Shiseido bermula pada tahun 1872 oleh Arinobu Fukuhara sebagai sebuah farmasi gaya barat pertama Jepun di Ginza, hab fesyen dan kebudayaan Jepun. “Shi Sei” bermaksud “di mana segala-galanya dilahirkan” dan “Do” bermaksud “rumah”.

Fukuhara mengambil inspirasi daripada pepatah Cina oleh I Ching, iaitu, “Pujilah kebaikan Bumi, dari situlah segala-galanya dan segala-galanya dilahirkan”. Pepatah ini dengan sempurna merangkumi komitmen Shiseido untuk menerajui inovasi kecantikan dengan menggabungkan sains Barat terbaik dengan kebijaksanaan Timur.

Shiseido bermula sebagai sebuah syarikat farmaseutikal apabila ubat herba menjadi tumpuan utama di Jepun. Tidak lama kemudian Shiseido mempelbagaikan perniagaan farmaseutikalnya. Seawal tahun 1888, ia melancarkan ubat gigi pertama Jepun, dan pada tahun 1897 ia menceburi perniagaan kosmetik dengan melancarkan Eudermine, produk kosmetik.

Pada tahun 1918, Shiseido melancarkan minyak wanginya, dan pada tahun 1937, ia mengeluarkan koleksi pertama kosmetiknya. Sejak itu, Shiseido telah berubah menjadi sebuah syarikat kosmetik yang lengkap dengan rangkaian produk yang luas merangkumi pelbagai aspek kosmetik, daripada penjagaan kulit, kepada produk kecantikan kepada kosmetik am.

Menjelang akhir 1970-an, Shiseido mula menembusi pasaran asing di Eropah dan Amerika Syarikat dengan barisan produknya. Shiseido sentiasa menggunakan penyelidikan dan pembangunannya dengan memperkenalkan produk berdasarkan formula yang diuji secara klinikal.

Visi di sebalik R&D Shiseido ialah “Integrasi Kreatif”. Selaras dengan visi ini, Shiseido telah memperkenalkan banyak produk yang bertujuan untuk meningkatkan kecantikan pelanggannya.

Dengan menggabungkan elemen biasa dalam kosmetik yang disokong oleh bukti saintifik dan unsur aspirasi serta emosi yang disokong oleh imej jenama dan personaliti yang kukuh, Shiseido telah berjaya menempatkan dirinya dalam banyak pasaran di seluruh dunia.

Di sebalik kejayaan syarikat yang bertapak lebih 100 tahun ini, ia telah dikemudi oleh beberapa ketua yang sangat memahami visi serta aspirasi Shiseido. Terbaharu, Shiseido telah menaikkan pangkat Kentaro Fujiwara kepada CEO daripada Presiden dan COO, berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Beliau menggantikan Masahiko Uotani yang bersara selepas sembilan tahun bersama Shiseido. Kedua-dua Fujiwara dan Uotani telah bekerjasama untuk melengkapkan peralihan kepimpinan yang berjaya.

Paling menarik, Fujiwara telah menyertai Shiseido sejak 1991 dan telah menerajui cawangan Shiseido di Jerman, Korea Selatan dan Shanghai. Kecekapannya dalam melihat perkembangan pasaran antarabangsa antara sebab dia dipilih untuk menjadi CEO.

“Saya berminat dengan budaya dan sejarah setiap negara yang pernah saya kunjungi. Dan saya mahu setiap negara ini menjadi hub kecantikan bersama Shiseido.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.