Dalam masyarakat Melayu, pengangkutan air ini telah menjadi salah satu kaedah yang terpenting sejak berzaman lamanya. Malah, ia adalah jalan perdagangan utama yang memberi sumber ekonomi kepada masyarakat. Dan disebabkan inilah, kebanyakan penduduk ketika itu menguasai kemahiran membuat perahu daripada sumber-sumber yang ada di sekeliling mereka.
Uniknya, tukang pembuat perahu ini yang digelar sebagai tukang timbal membina perahu serta bot tanpa sebarang pelan kerangka. Dan, itulah juga yang berlaku sehingga ke hari ini. Tukang timbal hanya menggunakan mental serta daya fikiran dalam membuat penentuan bentuk perahu yang perlu dibina apabila ia ditempah oleh pelanggan.
Maklumat yang diperlukan oleh seorang tukang timbal ini hanyalah kedalaman, panjang, lebar dan jenis perahu yang diinginkan oleh pelanggan dan selebihnya bergantung penuh kepada idea serta kepakaran yang dimiliki oleh mereka.
Perkataan ‘timbal’ itu sebenarnya membawa maksud meninggikan dinding perahu. Ini kerana dinding perahu yang ditinggikan ini perlu berada dalam keadaan seimbang pada kedua-dua kiri dan kanan. Jika ia tidak seimbang disebabkan kesilapan ukuran, maka ia boleh menyebabkan perahu itu tidak mampu terapung dalam air.
Ada perbezaan di antara tukang perahu biasa dengan tukang timbal kerana seorang tukang timbal sememangnya pakar dalam menimbal perahu. Walaupun kebanyakan mereka tiada pendidikan formal, namun mereka banyak mempelajarinya secara lisan dan turun-temurun.
Pada hari ini, tukang timbal ini masih wujud, dengan sebahagian besar industri pembuatan perahu dan bot tradisional ini yang bertempat di Terengganu. Kebanyakan daripada tukang timbal di Terengganu ini mewarisi kemahiran menghasilkan perahu ini dari satu generasi ke satu generasi.
Seorang tukang timbal tidak akan bekerja sendirian, tetapi memerlukan orang bawahan atau dipanggil awak-awak dalam memastikan kelancaran proses pembinaan sesebuah perahu. Disebabkan inilah, proses pembinaan perahu sebenarnya telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, termasuklah mengupah awak-awak ini. Awak-awak akan menjalankan tugas seperti mengetam kayu, membuat pasak, memotong kayu dan mengecat perahu. Mereka juga akan menjalankan tugasan lain mengikut arahan tukang timbal berkaitan dengan pembinaan perahu. Malah, awak-awak juga boleh menimba ilmu yang berkaitan pertukangan perahu daripada tukang timbal itu.
Kemahiran yang dimiliki oleh tukang timbal dalam pembinaan perahu dan bot tradisional adalah bukti lambang kehebatan orang Melayu dalam bidang reka cipta. Keunikan idea dan kreativiti mereka dalam membuat pelbagai jenis bot serta perahu memberi petunjuk bahawa meskipun tanpa pendidikan formal, ilmu pertukangan yang diwarisi secara turun-temurun masih mampu dikekalkan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih