Kisah Raja Bersiong diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Watak Raja Bersiong sebenarnya ialah Raja Ong Maha Perita Deria yang merupakan seorang Raja Kedah Purba yang keempat.
Negeri Kedah waktu itu merupakan sebahagian daripada kerajaan agung Melayu Kuno, iaitu Srivijaya.
Baginda merupakan keturunan susur galur daripada pengasas kerajaan purba Kedah yang terulung iaitu Raja Merong Mahawangsa.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria dikatakan seorang yang bengis dan zalim. Jika ada rakyatnya yang melakukan kesilapan walaupun sedikit, baginda perintahkan supaya dipenjarakan.
Raja Bersiong gemar minum dan mencampurkan hidangan makanannya dengan darah manusia.
Ia bermula apabila salah seorang tukang masaknya secara tak sengaja terhiris jari dan darahnya bercampur dalam masakan sayur bayam.
Raja Bersiong makan masakan sayur bayam tu dan perasan rasanya tak sama seperti sebelum ni. Baginda perintahkan pengawal untuk panggil tukang masaknya datang menghadap.
Tukang masaknya mengaku masakan itu bercampur darah secara tak sengaja. Raja Bersiong perintahkan agar ia dibuat setiap hari bermula dari saat itu.
Baginda arahkan supaya tahanan di penjara yang menanti hukuman mati dibunuh dan diambil darahnya setiap hari untuk digunakan dalam masakan.
Rakyat Kedah semakin takut kepada Raja Bersiong yang sering dahagakan darah.
Apabila tahanan di penjaranya semua habis dibunuh, Raja Bersiong suruh pula menculik rakyatnya sendiri khususnya kanak-kanak. Akibat perbuatannya meminum darah itu juga, tanpa disedari dua batang taring atau siong tumbuh di mulutnya.
Pemberontakan berlaku menentang kezaliman Raja Bersiong namun berjaya digagalkan tentera raja. Semua pemberontak dibunuh dan salah seorang daripada mereka merupakan adik kepada seorang menteri Raja Bersiong.
Apabila menteri tersebut pulang, orang kampung menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Menteri itu berasa marah kerana beliau amat patuh kepada raja sebelum ini.
Menteri itu bercadang menanti masa yang sesuai untuk memberontak. Pada suatu hari, Raja Bersiong keluar berburu. Menteri itu berjaya dapatkan sokongan daripada pembesar lain dan pasukan tentera Raja Bersiong sendiri.
Mereka mula menuju ke tempat Raja Bersiong memburu.Raja Bersiong arahkan pengawal dan tentera yang mengiringinya untuk menentang pemberontak namun semua berpaling tadah.
Raja Bersiong takut dan larikan diri ke hutan menyelamatkan diri. Ketika melarikan diri, Raja Bersiong mencabut siongnya dan membaling taring itu.
Mengikut sejarah asal-usul nama tempat di Kedah, tempat tersebut kini dikenali sebagai Baling, manakala lokasi siong itu jatuh dikenali Siong.
Dari sudut pengkaji sejarah, kisah dan sejarah Raja Bersiong benar dan wujud, namun mengenai sifatnya iaitu penggemar kepada darah manusia itu hanyalah simbolik kepada zaman pemerintahannya yang zalim kepada rakyat.
Daripada keturunan Raja Bersiong, lahir seorang Raja yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa yang pada akhirnya memeluk agama Islam dan bergelar sebagai Sultan Muzaffar Shah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Mitos dan legenda Melayu banyak berlegar-legar dari mulut ke mulut. Kini ia disatukan di dalam LIPUR LARA NUSANTARA. Selam bersama-sama kisah lagenda seperti Cik Siti Wan Kembang, Puteri Santubong dan Mahsuri segera!
https://bit.ly/LLNusantaraWebstore
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih