Bagaimana kekayaan seseorang samurai diukur pada era Sengoku? Kekayaan samurai dalam sesebuah domain (seperti bahagian puak) ditentukan oleh jumlah beras (dan tanaman lain) yang boleh dihasilkannya. Nilai ini dinyatakan dalam unit beras kering dan tidak dikisar yang dipanggil koku, bersamaan dengan kira-kira 180 liter.
Domain Kaga, yang hampir sama dengan wilayah Ishikawa dan Toyama pada hari ini, diperintah oleh 14 ketua keluarga Maeda dari tahun 1583 sehingga pemansuhan keshogunan dan sistem domain pada permulaan era Meiji (1868–1912).
Kaga adalah domain terkaya dan pemimpinnya adalah pegawai berpangkat tinggi dalam sistem keshogunan. Hasil pendapatan koku rasmi Kaga ini adalah sebanyak satu juta koku (hyakumangoku) iaitu paling banyak antara domain-domain lain.
Jumlah ini adalah satu kebanggaan sehingga perkataan “hyakumangoku” masih disebut di Ishikawa, terutamanya berkaitan dengan masakan kelas tinggi dan kraf mewah.
Festival Hyakumangoku besar-besaran pada setiap bulan Jun juga diadakan bagi meraikan ketibaan Maeda Toshiie (1537–1599), tuan Kaga pertama, di Istana Kanazawa.
Keluarga Maeda mempunyai lapan keluarga penaung yang sangat penting, yang dikenali sebagai Kaga Hakka atau “Lapan Rumah Kaga.” Keluarga-keluarga ini, pada hakikatnya, lebih kaya daripada beberapa penguasa domain lain.
Mereka mempunyai ladang yang luas dan penaung mereka sendiri. Kekayaan mereka begitu besar sehingga kawasan di bawah kawalan mereka terasa hampir seperti bandar istana kedua dalam bandar istana yang lebih besar iaitu Kanazawa.
Kuasa keluarga ini dipamerkan di Muzium Kaga-Honda, yang mempamerkan perisai, senjata, bendera, dan artifak lain daripada keluarga Honda, penaung terkaya Maeda.
Keluarga Maeda banyak menggunakan kekayaan mereka untuk projek bangunan yang mengagumkan. Sebahagian besar daripada warisan fizikal ketua-ketua keluarga ini masih tidak berubah, meskipun diancam kesan akibat kerana perang dan bencana alam. Taman, vila dan kuil yang masih utuh yang dibina oleh keluarga Maeda memberikan rasa seni dan budaya yang ditanam di bawah naungan mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih