Einstein percaya kepada Tuhan. Tuhan yang dipercayai oleh Einstein bukanlah Tuhan peribadi (personal God) seperti Tuhan Muslim, Kristian dan Yahudi. Einstein percaya pada Tuhan yang ‘dibentuk’ oleh Spinoza. Bagi Einstein, kepercayaan kepada ‘personal God’ adalah terlalu naif. Perkataan ‘Tuhan’ seakan-akan menunjukkan suatu bentuk ekspresi kelemahan manusia dan primitif.

Jadi, bagaimanakah Tuhan yang dipercayai oleh Spinoza dan juga Einstein? Siapakah Spinoza?

Spinoza adalah ahli falsafah Belanda. Macam Einstein, dia pun berbangsa Yahudi. Kerja utama falsafah Spinoza adalah untuk ‘membaiki’ dan ‘membentuk’ semula agama. Spinoza percayakan Tuhan dan percaya agama merupakan bentuk ‘hubungan’ dengan Tuhan. Tetapi Spinoza berasa skeptik dengan agama yang dianutinya. Bagi dia, agama samawi (Judaism) itu mengarut dan penuh khurafat. Spinoza ini lebih kurang macam ‘merevolusikan’ agama samawi.

Idea metafizik ini ditulis dalam karya agung Spinoza yang berjudul ‘Ethics’. Idea utama metafizik ini adalah berdasarkan monism. Dalam dunia ini hanya satu ‘substance’ saja yang wujud, dan ia dapat difahami dengan pelbagai cara dan tidak terbatas. Segala ciptaan di dunia ini adalah berdasarkan sifat-sifat ‘substance’ tersebut.

‘Substance’ ini tidak mempunyai sebarang kasual (sebab dan akibat) melainkan dari dirinya sendiri. ‘Substance’ ini bersifat Maha (inifinity/tak terbatas) sebab kalau ia terbatas (finite), maka ‘substance’ ini dapat dibataskan dengan perkara lain. ‘Substance’ ini mempunyai sifat-sifatnya tak terhingga banyaknya.

‘Subtance’ ini adalah Tuhan.

Tuhan ini ekspreskan diri dan sifatnya melalui pelbagai cara (inifinite). Segala realiti yang terbentuk di dunia ini adalah hasil daripada ekspresi sifat-sifat Tuhan ini. Manusia wujud hasil daripada sifat-sifat Tuhan ini. Jadi, di sini sebenarnya berlaku ‘kesatuan’ antara manusia dan Tuhan.

Macam mana Tuhan ini mempunyai ‘hubungan’ dengan ‘ciptaannya’ dari segi metafizik dan epistemologi agak rumit nak diterangkan. Aku rasa nak beritahu pun, mesti tak faham. Jadi, faham setakat ini saja pun dah cukup.

Tuhan ini adalah alam. Tuhan ini adalah segala hukum sains. Tuhan ini adalah kebenaran dan hakikat. Tuhan ini adalah sebuah bentuk taakulan (reason). Segala yang wujud terdapat di ‘dalam’ Tuhan, dan tiada apa yang wujud selain daripadanya.

Tuhan ini tidak mengazab perbuatan buruk dan tidak memberikan ganjaran pada perbuatan baik. Tiada kehidupan selepas mati. Tiada yang memberikan keajaiban dan tiada yang mendengar doa-doa manusia.

Inilah Tuhan yang dipercayai oleh Einstein. Tuhan yang cuba ditaakulkan (reasoned) dan Tuhan yang cuba disaintifikan supaya ia tepat mengenai akal, bukan tak logik yang selalu disebut oleh wahyu (pandangan Einstein, bukan pandangan kami).

Einstein pun akui dia bukanlah seorang ateist.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply