Tahun depan tahun pilihanraya presiden US. Ramai melihat ia peluang untuk “undo” “kerosakan” yang dibuat oleh Trump. Ramai anggap, kebanyakan masalah dunia sekarang berpunca daripada Trump, kalau turunkan Trump, maka dunia lebih aman.

Setiap presiden US boleh bertanding untuk 2 penggal. Untuk penggal ke-2, selalunya ahli satu parti tak akan cabar presiden bertahan. Sebab last penggal, bagi chance lah. Jadi untuk tahun 2020, pencabar Trump akan datang dari Parti Democrat saja.

Siapa-siapa yang nak mewakili parti sebagai calon presiden perlu melalui proses “primary” yang panjang lebar dari Februari hingga Jun 2020. Primary ni macam pemilihan peringkat bahagian lah. Selepas tu, baru pemenang akan diketengahkan sebagai calon untuk melawan calon parti lawan (Republican) iaitu Trump.

Menurut poll CNN terkini, antara “front runner” yang mendahului percalonan Democrat ialah Joe Biden, Kamala Harris, Elizabeth Warren dan Bernie Sanders. Biden ialah mantan naib presiden zaman Obama, selebih tu ialah senator mewakili negeri masing-masing.

Peluang siapa lebih cerah? Mula-mula ramai lihat Biden paling berwibawa cabar Trump. Tapi selepas debat calon-calon minggu lepas, ramai mula rasa muak dengan Biden. Jadi peratus sokongan merosot 10%. Sementara tu Harris dan Warren meningkat dengan 9% dan 8%. Sanders pun merosot 4%.

Biden ialah orang lama. Menjadi senator lebih 30 tahun. Pengalaman ada, tapi karisma kurang, cara berfikir pun tak inovatif. Masa 2008 dia dah pernah bertanding, tapi terpaksa menarik diri pada peringkat awal primary untuk bagi laluan kat Obama dan Hillary Clinton. 

Sanders pun masalah yang sama. Sanders bertanding pada 2016, hampir menjadi calon Democrat melawan Trump. Sanders popular di kalangan orang muda sebab membawa sosialisme (pendidikan percuma, perubatan percuma), tapi tak dapat restu elit parti. Democrat ni parti Wall Street dan Yahudi, jadi sosialis macam Sanders yang lawan bank dan tak sehaluan dengan Zionis ni susah lah nak naik.

Sebaliknya, Harris dan Warren makin menonjol. Harris berdarah kacukan: ayah kaum kulit hitam dari Jamaica dan mak dari Chennai, India. Nama penuh Kamala Devi Harris. Champion dalam isu identity politics. Feminism, civil rights, semua dia. Harris ni mewakili spirit liberal dan pluralis Democrat. Gaya dia pula elitis dan educated, bukan “street fighter” macam Sanders atau Trump. Sebab tu media tengah groom dia jadi “female Obama” atau “Hillary 2.0”.

Warren ialah ikon “progressivisme”, ada persamaan dengan sosialisme Sanders. Kedua-dua Warren dan Sanders paling outspoken menentang TPP dulu. Cuma Warren masih pro-kapitalisme, dan idea ekonomi dia berhaluan nasionalis, boleh masuk dengan Trump.

Adakah bakal-bakal pengganti Trump ni lebih bagus? Dan macam mana kita nak tau bagus tak bagus?

Bagi orang luar macam kita, tak perlu kisah sangat pasal pendirian mereka terhadap imigran, abortion, LGBT, healthcare, kawalan pistol semua tu. Tu isu domestik. Yang memberi kesan kepada kita ialah pendirian mereka terhadap ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Dari segi ekonomi, Biden dan Harris akan stick kepada arus utama dalam Democrat: mementingkan kebajikan, pada masa yang sama menekankan perdagangan bebas dan pasaran. Trade war tak akan berlaku kalau Biden atau Harris menang, tapi mungkin akan diteruskan di bawah Warren. Sanders tak gemar trade war tapi akan jadi protectionist sikit. 

Walaupun tak gemar trade war, tapi Biden dan Harris akan stick kepada konsensus bi-partisan yang melihat China sebagai ancaman ekonomi. Jadi mungkin mereka akan melabel China seperti “currency manipulator” (macam Trump buat awal-awal dulu), atau memaksa China liberalisasi pasaran dia. 

Dari segi dasar luar, Democrat menitikberatkan “nilai”, berbeza dengan Republican yang hanya fokus kepada “national interest”. Tak kira Biden, Harris, Warren atau Sanders, dalam dasar luar mereka akan membebel pasal demokrasi, hak asasi manusia, press freedom. Dah lama tak dengar pasal semua tu kan? Trump accuse China manipulate currency, unfair trade bagai, tapi tak pernah kritik rekod hak asasi manusia China, sebab bagi dia semua tu tak penting. 

Itu pantang bagi Democrat. Democrat melihat kepimpinan dunia US (siapa lantik dia jadi pemimpin weh) yang bersandar pada nilai-nilai. Democrat tak sanggup nak jadi macam Trump shake hand Kim Jong-un, Putin, apatah lagi Putera Salman yang disyaki membunuh Khashoggi yang rapat dengan circle liberal di US.

Pendirian Democrat ni ada kelebihan ada kekurangan. Sebagai manusia memang kita rasa tak sedap hati nak deal dengan orang-orang “jahat” demi kepentingan geopolitik. Tapi kalau rigid dengan “nilai”, maka susah nak capai kompromi antara negara. Bagi Trump, hanya soal “deal” atau “no deal”. Bagi Democrat, soal “right” or “wrong”. 

Sebab tu hubungan US dengan Rusia-China lebih tegang di zaman Obama berbanding Trump. Democrat melihat Rusia dan China ni sebagai rejim “authoritarian” yang mengancam orde liberal-demokratik global, Trump hanya melihat mereka sebagai “competitor” kepada kepentingan US. Democrat anti-Rusia itu pasti, anti-China pun boleh jadi. Walaupun zaman Trump kecoh pasal trade war, tapi kalau tanya China, diorang lagi rela deal dengan Trump.

Bagi isu Israel-Palestin yang menjadi tumpuan orang Malaysia, selalunya Democrat memang pro-Israel. Cuma orang macam Biden lebih diplomatik dan sokong “Two-States Solution” (Israel dan Palestin masing-masing berhak mendirikan negara). Sanders ikutkan prinsip dia juga tak gemar Zionis sebab jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Harris dan Warren je sangat sangat pro Israel. Ironinya, Sanders Yahudi pun tak pro Israel macam diorang.

Itulah prospek bagi pilihanraya presiden US yang boleh nampak setakat ni. Bagi je lah 4 tahun lagi kepada Trump.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.