Pernah turun di LRT Sultan Ismail? Atau lalu Jalan Sultan Ismail?
Jalan Sultan Ismail ni antara jalan utama di Kuala Lumpur. Dulu jalan ni dikenali sebagai Treacher Road. jalan ni dinamakan semula dengan nama Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia keempat (1965-1970) dan Sultan Terengganu.
Jalan Sultan Ismail bermula di persimpangan dengan Jalan Kuching di barat, dan berakhir di persimpangan Jalan Imbi yang terus ke Jalan Kampung Pandan. Bahagian utara Jalan Sultan Ismail terletak di kawasan Chow Kit manakala bahagian selatan di kawasan Bukit Bintang.
Balik kepada persoalan kita, siapa sebenarnya Sultan Ismail?
Sultan Ismail memerintah Malaysia dari 1965 hingga 1970, dan Terengganu dari 1945 hingga 1979.
Ketika zaman pemerintahan baginda, bendera Terengganu ditukar kepada apa yang kita lihat sekarang ni. Sebelum ni, bendera Terengganu ada jalur yang dibelah dua putih dan hitam mirip bendera Pahang.
Apabila Sultan Ismail dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, baginda dikenali sebagai YDPA yang pertama memerintah 13 negeri setelah keluarnya Singapura daripada Persekutuan Malaysia.
Baginda ialah raja yang mengisytiharkan darurat untuk membendung keganasan politik yang dahsyat pada Mei 1969.
Baginda juga terkenal sebagai seorang raja yang sering menjadi jurugambar sehingga dianggap sebagai ‘raja fotografi Malaysia’.
Semasa pemerintahannya, presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia buat kali pertama, dan beliau ialah Lyndon B. Johnson yang namanya juga diabadikan kepada sebuah petempatan Felda di daerah Seremban.
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan oleh Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina semasa pemerintahannya. Konfrontasi Malaysia-Indonesia juga berakhir selepas 3 tahun ketika itu.
Sultan Ismail menamatkan tempoh perkhidmatannya secara serentak dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri.
Putera Sultan Ismail, Sultan Mahmud Shah tak sempat menjadi Yang di-Pertuan Agong tetapi cucunya, Sultan Mizan Zainal Abidin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 2006 hingga 2011.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pernah tak korang baca wasiat terakhir raja-raja Melayu Melaka? KITAB TAMADUN MELAYU ialah lautan untuk korang selam dan tahu lebih banyak berkaitan kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu ni. Dapatkan segera!
https://bit.ly/40FLVup
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih