Sebut sahaja tentang kerajaan Melayu, mesti sahaja Kesultanan Melayu Melaka yang hadir dalam ingatan umum. Betapa hebat dan masyhurnya kerajaan ini sehingga menjadi penanda aras keagungan kerajaan Melayu dalam sejarah.

Melaka ini dikurniakan dengan kedudukan geografi dan lokasinya yang amatlah strategik, terletak di Selat Melaka di samping strukturnya yang terlindung daripada badai dan bencana besar membolehkan pelabuhan besar dibuka.

Pemerintah Melaka melihatkan perkara ini sebagai satu kelebihan dan ianya mereka gunakan sepenuhnya dalam hendak mengembangkan kerajaan. Hasilnya, perdagangan Melaka masyhur, menjadi pelabuhan utama di Gugusan Kepulauan Melayu ini, mengatasi kerajaan-kerajaan Melayu lain di sekitarnya.

Jadi apabila kita memperlihatkan hal ini, sudah tentu kita akan tertanya-tanya akan siapalah yang telah mengemudi pemerintahan Melaka ini sehinggakan kerajaan ini menjadi begitu hebat dalam sejarahnya.

Oleh itu, siapakah ‘mastermind’ dalam kerajaan Melaka itu sendiri?

Sudah tentu, bila sebut sahaja berkenaan Kesultanan Melayu Melaka itu, Sultannya yang berada di kedudukan tertinggi tampuk pemerintahannya. Maka, adakah Sultan itu sendiri adalah ‘mastermind’ buat Melaka? Persepsi itu benar tetapi adalah kurang tepat.

Dalam menjalankan pemerintahannya, baginda Sultan Melaka telah mencipta satu bentuk pemerintahan yang komprehensif, yang mana bentuk pemerintahan ini membantu melicinkan lagi urusan pentadbiran negeri.

Apa yang telah dilakukan baginda? Dalam hal ini, baginda telah mewujudkan satu system yang kita kenali dalam sejarah sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Jadi, lebih tepatnya ‘mastermind’ yang sebenar adalah baginda Bersama-sama dengan para anggota Pembesar Empat Lipatan itu sendiri.

Sistem Pembesar Empat Lipatan ini jika dilihat dalam hierarki pemerintahan Melaka itu, ianya terletak secara langsung di bawah baginda Sultan Melaka itu sendiri. Dalamnya, wujud empat jawatan utama; Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.

Bendahara ini yang utama dalam system ini. Tugasnya adalah menjadi penasihat utama Sultan dalam segala hal ehwal pentadbiran negeri. Seseorang Bendahara itu juga akan menjadi pemangku kepada baginda di saat kegeringan baginda atau sewaktu tempoh sebelum berlakunya pelantikan Sultan yang baharu.

Temenggung pula adalah orang yang dipertanggungjawabkan dengan soal keselamatan dan keamanan negeri. Tugasnya persis seorang ketua polis di masa moden di samping turut menjadi ketua hakim. Seseorang temenggung itu haruslah memastikan bahawa undang-undang Melaka terus dipatuhi oleh sekalian rakyat.

Laksamana di Melaka, seperti namanya, berperanan sebagai ketua kepada keseluruhan armada laut kerajaan. Dalam erti kata lain, tugasnya dekat sekali dengan peranan seorang Panglima Tentera Laut. Cumanya, seseorang Laksamana itu juga boleh ditugaskan untuk mewakili Sultan dalam delegasi baginda ke luar.

Akhir sekali, Penghulu Bendahari ini sama ertinya seperti seorang Menteri Kewangan di waktu kini. Seseorang Penghulu Bendahari itu berperanan sebagai penjaga utama kewangan Melaka. Segala urusan penyimpanan, percukaian dan hasil perdagangan haruslah melalui Penghulu Bendahari.

Maka, dengan adanya keempat-empat orang untuk menjawat jawatan-jawatan ini, lengkaplah sebuah kerajaan di Melaka itu. Sultan akan dibantu peranan pemerintahannya itu oleh Pembesar Empat Lipatan ini.

Keberkesanannya pula? Tiadalah perlu diperdebatkan lagi hal ini kerana hasilnya dapatlah kita lihat dalam kemasyhuran kerajaan Melaka itu sendiri. Negerinya kaya dengan perdagangannya yang melibatkan para pedagang dari seantero dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.