Nama Robin Hood memang sudah masyhur. Tetapi bukan semua orang benar-benar kenal beliau. Kalau tanya pada orang ramai, habis jauh menyimpang ceritanya. Ramai pakat cakap Robin Hood ambil harta si kaya untuk diagih pada golongan miskin. Bukan sebenarnya.
Untuk faham pasal Robin Hood, kena hayati dulu perihal ketidakadilan dalam imbangan kaya dan miskin di bumi England dulu. Bayangkan seorang pemuda yang penat lelah bekerja. Tidak kisahlah kerja apa. Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Kemudian Sang Raja panggil. Pemuda itu keluar berperαηg. Cuma pemuda ini ditαngkαp, dan kemudian terpisah daripada bala besar raja. Lalu si pemuda pun balik ke tanah air. Apa yang terjadi? “Bukit” yang dihimpunnya habis diambil pemerintah setempat.
Itu yang terjadi pada Robin Hood. Lagenda ini jauh lagi luas untuk disempitkan pada dasar “kayakan orang miskin”. Kerana ramai pemuda terkena nasib sama.
Menghayati Lagenda Robin Hood
Sejujurnya Robin Hood tidak ada satu sisi sejarah yang tunggal. Figura ini memang wujud tetapi tidak banyak yang dicatat pasalnya. Ada garisan jelas yang membezakan sejarah dan lagenda. Dan garisan ini ditentukan catatan sejarah.
Mαlαngnya, Robin Hood adalah seorang yang berlagenda, kerana terlalu banyak unsur ditokok tambah hingga semua menjadi naratif mutlak meskipun bervariasi.
Ada tiga versi yang menceritakan tentang Robin Hood:
- Seorang yang handal bermain seηjαtα seperti ρedαηg dan bµsµr (Roua, 2017).
- Anak bangsawan yang pulang daripada Timur Tengah ketika Perαηg Sαlib Ketiga masih berlangsung.
- Mαηgsα kerαkµsan seorang pemerintah yang menyαlαhgunαkan kuasa ketika Raja Richard berjµαηg di lapangan.
Kalau tengok dalam kisah Robin Hood, ada dua watak sampingan: Maid Marian (kekasihnya) dan Sheriff of Nottingham (pemerintah).
Katanya Sheriff of Nottingham pergi menghαsµt Putera John untuk rαmpαs takhta Raja Richard I the Lionheart.
Lalu Sheriff ini pula bukannya pandai menjaga hati rakyat. Macam beruk dapat bunga jadinya. Sheriff pergi ambil tanah-tanah rakyat marhaen.
Salah satu mαηgsα tanah yang dirampas adalah Robin Hood sendiri. Jadi pada dasarnya, Robin Hood tidak ambil duit orang kaya untuk diagih pada orang susah. Beliau menuntut bela atas kebobrokan sebuah kerajaan haram. Dalam kaca mata kerajaan tersebut, memanglah Robin Hood orang jahat.
Ketepatan Sejarah Di Sebalik Sebuah Lagenda
Para sejarawan cuba mengenal pasti asal-usul lagenda ini. Takkan suatu watak lagenda boleh dicipta secara sekelip mata pula. Ini bukannya seperti Zeus dan Poseidon. Itu bukan lagenda. Itu selayaknya suatu mitos luar biasa.
Jadi mereka cuba tengok figura-figura penting dalam sejarah, mungkin ada yang ‘kena’ dengan Robin Hood.
Setakat ini mereka mendapati bahawa empat figura mempunyai cerita seakan-akan sama dengan lagenda Robin Hood:
- Robert Hod – seorang yang hartanya dirαmpαs pada tahun 1226, sampai tinggal sebatang kara. Lalu beliau dibuang daripada daerah. Cuma Robert tidak bangkit mengambil harta orang kaya sebagai pampasan (Basdeo, 2019).
- Robert & John Deyville – gandingan abang adik yang mendapat perkenan daripada seorang bangsawan bernama Simon de Montfort. Mereka mempunyai kumpulan tersendiri, yang melancarkan seakan-akan pemberoηtαkαη terhadap kuasa Inggeris (de Ville, 1998).
- Robert Hood atau Robyn Hode – Seorang yang pernah duduk dalam bandar Wakefield. Pernah berkhidmat untuk Edward II. Namun gatal tangan pergi sokong Earl of Lancaster (yang memberoηtαk). Tetapi sejarah ini agak lemah kerana jauh berlainan dengan cerita lagenda.
RUJUKAN:
Basdeo, S. (2019). Robin Hood: The Life and Legend of An Outlaw. Pen & (ditapiskan) History.
De Ville, O. (1998). John Deyville: A Neglected (ditapiskan). Northern History. 34 (1): 17-40.
Roua, V. (2017, April 20). The Tale of Robin Hood of Sherwood Forest: Between Fact and Fiction. The Dockyards.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih