Dalam banyak drama Korea, kita selalu melihat watak gundik ini dipaparkan dan digambarkan sebagai wanita bercita-cita tinggi dan penuh muslihat. Persoalannya, adakah benar gundik di sisi raja Joseon ini ada sifat sebegitu?

 

Kita lihat dulu siapa gundik dalam sejarah keluarag diraja Joseon ini.

 

Ketika Joseon dibentuk, sistem monogami memang telah ditekankan oleh para sinjin sadaebu (golongan sarjana Neo-Confucianisme). Oleh sebab itu, raja hanya boleh ada seorang permaisuri, dan wanita lain hanya berstatus gundik.

 

Permaisuri ialah isteri rasmi yang diperoleh melalui perkahwinan diraja, tetapi gundik tidak. Permaisuri dan gundik dilayan secara berbeza dalam setiap aspek termasuk tempat kediaman, gelaran, status, dan anak-anak mereka.

 

Permaisuri melalui 6 upacara khas perkahwinan diraja Joseon. Malah, Permaisuri juga menerima gyomyeong (waran pelantikan sebagai permaisuri), geumbo (meterai permaisuri), dan juga gomyeong (waran pelantikan pegawai tinggi yang diberikan oleh maharaja China).

 

Selepas melalui prosedur tersebut, permaisuri dipanggil jungjeon atau junggung -kedua-dua istilah bermaksud “orang yang tinggal di bangunan tengah di istana.” Kediaman permaisuri ialah Dewan Gyotaejeon di Istana Gyeongbokgung dan Dewan Daejojeon di Istana Changdeokgung.

 

Sebaliknya, gundik tinggal di dewan terpencil di belakang dewan utama. Perkataan hugung (後宮) sendiri merujuk kepada “mereka yang tinggal di belakang (hu, 後) dewan (gung, 宮)”. Mereka terpaksa hidup senyap di beberapa tempat yang tidak disedari, tidak kelihatan, kerana mereka bukan isteri rasmi. Gundik menerima waran pejabat yang dipanggil gyoji.

 

Sistem raja memiliki gundik ini diselaraskan semasa pemerintahan Raja Sejong dan ia dinyatakan dalam Gyeongguk-daejeon (Kod Negara). Dalam artikel tentang wanita di istana diraja dalam Kanun Kebangsaan, gundik raja dikategorikan kepada pangkat yang berbeza: bin, gwiin, soeui, sukeui, soyong, sukyong, sowon, dan sukwon dalam susunan yang ditetapkan.

 

Jika kita lihat sejarahnya, para gundik yang biasanya menyebabkan skandal politik atau sosial adalah mereka yang dipilih oleh raja-raja secara peribadi. Kebanyakan gundik ini adalah hamba, penghibur profesional, atau pembantu istana.

 

Sekiranya kasih sayang dan minat raja tertumpu kepada gundik dari latar belakang yang sederhana, itu boleh menjadi ancaman kepada gundik lain yang dipilih melalui prosedur rasmi serta kedudukan permaisuri.

 

Konflik beginilah yang akan mencetuskan suasana tegang antara gundik dan permaisuri. Ini boleh lihat daripada contoh gundik terkenal seperti Jang Nok-su semasa pemerintahan Raja Yeonsangun, Kim Gae-si pada zaman Raja Gwanghaegun, Jang Heebin dan Choi Sukbin dari Raja Sukjong.

 

Dalam sejarah raja-raja Joseon, jumlah kesemua gundiknya adalah seramai 175 orang. Dan ya, semestinya para gundik ini juga mencatatkan kisah menarik dalam sejarah Joseon.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply