Petinju berusia 25 tahun dari Algeria ini tiba-tiba tular setelah menang dalam masa hanya 46 saat ke atas lawannya dari Itali. Yang membuatkan dirinya menjadi sebutan ramai, bukanlah kerana kemenangan ini, tapi dakwaan bahawa dia seorang transgender.
Jadi, siapakah Imane Khelif sebenarnya?
Petinju wanita ini, seorang Muslim dari Algeria, sebuah negara yang mengharamkan transgender. Malah, mana-mana lelaki yang berpakaian wanita atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman penjara di Algeria.
Imane Khelif dilahirkan sebagai wanita sejati. Namun, sejak kecil lagi, dia mengalami penyakit genetik (kelainan perkembangan seks, DSD), iaitu Swyer Syndrome. Keadaan ini adalah apabila seseorang dilahirkan dengan organ seks wanita, tetapi genetiknya adalah XY (lelaki).
Ini bermakna, situasi yang dialami oleh Imane Khelif adalah dia mengeluarkan hormon testosteron yang banyak, kurang darah haid dan lebih tinggi daripada wanita biasa. Lawannya menarik diri kerana mendakwa tumbukannya lebih keras berbanding wanita lain.
Sebelum ini, Imane pernah mewakili Algeria dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, dan ketika itu dia kalah pada pusingan separuh akhir dengan Kellie Harrington dari Ireland. Malah, dalam Kejuaraan Tinju Dunia Wanita 2022, dia turut kalah pada peringkat akhir dengan Amy Brodhurst.
Ini bermakna, keadaan penyakit genetik dia sebenarnya tidaklah menentukan kekalahan atau kemenangannya dalam pertandingan. Imane bukanlah transgender seperti yang didakwa oleh media Barat.
Malah, Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) telah beri kebenaran bagi Imane menyertai Olimpik Paris 2024 setelah dia mematuhi semua syarat dan peraturan yang diperlukan.
Apa punca yang menyebabkan dia dituduh sebegitu?
Dalam buku Same As Ever, ada satu ungkapan daripada Warren Buffet yang menyebut bagaimana reputasi mengambil masa 20 tahun untuk dibina dan hanya 5 minit untuk dimusnahkan.
Insiden Imane Khelif ini berlaku apabila lawannya tiba-tiba bertindak untuk menarik diri semata-mata kerana tidak tahan dengan tumbukannya yang dikatakan ‘terlalu keras.’
Daripada satu tindakan tarik diri ini, telah mengubah keseluruhan kisah Imane Khelif. Dan akhirnya membuahkan fitnah serta khabar angin palsu tentang jantina dirinya. Jelaslah bahawa satu kesilapan besar boleh berlaku dalam sekelip mata.
Terbaharu, lawannya, Angela Carini meminta maaf kepada Imane Khelif kerana tindakannya itu telah menyebabkan spekulasi besar terhadap Imane dan persoalan jantinanya dibangkitkan.
Tetapi, nasi telah menjadi bubur. Segalanya sudah berlaku. Yang pasti, kita perlu mengambil iktibar daripada kisah ini dan tidak melulu dalam menuduh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih