“Hilup susah,mati pun susah. Hilup jalan sinang-sinang. Mati angkat bendela.”

 

Siapa masih ingat kata-kata ini? Pasti semua orang ingat babak apek memegang bendera putih yang dilakonkan oleh Allahyarham Alias Congo dalam filem komedi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk “Madu Tiga.”

 

Alias Congo atau nama sebenarnya Alias Bin Said dilahirkan dan berasal dari Pulau Berani, Singapura. Beliau adalah lepasan Sekolah Rendah Kota Raja dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Sekolah Agama Al-Junid, Singapura.

 

Alias berkahwin pada tahun 1954 dengan Rubiah dan mempunyai tiga orang anak iaitu Aminah, Uriah, dan Ismail.

 

Sebelum menjadi pelawak terkenal, Alias menempuh zaman muda dengan penuh kesukaran kerana ketika itu berlakunya Perang Dunia Kedua.

 

Keadaan ini menyebabkan Alias berhenti sekolah dan mula mencari kerja untuk membantu kedua-dua ibu bapanya.

 

Selepas perang tamat, beliau tidak meneruskan persekolahannya dan ketika itulah dia berpeluang berkenalan dengan seorang pelawak terkenal ketika itu, Aziz King Gedobel.

 

Alias cukup tertarik dengan bakat lawak Aziz dan sering mengikuti persembahan lawak Aziz di sekitar Singapura pada penghujung 1940-an.

 

Dalam diam-diam, beliau menyimpan hasrat untuk berkenalan dengan Aziz dan ingin menjadi seorang pelawak pentas bersama Aziz King Gedobel dan Aziz Jr (Aziz Sattar).

 

Aziz yang menyedari bahawa setiap tutur kata dan tingkah lawaknya sering menjadi perhatian Alias, tidak putus-putus memberi perangsang dan tunjuk ajar kepada Alias untuk menjadi pelawak yang berwibawa.

 

Bagaimanapun, Alias Congo menyedari bahawa beliau perlu mempunyai satu karakter yang sesuai dengan wajah dan kemampuannya.

 

Alias memilih karakter seorang Cina tua dengan telornya sekali. Mungkin pilihan itu berdasarkan beberapa pelawak popular ketika itu seperti M. Zain dengan karakter India, P. Ramlee dengan gaya Arab, dan Leng Hussin dengan telor Cina.

 

Tetapi karakter itu cukup menjadi. Persembahan sama ada di atas pentas dan radio sering mendapat sambutan. Malah beliau mendapat pujian kerana berjaya menghidupkan watak Apek dalam filem “Madu Tiga.”

 

Alias Congo juga banyak berlakon dalam filem-filem keluaran Cathay-Keris seperti “Rumah Itu Dunia Aku,” “Ayer Mata Duyong,” “Raja Bersiong,” “Pontianak Gua Musang,” dan beberapa filem lagi. Alias Congo meninggal dunia pada 29 Julai 1972.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?

 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply