Filem animasi blockbuster China ini telah mencatatkan kutipan melebihi 100 juta yuan (kira-kira $13.8 juta) dalam kiraan hasil box office luar negara. Filem ini turut ditayangkan di 945 pawagam di seluruh Amerika Utara, menandakan tayangan terbesar yang pernah ada untuk filem berbahasa Cina dari Tanah Besar.
Ne Zha 2: The Sea’s Fury adalah sekuel daripada filem pertamanya, iaitu Ne Zha: Birth of The Demon Child yang ditayangkan pada tahun 2019. Kisah yang penuh aksi dan visual yang menakjubkan ini juga disulami dengan babak lucu serta adegan pertarungan yang mendebarkan.
Dalam filem sekuel ini, ia menyambung kembali kisah perjalanan Ne Zha dan Ao Bing setelah jasad mereka dimusnahkan dan akhirnya dipulihkan semula. Namun, di sebalik semua kisah ini, filem ini sebenarnya mempunyai sesuatu yang lebih mendalam, iaitu imaginasi semula yang berani tentang mitologi, sejarah budaya dan falsafah tradisional Cina.
Siapa sebenarnya yang dikatakan sebagai Ne Zha dalam mitologi Cina?
Dalam kisah rakyat tradisional Cina, Ne Zha ialah dewa yang memberontak, iaitu seorang budak yang dilahirkan dengan kuasa yang besar, namun menentang tuhan dan sosial. Legendanya ini diceritakan semula dalam novel Fengshen Yanyi, iaitu sebuah novel yang menggabungkan mitologi dengan unsur sejarah.
Namun, yang menariknya, apabila ditelusuri semula, sejarah Ne Zha ini sebenarnya boleh dijejak dari India. Ada pendapat yang menyatakan bahawa “Ne Zha” ialah nama yang dipendekkan daripada bahasa Sanskrit, iaitu Nalakuvara (atau Nalakubara), seorang tokoh mitologi India yang muncul dalam mitologi Buddha dan Hindu.
Semasa agama Buddha tersebar ke China semasa Dinasti Tang, Ne Zha turut berkembang daripada dewa penjaga yang menakutkan menjadi pahlawan beroda api yang memberontak yang kita kenali hari ini.
Melalui kisah Ne Zha 2 ini, ia turut mencabar idea baik dan jahat. Jika dilihat dari sudut pandang falsafah Taoisme, kejahatan dan kebaikan, yang sering dikenali sebagai Yin dan Yang, bukanlah mutlak, tetapi sebaliknya merupakan kuasa yang saling berkait yang berubah-ubah.
Watak Ne Zha dalam filem itu merangkumi falsafah Taoisme ini. Dia adalah anak syaitan yang sanggup mati berjuang untuk nasibnya sendiri, membuktikan bahawa individu yang paling kecil dan paling dipandang rendah boleh mengubah dunia.
Ne Zha 2 berakar umbi daripada pemikiran Cina, menganyam idea daripada Buddhisme, Confucianisme, Taoisme dan lain-lain falsafah. Melalui kisah dewa kanak-kanak yang memerangi syaitan, ia menyalurkan tradisi Cina selama berabad-abad menjadi sesuatu yang menyegarkan, relevan dan sekaligus global.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih