Bagi peminat sejarah Mesir Purba, kita kena tahu tentang sebuah bangsa asing yang dikenali sebagai Hyksos yang pernah memerintah Mesir untuk beberapa abad sebelum ditumbangkan oleh firaun Mesir dari Thebes.
Para penyelidik Mesir Purba mengenal pasti siapa sebenarnya Hyksos yang mengambil alih takhta firaun. Penemuan ini akan mengubah pandangan terdahulu yang menganggap Hyksos sebagai penjajah asing yang merampas Mesir Purba.
Hyksos berasal dari kawasan Levant (Palestin, Israel, Lubnan, Syria, dan Jordan) menumbangkan firaun terakhir dari Era Kerajaan Tengah dan memulakan Tempoh Perantaraan Kedua dengan memerintah Mesir Purba.
Bangsa ini digelar Hekau Khasut, yang bermaksud “penguasa daripada tanah asing”. Asal-usul mereka barangkali daripada Lembah Syam.
Atas sebab tertentu, mereka berhijrah ke Mesir Purba. Aliran imigrasi menambahkan jumlah penduduk Hyksos yang akhirnya berjaya menguasai sebahagian daripada Mesir Purba.
Mereka banyak menyumbang kepada kemajuan Mesir Purba dan mempunyai pemerintah yang mewarisi kuasa, walaupun kita masih tidak tahu dengan pasti tentang penjajahan dan pengaruh mereka.
Walaupun masih menjadi perbualan sejarawan, Hyksos dipercayai membawa teknologi baru seperti kereta kuda dan pedang bersabit.
Firaun dari Thebes kemudian menumbangkan mereka dan membawa kepada zaman kegemilangan Mesir Kuno di Era Kerajaan Baru.
Asal-usul Hyksos diceritakan dalam sumber Helenistik, khususnya oleh sejarawan bernama Matheo.
Apa yang pasti, mereka membawa budaya sendiri. Mereka menyembah dewa-dewi Syam, contohnya Baal-zephon yang menguasai hujan. Dewa ini menjelma sebagai Seth dalam mitologi Mesir Purba.
Tidak ada bukti arkeologi yang mengesahkan penjajahan Hyksos yang diceritakan oleh Manetho, sebenarnya ia menimbulkan sedikit sebanyak keraguan di kalangan penyelidik tentang status mereka sebagai penjajah asing.
Ibu kota Hyksos adalah Avaris di delta Sungai Nil. Para arkeologi menemui perkuburan Hyksos di kawasan Tell el-Dab’a pada abad ke-19 Masihi.
Menurut pengkaji bernama Chris Stantis dari Bournemouth University di UK, terdapat senjata gangsa turut bersama dengan mayat Hyksos dalam makam batu serta terdapat makam kuda bersama perkuburan Hyksos.
Kumpulan Chris Stantis kemudian menganalisis gigi 75 orang elit Hyksos yang dikebumikan di tiga kawasan dalam Tell el-Dab’a. Mereka menggunakan teknik analisis mengesan bahan kimia bernama isotop untuk menentukan usia sesebuah artifak.
Analisis gigi orang-orang elit Hyksos menunjukkan bahawa mereka telah lama berada di Mesir sebelum penjajahan. Ini menunjukkan bahawa mereka mungkin migran yang telah lama tinggal di Mesir dan hidup berdampingan dengan masyarakat Mesir Purba.
Saintis juga tertarik pada jumlah wanita Hyksos yang lebih ramai daripada lelaki dalam kubur tersebut. Ini menunjukkan kemungkinan hubungan politik melalui perkahwinan dengan keluarga elit Mesir Purba.
Mereka percaya bahawa Hyksos adalah migran dari Asia Barat yang datang ke Mesir semasa Era Kerajaan Tengah dan kemudiannya bangkit untuk memerintah utara Mesir.
Kerana Hyksos akhirnya ditumpaskan, arkeologi menjadi satu-satunya bukti tentang kewujudan mereka.
Pemerintah Kerajaan Baru menyembunyikan peninggalan Hyksos dan menyebarkan propaganda yang menggambarkan mereka sebagai bangsa yang suka berperang.
Penyelidikan terus dilakukan untuk mengungkap lebih banyak tentang Hyksos dan asal-usul mereka serta bagaimana mereka mempengaruhi Mesir semasa pemerintahan mereka.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih