Pernah dengar istilah “vandalism”? Ia diguna untuk merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda secara sengaja. Tetapi tahukah anda, istilah inI berasal daripada nama satu suku kaum purba yang pernah menggoncang Eropah dulu.
Mereka adalah orang Vandal. Tapi siapakah mereka sebenarnya, dan bagaimana mereka tinggalkan kesan yang begitu besar dalam sejarah Eropah?
Orang Vandal adalah suku Jermanik yang berasal dari kawasan Eropah Utara. Pada abad ke-5 Masihi, mereka menjadi terkenal dan ditakuti apabila merek berhijrah ke wilayah Empayar Rom yang sedang goyah. Dalam perjalanan mereka, orang Vandal menyerang dan menawan kawasan seperti Gaul (Perancis moden) dan Hispania (Sepanyol).
Namun, kemuncak kuasa mereka berlaku apabila mereka menyeberangi Laut Mediterranean dan menubuhkan sebuah kerajaan di Afrika Utara, dengan ibu kotanya di Carthage. Apa yang buatkan mereka terkenal adalah serangan mereka ke atas kota Rom pada tahun 455 Masihi.
Dalam peristiwa ini, orang Vandal merampas dan merosakkan banyak harta benda di kota itu, yang ketika itu merupakan simbol kekuasaan Empayar Rom. Serangan ini begitu berkesan sehingga nama mereka diabadikan dalam sejarah sebagai simbol kemusnahan.
Namun, adakah orang Vandal benar-benar “perosak” seperti yang digambarkan? Kajian moden menunjukkan mereka sebenarnya lebih daripada sekadar penjarah.
Kerajaan Vandal di Afrika Utara memainkan peranan penting dalam perdagangan Mediterranean, dan mereka juga mengekalkan banyak elemen budaya Rom. Malah, mereka mendukung agama Kristian dalam bentuk Arianisme, walaupun berbeza daripada kepercayaan Katolik Rom.
Kerajaan Vandal akhirnya jatuh pada tahun 534 Masihi apabila ditawan oleh Empayar Byzantine di bawah pimpinan Jeneral Belisarius. Walaupun mereka lenyap dari sejarah, nama dan imej mereka terus hidup melalui istilah “vandalism.”
Kisah orang Vandal mengingatkan kita bahawa sejarah sering ditulis oleh pihak yang menang. Adakah mereka benar-benar perosak? Sejarah mereka mengajar kita untuk melihat sesuatu dengan lebih mendalam dan memahami pelbagai sisi cerita.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.