11 September 2001, tragedi hitam melanda Amerika Syarikat apabila bangunan kemegahan negara itu musnah dalam sekelip mata.

 

Richard Drew tak tahu beliau akan merakam salah satu gambar yang paling menarik dan kontroversi dalam sejarah.

 

Sesampainya beliau ke lokasi, beliau yang merupakan seorang jurugambar untuk AP melihat World Trade Center marak terbakar. Asap memenuhi udara.

 

“Ada lagi!,” kata pegawai perubatan kecemasan berdekatan. Semasa Drew mendongak, objek berkelip-kelip muncul dari atas.

 

Pada mulanya orang-orang dibawah menyangka ia adalah serpihan kapal terbang yang merempuh bangunan tersebut. Namun baru mereka sedar yang itu ialah manusia.

 

Ramai yang terselamat pada hari itu masih mengatakan mayat yang jatuh dari langit adalah salah satu kenangan paling menghantui mereka.

 

Lebih daripada 200 orang terjun untuk menyelamatkan diri walaupun tahu mereka takkan selamat secara berterusan sepanjang masa itu. Kebanyakan mereka melompat dari menara utara dan segelintir dari menara selatan.

 

Dengan kelajuan 250km/j, tiada siapa yang terselamat apabila jasad mencecah lantai bumi, berkecai sudah menjadi kemestian.

 

Imej dan rakaman dari New York ni dilihat di seluruh dunia. Tetapi satu gambar merakam tragedi itu sangat lain daripada yang lain: The Falling Man.

 

Imej ini terpampang di dada-dada akhbar pada hari-hari selepas kejadian tersebut.

 

Ditangkap pada 9.41 pagi, lelaki tersebut terjun dari Menara Utara World Trade Centre dipercayai kerana terperangkap di salah satu tingkat atas.

 

Walaupun percubaan untuk mengenal pasti beliau dibuat, tidak ada yang terbukti berjaya secara rasmi.

 

Wartawan Toronto Globe and Mail Peter Cheney, yang pada mulanya ditugaskan untuk menyelesaikan misteri itu mendapati The Falling Man berasal dari Latin. Seorang yang berjanggut, berseluar hitam dan berseragam putih menyerupai pekerja restoran.

 

Kemungkinan lelaki itu bekerja di Windows on the World, sebuah restoran di puncak Menara Utara, yang mana 79 pekerjanya terkorban ketika tragedi.

 

Salah seorang lelaki yang paling sering dikaitkan dengan The Falling Man ialah Norberto Hernandez yang bekerja di Windows sebagai tukang masak pastri.

 

Cheney memberikan gambar itu adik beradiknya dan mengenal pasti The Falling Man sebagai Norberto.

 

Imej itu ditunjukkan pula kepada isteri Norberto, Eulogia lalu beliau menafikan itu suaminya. Setelah diteliti, orang tersebut memakai baju dalam oren sedangkan lelakinya langsung tidak ada baju tersebut.

 

Lalu, Jonathan Briley pula dikaitkan dengan The Falling Man. Briley seorang jurutera bunyi berusia 43 tahun yang juga bekerja di Windows dan merupakan seorang lelaki berkulit hitam cerah, bermisai, berjanggut dan berambut pendek.

 

Abangnya ditugaskan untuk pengecaman mangsa mengenalinya dengan kasutnya. Kakak Jonathan, Gwendolyn menyatakan beliau menghidap asma dan asap yang berkepul-kepul akan menyukarkan beliau untuk bernafas.

 

Mayat Jonathan ditemui sehari selepas tragedi. Kakaknya memungkinkan The Falling Man sebagai adiknya namun tidak mengesahkannya.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Apabila kita mengenangkan tragedi yang pernah berlaku di bumi Amerika Syarikat ini, kenanglah juga tragedi PENERBANGAN TERAKHIR: MH370 & MH17 yang ditulis oleh mantan Ketua Pengarah DCA iaitu Dato Sri Azharuddin. Dapatkan segera: bit.ly/3wPg0Lu


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply