Apabila Prof. Mat Rofa cakap Jepun datang sebenarnya untuk bebaskan dan merdekakan Tanah Melayu, ketahuilah yang itu sebenarnya dusta belaka. Bebaskan apa kalau negeri-negeri Melayu kemudiannya diserahkan kepada Thailand?
Selepas kemenangan tentera Jepun dalam beberapa siri peperangan yang dibantu Thailand dan sebagai mengenang jasa kerajaan Thai membantu Jepun dalam Kempen Burma dan Malaya, Jepun “memulangkan” semula empat negeri asal Thai di Tanah Melayu yang dirampas oleh British sebelum itu.
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kembali menjadi jajahan Siam selepas satu perjanjian yang dibuat pada 20 Ogos 1943 membatalkan perjanjian yang dibuat di antara British dan Siam pada tahun 1909. Pada 18 Oktober 1943, keempat-empat negeri itu diisytiharkan sebagai sebahagian daripada wilayah Thai dan kesemua penduduk negeri tersebut, diberikan hak sama rata dengan mana-mana penduduk asal Thai.
Berikutan pengumuman itu, tertubuhlah apa yang dinamakan ‘Si Rat Malai’ atau ‘Empat Negeri Melayu’ yang terletak di utara Tanah Melayu. Pentadbirannya dibuat menggunakan kerjasama di antara tentera Jepun dan kerajaan Thai dengan nama-nama negeri tersebut kembali menggunakan nama dalam Bahasa Siam.
Kedah diberikan nama ‘Syburi, Perlis menjadi ‘Palit, Kelantan menjadi ‘Kalantan’ dan Terengganu menjadi ‘Trangkanu.’ Alor Setar terpilih sebagai pusat pemerintahan ‘Si Rat Malai’ dan kesemua negeri mempunyai seorang Gabenor lantikan Jepun.
Satu perjanjian di antara Thailand dan Jepun yang ditandatangani di Bangkok melibatkan Duta Jepun ke Thailand iaitu Teiji Tsubukami dengan Perdana Menteri Thailand ketika itu, Field Marshall Phibul Songram.
Soal penyerahan wilayah-wilayah ini sudah dibincangkan awal lagi, iaitu pada 4 Julai 1943 di mana Perdana Menteri Jepun iaitu Jeneral Hideki Tojo bertemu Perdana Menteri Thailand ketika lawatannya ke Thailand.
Berikutan itu, perjanjian yang melibatkan 6 buah fasal ini ditandatangani kedua-dua pihak. Jepun serahkan negeri-negeri tersebut dalam masa 60 hari dari tarikh perjanjian itu dibuat.
Maka pada 18 Oktober 1943, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis secara rasminya berada di bawah Pentadbiran Tentera Thailand. Walaubagaimanapun, pihak Jepun masih ada kuasa dari segi ketenteraan serta diorang berhak untuk rekrut pemuda-pemuda Melayu untuk dikerahkan sebagai tentera Jepun.
Pentadbiran Tentera Thailand kuasai negeri-negeri Melayu selama 2 tahun. Kerjasama di antara kerajaan Thai dan Jepun berterusan sehinggalah tentera Jepun ditewaskan dan British kembali ke Tanah Melayu.
Berikutan tekanan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat ke atas kerajaan Thai, Thai didesak untuk lepaskan semua wilayah yang baru dikuasainya semasa pendudukan tentera Jepun. Kerajaan Thai setuju melepaskan semua tuntutan ke atas wilayah-wilayah di Burma yang baru saja dikuasai dan juga empat negeri dalam ‘Si Rat Malai.’
Ekoran daripada persetujuan itu, semua tuduhan dan tuntutan perang semasa Kempen Burma ke atas Thailand digugurkan dan Thailand dibenarkan menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ketika itu, baru saja ditubuhkan.
Pada 1 April 1946, ‘Si Rat Malai’ terbubar secara rasmi dan keempat-empat negeri di dalamnya – Saiburi, Palit, Kalantan dan Trangkanu bersetuju menyertai peringkat awal pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang dinamakan sebagai ‘Malayan Union. Thailand diterima masuk sebagai anggota PBB pada Disember 1946. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sehingga kini kekal sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tau macam mana kekejaman Jepun ketika Perang Dunia Kedua?Jawapan panjang ada di dalam buku PERANG DUNIA KEDUA. Dapatkan segera! https://bit.ly/PD2FB11

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply