuj terlebih dahulu. Kiranya al-Masih tetap seorang keturunan Daud as, tetapi peranan ini dikongsi seorang keturunan Yusuf as. Kemudian Tuhan akan menamatkan dunia ini, berlakulah Hari Pengakhiran.
Walau bagaimanapun, ada dua petanda Judaisme yang sudah berlaku:
- Tuhan akan bantu mengeluarkan bangsa Yahudi daripada bala yang menimpa sejak zaman Babylon lagi. Bantuan ini adalah dalam bentuk Exodus baru.
- Tuhan akan mengembalikan bangsa Yahudi kembali ke Tanah Israil.
- Seluruh dunia mengiktiraf bahawa Tuhan Israel ialah satu-satunya Tuhan
Kalau tengok dalam sejarah, kaum Yahudi sudah lama dibebaskan daripada kez4l1man yang bermula sejak zaman Babylon. Mereka membina hidup baharu di Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia.
Walau bagaimanapun, Dunia Eropah dan Rusia telah menz4l1m1 mereka semula. Tangan Jerman masih kotor dengan dosa pembµnµhan beramai-ramai kaum Yahudi.
Rusia juga tidak bersih, dengan p0gr0m yang dilakukan.
Takdir kemudian menentukan bahawa Yahudi kembali berhijrah ke Tanah Israil seperti didiami nenek moyang mereka.
Keazaman 2,000 tahun untuk menubuhkan kedaulatan sendiri menjadi kenyataan, setelah David Ben-Gurion mengisytiharkan kedaulatan sebuah negara bernama Israel. Walaupun Judaisme mengatakan “God of Israel”, agama Kristian dan Islam sebenarnya beriman pada Tuhan yang tidak lain daripada “God of Israel”.
Sesungguhnya Islam, Judaisme dan Kristian beriman bahawa Tuhan hanya satu, cuma masing-masing melihat-Nya dengan nama-nama berlainan. Maka petanda ini sebenarnya sudah berlaku. Kerana nama Tuhan (Allah khususnya) subur di semua lembah dunia ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih