Henry Tudor ialah putera kedua yang dikurniakan pada Raja Henry VII dan Ratu Elizabeth dari York.

Dilahirkan pada 28 Jun 1491, zaman kanak-kanak Henry Tudor dipenuhi dengan pelantikan sana sini. Ketika usia dua tahun, Henry dilantik sebagai Konstable bagi Istana Dover dan Lord Warden di Wilayah Cinque Ports.

Setahun kemudian, Henry menjadi Earl Marshal England dan Lord Leftenan Ireland, juga Kesatria Bath.

Pelantikan-pelantikan sebegini ialah helah politik bapanya untuk mengekalkan kuasa dalam keluarga diraja, supaya bangsawan-bangsawan lain tidak terlalu kuat.

Memandangkan Henry mempunyai seorang abang bernama Arthur, baginda tidak boleh dijadikan raja.

Henry semasa 10 tahun mengatur supaya abangnya berkahwin dengan Catherine dari Aragon, yang merupakan puteri bongsu bagi Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castille.

Tetapi 20 bulan selepas berkahwin, Arthur baru usia 15 tahun m4ngk4t kerana ep1d3mik misteri yang membadai England (kemudian Eropah) daripada tahun 1485 hingga 1551

Jadi Henry terus menjadi bakal pewaris takhta, sekali gus berkahwin dengan Catherine untuk mengekalkan persahabatan antara England dan Sepanyol. Namun Henry masih muda.

Dan kem4ngk4tan Isabella merumitkan keadaan di Castille. Hubungan baik antara Henry VII bersama Ferdinand pun bergolak juga – memberi masalah kepada Catherine.

Henry VII pun m4ngk4t pada 21 April 1509, memberi laluan kepada Henry Tudor untuk dimasyhurkan sebagai Henry VIII.

Selepas majlis peng3bvmian, Henry VIII pun berkahwin dengan Catherine meskipun ada kemelut diplomasi kerana menolak pinangan Maharaja Jerman.

Kemasyhuran Henry VIII mengundang masalah, kerana bapanya tidak sempat melatihkan baginda. Selama ini Arthur yang dilatih dengan baik. Maka Henry VIII menjadi raja tanpa didikan.

Dua hari kemudian, Henry VIII memb3rkas dua orang menteri yang tidak popular kerana terlalu banyak mengenakan cukai. Richard Empson dan Edmund Dudley dijatuhkan hvkvman m4t1 kerana memb3lot semasa bertugas. Hvkvman bermotifkan politik ini ialah suatu kebiasaan semasa kepimpinan Henry VIII.

Hubungan baiknya dengan Catherine berantakan kerana asyik gugur kandungan (dan melahirkan anak yang hidup dalam sebulan dua sahaja).

Kehamilan kelima yang membuahkan hasil, tetapi tidak diredhai Henry VIII kerana anak perempuan.

Jadi Henry VIII ingin bercerai dengan Catherine. Bagi seorang raja, perceraian mesti mendapatkan restu Vatican City.

Apabila Paus Clement Clement VIII enggan memberi restu, sekali gus menyebabkan pemisahan antara Katolik dan Gereja England.

Henry VIII kemudian berkahwin dengan Anne Boleyn sambil masih mengamalkan hidup kaki perempuannya. Seperti yang boleh dibayangkan, Henry VIII mempunyai anak-anak luar nikah.

Contohnya Henry Fitzroy yang merupakan anak angkara hubungan sulit antara Henry VIII bersama Bessie Blount (trivia: nama Bessie disebut dalam Game of Thrones semasa Robert Baratheon berehat dengan Eddard Stark).

Selepas Catherine, baginda kemudian berkahwin dengan Anne Boleyn (sambil berhubungan sulit dengan Mary Boleyn yang merupakan perempuan simpanan paling disukainya).

Anne pula dituduh mempunyai hubungan sulit dengan adik sendiri (George Boleyn). Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan, tetapi Anne turut diheret ke muka pengadilan atas dakwaan ini dan juga berz1n4 dengan lelaki lain serta cubaan memb3lot.

Jelas sekali watak Cersei Lannister hidup dalam Anne Boleyn.

Henry VIII juga gemar membuat sambutan gilang-gemilang dan menganjurkan sukan yang sangat lasak. Berkali-kali England menghadapi krisis kewangan kerana kaedah pentadbiran Henry VIII.

Tidak cukup dengan itu, Henry VIII juga kelihatan sama gemuk dengan Robert Baratheon. Jadi berkemungkinan inilah inspirasi bagi watak tersebut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.