Sebelum itu aku ingin jelaskan ini hanya sekadar pandangan dari kaca mata aku sendiri kerana aku bukan orang Turki, aku tak boleh menjawab dari sudut pandangan mereka. Tetapi atas dasar mempertimbangkan hakikat bahawa Mustafa Kemal diberi gelaran ‘Ataturk Gazi’, aku rasa ramai yang mungkin sependapat dengan aku.
Perkara pertama yang mesti kita pertimbangkan adalah, hanya kerana sesuatu perkara itu memiliki kepentingan sejarah tidak bermaksud bahawa ia harus kekal selama-lamanya.
Tak ramai yang dapat mengatasi kekuasaan dan kepentingan dalam sejarah seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan Byzantium.
Namun selepas berabad-abad berlalu, Byzantine mula lemah, dan digantikan oleh Uthmaniyah. Begitu juga dengan Uthmaniyah.
Satu perkara lagi, yang dah lama ingin aku luahkan tapi bimbang disalah erti, iaitu perkara yang sering dilupakan oleh ramai orang yang tidak setuju dengan Ataturk, dan tak mungkin akan setuju dengan hakikat ini, iaitu Ataturk bukan orang yang mengkhianati Uthmaniyah. Tapi ia adalah sebaliknya. Uthmaniyah telah mengkhianati rakyat empayarnya sendiri.
Semuanya bermula setelah Empayar Uthmaniyah kalah dalam Pe-rang Dunia Pertama. Pihak Sekutu memutuskan bahawa empayar itu akan dipecah-pecahkan seperti Jerman. Nasib Uthmaniyah ditentukan oleh Perjanjian Sevres yang jauh lebih keras daripada Perjanjian Versailles, syarat yang dikenakan ke atas Jerman.
Baca isi kandungan perjanjian disini:
https://thepatriots.asia/100-tahun-perjanjian-severes-yang-memecahkan-empayar-uthmaniyyah/
Syarat-syarat Perjanjian Versailles saja dah cukup keras sehingga ia menyebabkan Jerman terciduk putus asa dan dengan kekecewaan itu lalu mereka pun beralih kepada parti Nazi yang menjanjikan penyelesaian mudah untuk semua masalah mereka. Sekarang bayangkan syarat-syarat yang jauh malah lebih keras dikenakan ke atas orang Turki.
Turki akan dibahagi-bahagikan mengikut kehendak kuasa-kuasa besar Eropah. Selebihnya akan dibahagi untuk memberikan tanah kepada orang Armenia, Kurdish dan Yunani. Kepingan berwarna kuning yang sangat kecil yang korang lihat pada peta pertama ini akan menjadi negara Turki yang baru.
Menambahkan lagi malapetaka, kantung kewangan kerajaan dan akses terhadap setiap banknya akan dikendalikan oleh kuasa-kuasa besar ini. Orang Turki bahkan tidak akan dapat menagih perdagangan di tanah kecil ini. Pada dasarnya, orang Turki akan diturunkan darjat menjadi hamba abdi.
Kuasa-kuasa besar akan memastikan empayar yang pernah menakutkan bangsa Eropah ini tidak akan bangkit lagi. Sultan Uthmaniyah yang terakhir, Sultan Mehmed VI Vahdettin lebih memilih untuk menandatangani perjanjian ini selagi dia diizinkan meneruskan hidupnya dengan mewah.
Mustafa Kemal memutuskan untuk memerangi raja ini yang akan menjual rakyatnya sendiri, serta memerangi pihak penjajah yang sedang membina penempatan untuk bangsa Yunani. Dia mengetuai Pe-rang Kemerdekaan Turki dan apabila dia menang. Kesultanan dibubarkan kerana tidak ada lagi tuntutan dari mana-mana pewaris setelah Sultan yang terakhir melarikan diri menaiki kapal British.
Namun, kenapa Mustafa Kemal tidak menghapuskan kekhalifahan? Kenapa Shahzade Abdülmecid dilantik sebagai Khalifah? Kerana sistem sekular idea Mustafa Kemal masih menganggap agama sebagai salah satu elemen paling penting walaupun ia dipisahkan dari pentadbiran. Mustafa Kemal boleh berfikir sebegitu rupa walaupun dia bukan seorang yang alim beribadat.
Tetapi kesilapan Abdülmecid adalah, dia menjalinkan hubungan dengan kumpulan radikal agama dari luar Turki, maka akhirnya kekhalifahan yang sudah tak relevan itu dibubarkan jua pada tahun 1924.
Lihat peta di atas iaitu peta Republik Turki dan kemudian lihat apa yang Perjanjian Sevres tawarkan kepada orang Turki. Menurut pendapat korang, peta yang mana satu lebih disukai dan akan dipilih oleh orang Turki?
Sekarang cuba fikir, siapa yang lebih layak untuk digelar sebagai anak jantan kepada ‘Osman Ghazi’, Mustafa Kemal atau Sultan Mehmed VI? Pemimpin Bani Uthmaniyah yang tulen pada awal kebangkitannya tidak meraih kuasa dengan duduk di atas takhta di istana berhias dan menjalani kehidupan mereka dengan bermewah-mewahan.
Mereka melakukannya dengan memimpin suku Turki Oghuz menghadapi pertempuran dan membangun kerajaan dengan pedang dan darah keringat. Ataturk yang tidak berdarah Turki asli nampaknya lebih memiliki ciri-ciri seorang pejuang Uthmaniyah yang asli berbanding sultan-sultan terakhir Uthmaniyah.
Memang sayang seribu kali sayang bila Uthmaniyah dibubarkan setelah 600 tahun berkuasa, tapi apa lagi pilihan yang boleh ditawarkan ketika itu? Rakyat sendiri pun dah hilang keyakinan kepada Dinasti Uthmaniyah. Ini hakikat yang pahit harus kita telan, Ataturk wujud atau tak wujud, Uthmaniyah pasti akan tetap runtuh jua.
Empayar itu dihapuskan agar Republik Turki yang baru dapat memulakan kembali bermula dari kertas kosong dan menuju ke masa depan, dan bukannya sentiasa terpe-rangkap dalam masa silam. Segala yang dilakukan, adalah demi rakyat. Samalah sebagaimana Sultan Mehmed II lakukan selepas menakluk Konstantinople, baginda mulakan segalanya bermula dari kosong.
Akhir sekali mari kita simpulkan secara hipotesis, seandainya walaupun setelah memenangi pe-rang kemerdekaan, Khilafah Uthmaniyah dibiarkan wujud oleh Ataturk. Tapi, apa yang akan dicapai?
Hanya sekadar Khalifah di atas nama. Seorang khalifah yang tidak mempunyai kawalan ke atas kota-kota suci Mekah dan Madinah. Seorang khalifah yang tidak akan dihormati di mata bangsanya sendiri. Orang Arab akan semakin membenci negara Turki yang baru ini. Dan macam-macam lagi.
Nak kata Ataturk ini pro-British? Jadi, kenapa dia memerangi British hingga pernah menang semasa di Galipoli? Sultan Suleiman Kanuni pun seorang yang Europhile, tapi baginda tetap memerangi Eropah. Mengagumi sebuah ketamadunan itu tak bermakna menyokong. Ataturk hanya melihat Inggeris sebagai satu tamadun yang semakin maju dan mengatasi bangsanya sendiri.
Apa yang Ataturk lakukan adalah logik dan juga satu-satunya cara untuk ‘move on’ dari masa lalu. Tetapi aku tetap tidak menyokong beberapa tindakannya yang bertentangan dengan norma seperti menukar azan ke bahasa Turki, walau bagaimanapun, seperti yang biasa aku katakan, apa yang kita nak jangkakan dari seorang Ataturk yang jahil tukil itu?
Kenapa Ataturk tak ada kena mengena langsung dengan kejatuhan Uthmaniyah? Nah, ini beberapa sebab utama kejatuhan Uthmaniyah dan tidak ada satu pun yang berkaitan dengan Atatürk.
– Laluan perdagangan tidak lagi melalui wilayah Uthmaniyah sehingga menyebabkan ekonomi merosot
– Penemuan benua Amerika menghasilkan terlalu banyak sumber perak untuk dibawa ke Eropah. Ini menyebabkan inflasi ekonomi Uthmaniyah.
– Revolusi Perancis tahun 1789 menyebabkan munculnya ideologi atau gerakan nasionalis dan menyebabkan beberapa kebangkitan revolusi bermula di tempat lain, bukan Turki saja.
– Kerana beberapa salah tafsir hukum agama yang bias dalam membuat keputusan yang berat sebelah hingga menyebabkan teknologi percetakan hanya tiba ke wilayah Uthmaniyah 300 tahun selepas ia dicipta.
– Uthmaniyah gagal menginovasikan pencapaian teknologi dari luar, lebih selesa menjadi pengguna berbanding mengikut jejak langkah nenek moyang pada abad pertengahan.
– Gagal mengekalkan pencapaian ketenteraan selepas kema-tian Sultan Abdülaziz.
– Pepe-rangan dengan Empayar Rusia selama 300 tahun menghancurkan ketenteraan dan ekonomi.
– Sultan/Padişah selepas era Sultan Abdülhamid II tidak berpendidikan tinggi, tidak berkarisma, tidak kompetitif.
– Kejatuhan sebenar Uthmaniyah adalah kerana pihak yang menggulingkan Sultan Abdülhamid II, tetapi pada waktu itu, Mustafa Kemal Ataturk hanyalah seorang askar biasa. Yang menjatuhkan Sultan adalah kumpulan Turki Muda, yang turut dianggotai oleh golongan aristokrat dari istana dinasti itu sendiri.
Jika benar Ataturk itu pembenci Uthmaniyah sekali pun, tetap bukan dia yang menjadi punca pokok akan kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Dia adalah insan yang melengkapkan puzzle terakhir kejatuhan Uthmaniyah yang dah dipasang oleh bangsawan, sultan-sultan, malahan rakyat Uthmaniyah sebelum ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih