Hadiah Keamanan Nobel 2019 diberikan kepada PM Ethiopia (atau dikenali sebagai Habsyah), Abiy Ahmed (yang pendek dalam gambar) atas sumbangannya dalam menamatkan perang antara Ethiopia dan Eritrea.

Ramai tak sangka sebab perdamaian Ethiopia-Eritrea ni tahun lepas punya cerita. Memang sengaja tak nak bagi Greta “How Dare You” Thunberg menang ni. Tengok nama juri ada Asle Toje (sarjana aliran realis dan konservatif), hmm patut lah.

Abiy ialah orang pertama dari rantau “Tanduk Afrika” (Horn of Africa) yang memenangi Nobel. Kenapa dipanggil “Tanduk”? Sebab rupa bentuk geografi yang seakan tanduk, simple.

Di Tanduk Afrika ada 4 negara: Eritrea, Ethiopia, Djibouti dan Somalia. Keempat-empat negara adalah antara negara paling miskin di dunia. Selain syarat geografi (geographical condition) yang mencabar (selalu berlaku kemarau), perang dan konflik yang tak habis-habis antara negara dan sesama suku juga menyukarkan pembangunan.

Antaranya perang antara Eritrea dan Ethiopia ni lah. Eritrea pada asalnya ialah sebahagian daripada Ethiopia, tapi pada tahun 1961 orang Eritrea mengangkat senjata dan menuntut kemerdekaan. Etnik majoriti Ethiopia ialah Omoro dan Amhara, manakala majoriti Eritrea ialah Tigray. Jadi tak hairan kenapa diorang tak leh duk bersama (orang Afrika pun ada banyak puak dan berbeza-beza, jangan ingat semua sama).

Selepas 30 tahun, akhirnya Eritrea menang dan merdeka daripada Ethiopia pada 1991. Tapi tak lama kemudian, diorang berperang balik pada tahun 1998. Sampai hari ni orang tak pasti apa punca sebenar perang, orang cuma tahu Eritrea yang mula menceroboh Ethiopia. Dalam Ethiopia pun ada etnik Tigray, jadi ada kemungkinan Eritrea nak menguasai kawasan Tigray di Ethiopia dan mewujudkan “Greater Tigray”.

Dan selepas 20 tahun, baru 2 negara ni berdamai semula pada Julai 2018. Ramai melihat itu sebagai usaha Abiy yang baru menjawat PM pada April 2018, tapi “peacemaker” yang sebenar ialah Saudi dan UAE.

Selepas pertemuan bersejarah antara Abiy dan Presiden Eritrea, Isaias Afwerki di Asmara, ibu negara Eritrea, Saudi terus menjemput kedua-dua pemimpin ke Jeddah untuk menandatangani perjanjian perdamaian. Selepas keluar berita Abiy menang Nobel, antara orang pertama yang ucap tahniah ialah Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi, UAE.

Saudi-UAE nak bantu Eritrea dan Ethiopia bukan sebab nak buat amal jariah, tapi untuk kepentingan geopolitik. Kalau lihat peta, kedudukan Eritrea dan Ethiopia ni betul-betul bertentangan dengan Yaman.

Saudi-UAE tengah memerangi Houthi di Yaman, jadi “secure” Eritrea dan Ethiopia akan membantu percaturan strategik Saudi-UAE di serantau. Susulan daripada perdamaian Eritrea-Ethiopia, pelbagai kerjasama terus diumumkan antara Saudi, Eritrea dan Ethiopia, termasuk plan untuk membina pangkalan tentera di Eritrea.

Selain Ethiopia, Saudi-UAE juga ada hubungan baik dengan negara Tanduk Afrika yang lain seperti Djibouti dan Somaliland, negara yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Somalia tapi tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Somalia baik dengan Turki-Qatar, sebab tu Saudi-UAE nak berbaik dengan Somaliland untuk counter balik.

Bukan negara-negara Timur Tengah je, kuasa di rantau lain seperti China dan Jepun pun dah membina pangkalan tentera di Djibouti. Tanduk Afrika yang selama ni diabaikan oleh dunia tiba-tiba jadi meriah kerana nilai geostrategiknya.

Dengan pengumuman Hadiah Nobel kali ni, dunia akan lebih mengenali Ethiopia serta Tanduk Afrika. Orang Malaysia pun dah boleh start mengenali sisi Afrika selain Nigeria. Aku pun akan bagi 2-3 bab pasal Tanduk Afrika dalam DTT3 nanti. Nantikan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.